Kelebihan Serbuk Kolagen Shaklee

0

Apa kelebihan Serbuk Kolagen Shaklee kakDa? Apa beza dia dengan kolagen jenama lain? haa..soalan ni memang biasa sangat kakDa terima. Kenapa la adik-adik manis suka sangat tanya kakDa soalan yang  pecah kepala cenggini. Berdebar-debar kakDa nak jawab. Rasa macam nak jawab soalan kimia kertas peperiksaan pula.hehehe..

Okay. Semua tau kan, di negara kita ni terdapat banyak produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan kolagen. Jenama A, B, C macam-macam. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan produknya melalui testimonial yang hebat-hebat yakni memaparkan muka si pengguna yang semakin lama semakin gebu, cerah dan cantik.

 

Muka yang dulu kusam dan penuh dengan bekas jerawat dah bertukar menjadi putih dan licin. Dulu nampak macam umur 40-an, lepas amalkan kolagen umur berkurang 20tahun.hihi.. Memang sukar untuk tak beli dan makan produk kolagen itu!

 

Ketahui Tahap Kolagen Tubuh Anda

 

Sebab apa? Sebab testimonial-testimonialnya sangat lah menakjubkan. Siapa tak nak kulit cantik dan putih kan? Rasanya semua wanita nak kan kulit yang putih, gebu dan tanpa noda. Cewwahhh..

 

Jadi apa istimewanya Serbuk Kolagen Shaklee ni? Sebenarnya serbuk kolagen shaklee juga tidak kurang hebatnya. Testimonial bukan takat kulit jadi lembab seawal tiga hari , parut jerawat yang berkawah boleh jadi cantik balik malah ramai yang kata sendi semakin sihat selepas amalkan kolagen jenama shaklee ni.

Jika kita perhatikan, kebanyakan produk kolagen jenama lain lebih banyak memaparkan testimonial berbentuk gambar. Contohnya gambar sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut. Gambar dari kulit gelap bertukar putih gebu. Majoriti menggunakan kuasa gambar. Katanya biar gambar berbicara. Dan uniknya orang-orang kita lagi suka cara sebegitu.

Ciri-ciri Dan Keistimewaan Serbuk Kolagen Shaklee

Namun bila ditanya dengan lebih terperinci berkenaan kandungan produk kolagen mereka, dimana ianya dikilangkan, bukti yang menunjukkan produk tersebut adalah selamat untuk digunakan dan adakah ianya tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya, agak sukar untuk dijawab oleh para penjual produk-produk tersebut.

 

Selain itu, Serbuk Kolagen Shaklee juga terbukti secara klinikal yang ianya selamat, berkesan dan 100% menggunakan bahan semulajadi.

Kenapa? Kerana mereka juga tak pasti. Majoriti menjual disebabkan testimonial dan permintaan yang tinggi dari pembeli. Sukar untuk memberikan maklumat jelas mengenai sumber kolagen mereka, dimana dikilangkan dan juga tiada bukti yang jelas untuk membuktikan bahawa produk mereka selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan dan tubuh badan penggunanya.

Inilah kelebihan Serbuk Kolagen jenama Shaklee. Serbuk Kolagen Shaklee merupakan satu produk kolagen yang jelas sumber dan kandungannya. Ia sudah melalui pelbagai kajian saintifik yang telah dijalankan oleh saintis-saintis shaklee sendiri sebelum produknya lulus untuk dipasarkan kepada pengguna.

Kolagen merupakan suplemen tambahan dan juga nutrien tambahan kepada kulit kita agar sentiasa kelihatan lebih muda dan segar. Amalkan mengambil kolagen dalam jangka masa panjang untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, tegang dan putih berseri.

 

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge