Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Jerawat

Kenali Punca Jerawat Berdasarkan Di Mana Ia Tumbuh

Punca Jerawat Mengikut Tempat Ia Naik

Pernah tak korang terfikir, kenapa ada orang jerawatnya banyak di bahagian pipi, ada pula yang jerawat hanya naik di dahi. Sesetengahnya pula jerawat naik di kawasan rahang dan dagu dan ada juga yang naik hanya di sekitar hidung sahaja.

Ada pendapat mengatakan, kedudukan jerawat tumbuh adalah disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran yang sering kita lakukan berulangkali.

Jom baca apa yang kakda temui!

Kedudukan 1 dan 2: Sistem Pencernaan

Jerawat akan tumbuh didahi jika terdapat masalah di dalam sistem pencernaan.

Cara untuk mengurangkan jerawat didahi adalah dengan menjaga pemakanan. Kurangkan mengambil makanan ringan dan berlemak. Ia mudah mencetuskan jerawat di dahi.

Ambil air kosong secukupnya. Ia akan membantu tubuh mengeluarkan toxin dari dalam badan dan memperbaiki sistem percernaan. Jangan lupa lebihkan serat dalam diet harian.

 

Kedudukan 3: Hati

Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi alkohol, makanan berminyak dan produk tenusu. Selain itu, makanan yang boleh membebankan fungsi hati seperti jamu dan minuman 3in1 juga harus dikurangkan atau sebaiknya dielakkan sama sekali.

Jika jerawat tumbuh di zon ini, salah satu puncanya adalah disebabkan elergi makanan.

Untuk mengatasi jerawat di zon ini, banyakkan bersenam. Riadah ringan seperti berjalan kaki selama 30minit setiap hari sudah memadai.

Selain itu, dapatkan tidur yang berkualiti dan elak tidur lewat malam. Pastikan hati dapat berehat dengan baik. Perlu diketahui, tidur lewat malam akan membebankan fungsi hati. Jadi tidur lah awal.

 

Kedudukan 4 dan 5: Ginjal

Jerawat yang muncul di sekitar mata (termasuk lingkaran hitam) menunjukkan tanda dehidrasi. Jadi perbanyakkan mengambil air kosong.

Tips: Cara kira jumlah air kosong yang diperlukan dalam sehari adalah bergantung kepada berat badan.

25kg = 1L air

Kedudukan 6: Jantung

Untuk mengelakkan jerawat di zon ini, tingkatkan pengambilan Vitamin B setiap hari. Vitamin B akan membantu pengaliran darah didalam badan menjadi lebih baik sekaligus dapat menjaga kesihatan jantung.

Selain itu, amalkan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan Omega 6 untuk menurunkan kolestrol jahat yang akan membebankan jantung.

Makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah dari sumber ikan dan Omega 6 dari kacang-kacangan.

Kedudukan 7 dan 8: Ginjal

Jerawat yang muncul di kawasan ini juga disebabkan kurang minum air kosong. Tidak salah untuk mengambil minuman berkafien, tapi pastikan anda ganti balik dengan air kosong yang banyak.

 

Kedudukan 9 dan 10: Sistem Pernafasan

Jerawat tumbuh di kawasan pipi adalah normal untuk perokok. Mereka yang mempunyai elergi juga sering tumbuh jerawat di pipi. Ia normal.

Namun jika anda bukan seorang perokok dn tidak mempunyai masalah elergik, anda harus banyakkan mengambil makanan bersifat dingin seperti buah tembikai dan timun, kurangkan mengambil makanan yang kaya gula dan sering tukar udara dalam paru-paru anda.

Caranya adalah dengan belajar teknik pernafasan yang betul. Hiruplah udara yang segar setiap hari. Ia untuk mengurangkan stress/tekanan.

Elakkan juga makanan yang mempunyai tahap keasidan tinggi seperti kopi, susu dan daging. Mulakan tabiat diet pemakanan yang sihat, mengambil sayur hijau dan jus segar.

 

Kedudukan 11 dan 12: Hormon

Jerawat di dagu pula adalah disebabkan oleh hormon.

Cara untuk mengurangkan jerawat di dagu adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup, minum banyak air, makan sayuran berdaun hijau dan jaga kebersihan kulit.

Baca lagi: Cara Mengatasi Jerawat Disebabkan Hormon Yang Tak Seimbang.

 

Kedudukan 13: Perut

Perbanyakkan mengambil serat didalam diet harian. Kurangkan toxin dengan membuat detox, berpuasa sunat juga dapat menolong mengeluarkan toxin dari dalam badan dan merupakan salah satu cara berdetox.

Jerawat di kawasan ini juga berkaitan dengan masalah buah pinggang. Ambil air kosong secukupnya. Kurangkan makanan yang tinggi garam bagi mengelakkan buah pinggang terbeban.

Kedudukan 14: Penyakit

Jerawat yang tumbuh dikawasan yang berdekatan dengan kalenjar tiriod ini dikatakan tanda penyakit. Ia menandakan tubuh sedang berusaha melawan bakteria/virus yang sedang menyerang badan.

Cara mengurangkan jerawat di kawasan ini adalah dengan mendapatkan rehat secukupnya, mengambil makanan tambahan, belajar teknik pernafasan yang betul dan banyakkan minum air.

Sebenarnya terdapat pelbagai idea kenapa jerawat mudah tumbuh di kawasan tertentu dan kakda perasan infonya juga berbeza-beza, tak pasti yang mana lebih tepat.

Contoh info dari sumber yang lain. Ada perbezaan tetapi yang jelas semuanya berpunca dari pola pemakanan yang tidak sihat dan tak seimbang.

Namun tak kisah lah, apa yang penting sekali adalah untuk kita baca dan ambil tahu. Jadikan info ini sebagai rujukan.

Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jerawat dan sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita secara menyeluruh.

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Dayang

    Dayang jarang tumbuh jerawat….tp kalo tumbuh mesti sebab lambat tidur atau stress…alhamdulillah…tq infonya ya

    December 12, 2017 at 5:15 pm
    • Reply KakDa

      wahh.. bertuah kak dayang dapat kulit yang bebas jerawat. ^_^

      December 12, 2017 at 9:24 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    WhatsApp chat