Kenapa Berat Badan Berlebihan Sukar Hamil

0

Berat Badan Berlebihan, Sukar Hamil?

Perasan tak, biasanya wanita yang sukar hamil dan mempunyai berat badan berlebihan, doktor sokmo pesan suruh kurangkan berat badan?

Agak-agak kenapa?

Ini yang kakDa nak kongsi. Info ni kakDa dapat semasa mendengar taklimat daripada seorang Pakar Nutrisi.

Terlebih Berat, Terlebih Hormon

Sebenarnya kenapa doktor sentiasa nasihatkan kita untuk kurangkan berat badan terlebih dahulu jika hendak hamil ialah disebabkan tak nak badan kita mempunyai hormon Estrogen yang terlalu banyak.

Jika berat kita berlebihan, hormon Estrogen dalam badan juga terlebih.

Tahu tak apa fungsi hormon estrogen ni?

Fungsi hormon Estrogen ni lebih kurang sama macam pil perancang. Pil perancang yang wanita makan untuk elakkan mengandung tu. Tahu kan? Atau pun apa-apa saja yang dinamakan sebagai ‘perancang’ samada alat ataupun pil, semuanya bertujuan tidak lain tidak bukan hanya untuk mengelakkan kehamilan.

Haa.. nampak tak?

Kita nak mengandung, tapi hormon estrogen kita yang terlebih banyak tu duk halang kita dari mengandung. Dok halang daripada berlaku penempelan di dinding rahim. Ni kalau sape yang belajar subjek biologi tahulah apa maksud penempelan.hehe

Hormon tu akan membuatkan period kita tak teratur. Bila tak teratur, maka susah lah nak mengandung. Dan ada kes yg lebih teruk lagi, ovulasi (penghasilan telur) juga langsung tak berlaku.

Jadi, macam mana nak mengandung?

Nak mengandung penghasilan telur mesti terjadi. Sebab telur itu yang akan disenyawakan oleh benih suami. Dan yang akan menjadi anak kita nanti.

Sebab itulah doktor sentiasa pesan ‘puan..jika nak hamil, cuba kurangkan berat badan puan terlebih dahulu ya..’

Okay, sekarang dah faham kan kenapa kita kena ada berat yang ideal?

Anak rezeki Allah

Ala… cakap besar. Kalau lah wanita yang gemuk takleh mengandung, kenapa aku tengok ramai je yang lagi gemuk daripada aku, berderet je anak. Haa.. jawab..jawab..

Alhamdulillah.. Allah Maha Pemberi Rezeki. Manusia hanya cuba berusaha. Selagi tak berjaya, cuba lah usaha.

Kalau orang lain yang lebih gemuk tu dapat mengandung, itu rezeki dia. Kita ni haa.. yang tak lekat lagi, cuba lah ikhtiar. Tak payah tengok orang lain. Kita jaga diri kita sendiri.

Tak salah pun kan? Dan yang paling penting, DOA. Mintak pada Allah. Allah Maha Kaya. Jangan sedih-sedih ya. Pasti ada rezeki adik-adik manis nanti. muahciked!^_^

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge