Ketahui Bagaimana Kolagen Buat Anda Kelihatan Jauh Lebih Muda Dan Cantik

0

“Akak nak cari barang apa ye? Boleh saya bantu?”

“Maaf Makcik, tumpang lalu..”

“Puan tunggu sebentar ya.. “

Saya Bukan Makcik!

Wanita mana yang tak sedih bila seringkali dilayan seperti wanita yang sudah berusia sedang dirinya yang sebenar masih muda. Sedangkan jika dipanggil kakak oleh wanita lain yang dirasakan sebaya pun sudah bisa membuat rasa nak marah! Inikan pula jika dipanggil makcik dan puan.

 

*image from google

 

Entah dimana silapnya, muka kelihatan jauh lebih tua dan berusia dari usia sebenar. Melihat rakan-rakan sebaya yang lain, penampilan mereka tak ada bezanya dengan kita. Walaupun takde lah slim dan tinggi lampai seperti model, tapi penampilan kita juga boleh tahan.

 

Masih ikut trend semasa. Orang lain pakai shawl keknis, kita pun pakai juga. Orang lain buat fesyen shawl pin sana, pin sini, kita pun pandai juga. Meskipun bekerja sebagai enginner yang kadang kala kena turun ke tapak binaan, penampilan kita masih terjaga.

 

Baru berusia 29tahun tidak bermakna kita harus kelihatan tua meskipun belum mendirikan rumahtangga. Tak patut mereka gelar kita kakak, makcik dan puan!

 

Tapi, salahkah orang-orang ini? Mereka tak kenal pun siapa kita. Kalau mereka kenal, sudah tentu mereka tau yang kita masih bujang. Kita juga sebaya mereka. Kita juga masih muda dan belum punya anak.

 

Maka sudah tentu mereka tak akan panggil kita dengan gelaran-gelaran kakak, makcik mahupun puan!

 

Kulit Kusam, Berkedut dan Kendur.

Salah satu faktor yang membuatkan diri kita sering dilihat sebagai wanita yang berusia adalah disebabkan memang kita kelihatan tua! Jadi berhenti salahkan orang sekeliling!

 

Kulit muka yang tidak tegang, kelihatan berkedut, garis-garis senyuman yang semakin jelas kelihatan walau bibir tidak mengukir senyuman, garis melintang di dahi yang samar-samar, kedutan di mata malah kulit yang kusam dan gelap.

 

Meskipun sudah mengenakan alas bedak yang nipis mahupun tebal, menggunakan BB Cream, CC Cream, foundation dari jenama tersohor, ianya masih tidak mampu menjanjikan yang anda akan kelihatan jauh lebih muda.

 

Tua Sebelum Usia Memang Menakutkan!

Tidak semua wanita yang kelihatan tua daripada usia sebenar lambat bertemu jodoh. Jodoh maut di tangan tuhan. Namun jika kita kelihatan lebih berusia dan belum mempunyai calon suami itu memang merungsingkan.

 

Manakan tidak, jika kebanyakan lelaki menganggap kita sebagai wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, peluang untuk dapat menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki semakin tipis!

 

Kolagen Membantu Anda Kembali Muda.

Jadi apa yang harus kita lakukan untuk kelihatan lebih muda? Banyakkan memakan makanan yang kaya kolagen!

 

Kolagen secara semulajadinya memang terdapat dalam tubuh manusia. Tubuh kita menghasilkan kolagen setiap hari. Namun semakin kita dewasa dan berusia, semakin banyak kolagen hilang dari badan dan keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen juga semakin berkurangan.

 

Kehilangan kolagen boleh berlaku disebabkan banyak faktor antaranya ialah disebabkan gaya hidup dan corak pemakanan, kehidupan yang tidak aktif , persekitaran, stress dan juga disebabkan oleh radikal bebas.

 

 

Macam mana nak tahu kolagen dalam badan kita masih mencukupi atau tidak? Caranya mudah. Kalau nak tahu kandungan kolagen mengikut usia, Periksa keadaan kulit anda sekarang!

 

Pilihlah Kolagen Terbaik.

Memilih kolagen dari sumber yang terbaik amat penting. Selain dari sumber yang premium, kolagen yang bagus dan yang akan memberikan kemudaan dan keremajaan pada kulit anda adalah kolagen yang mudah diserap ke dalam badan.

 

Bagaimana untuk mengetahui kolagen anda adalah kolagen yang terbaik? Terdapat pelbagai sumber untuk mendapatkan kolagen. Namun, Sebelum mengambil mana-mana produk atau makanan yang mempunyai kolagen yang tinggi, pastikan untuk pertimbangkan beberapa ciri kolagen yang baik.

 

Kolagen yang baik haruslah mempunyai berat molekul yang sangat kecil dan diperkaya dengan vitamin C dan B untuk mengoptimumkan kesan terhadap kulit dan kesihatan keseluruhannya. Kolagen sahaja tidak akan memberikan kesan optimum, ia sekurang-kurangkan perlu digabungkan dengan vitamin C.

 

Kebanyakan produk kolagen di pasaran mempunyai berat molekul sehingga 300,000 dalton. Kolagen yang mempunyai berat 300,000 dalton agak sukar untuk diserap ke dalam badan. Jika boleh, carilah produk kolagen yang mempunyai berat molekul yang kecil sehingga 1,000 dalton. Berat 1,000 dalton adalah sangat ringan dan sangat kecil membuatkan proses penyerapan ke dalam badan untuk kolagen yang sekecil ini amat mudah sekali!

 

Jika anda ingin mencari produk kolagen yang mempunyai berat molekul yang kecil, salah satunya adalah serbuk kolagen dari Shaklee. Serbuk kolagen dari Shaklee mempunyai berat molekul yang sangat kecil iaitu seberat 1,000 dalton. Berat ini adalah 300 kali ganda lebih kecil dari kolagen biasa yang ada di pasaran.

 

Malah ianya juga diperkaya dengan 7 bahan aktif yang lain yang tidak lain tidak bukan untuk mengoptimumkan lagi penyerapan dan kesan terhadap kemudaan dan ketegangan kulit, melembabkan dan menghaluskan kulit, memudarkan bintik hitam dan memperbaiki tekstur kulit seperti bekas parut jerawat yang berkawah.

 

Membantu mengurangkan masalah sakit sendi, sakit lutut dan menyembuhkan ligamen yang koyak. Terdapat banyak lagi kelebihan serbuk kolagen Shaklee yang mana ianya turut menjalani kajian saintifik oleh saintis-saintis terkenal didunia bagi menyokong kerberkesanan serbuk kolagennya.

 

Tukar Gaya Hidup Anda!

Mengatasi masalah tua sebelum usia bukanlah 100% bergantung kepada pengambilan produk kolagen mahupun supplemen-supplemen kesihatan yang lain.

 

Ianya adalah berkait dengan gaya hidup seharian yang kita jalani. Pengambilan air kosong yang mencukupi, mengurangkan makanan berasaskan tepung dan gula seperti kek, manisan, kuih muih dan minuman bergula, soda dan berkaffien.

 

Menghadapi stress dengan baik dan melakukan senaman-senaman ringan bisa membantu anda untuk lebih sihat dan kekal muda.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge