Krim Herbal Blend Shaklee, Krim Semulajadi, Bantu Sembuhkan Luka Dengan Cepat Dan Kurang Berparut

0

Krim Herbal Blend Shaklee Bantu Sembuhkan Luka Dengan Cepat Dan Luka Jadi Kurang Berparut.

“Mama jangan lah letak Herbal Blend. Nanti sakit” .

“Tak pedih pun.. meh mama letak sikit. Ni kan ubat kaki Ahmad. Kalau tak letak Herbal Blend, nanti lambat sihat kaki Ahmad”.

Pastu mama pun sapu lah herbal blend kat lutut dia. Rileks je tuannya. Padahal tadi bukan main takut!haha

Apa Yang Buat Herbal Blend Ni Best?

Herbal Blend ni best tau! Memang wajib ada kat rumah. Kiranya macam First Aid lah. Sebab memang kakda guna sokmo bila ada kecederaan kecil macam ni. Hatta kena gigit semut gatal pun, kalau sapu dengan herbal blend ni, terus hilang gatal.

Tapi bila dah lepas mandi tu, kena sapu lah balik. Sapu sampai lah luka nampak dah makin elok.

Untuk baby yang selalu ada ruam lampin pulak, sebelum ruam jadi, masa kulit tengah merah-merah, terus je sapu. Senang cerita, tiap kali baby lepas mandi atau kepas cebok, sapu je Herbal Blend ni.

InshaaAllah tak akan naik ruam. 

Percayalah! Sebab kakda dah pernah jaga 4 orang anak yakni anak sendiri. Kakda ada rasa tanggungjawab untuk berkongsi pengalaman guna herbal blend ni. Kesian kat anak kalau asyik kena ruamm je memanjang.huhu

Pedih Tak Herbal Blend Ni?

Pedih Tak Herbal Blend ni? Dia tak memedihkan langsung walaupun terkena kat isi. Rasa sejuk2 sikit je sebab ada Menthol.

Sebab tidak memedihkan tulah buat herbal blend ni sesuai untuk kanak-kanak. Apatah lagi bahan untuk buat herbal blend ni 100% berasaskan bahan semulajadi. 

Kalau baby terjilat jari kaa, terjilat tangan ka yang lepas disapu dengan herbal blend, enggak apa-apa kok! Karna semua bahannya itu tidak mempunyai bahan kimia berbahaya. 

Steroid?? Tak dak! Paraben FREE lagi!

Krim Untuk Luka Terkena Benda Panas Atau Minyak Panas

Pernah juga ada satu hari tu, Ahmad terpegang besi Oven yang panas!

Nak dijadikan cerita, masa tu cuai macam mana tah kakda, lepas pre-heat oven, kakda rileks je keluarkan besi para oven tu letak atas meja.

Ahmad pula g pegang besi tu (Ahmad lagi!haha). Berpalang 4 jugak lah tapak tangan beliau. Cop palang besi!

Imagine lah. Panas bah tu!

Terus menjerit nangis Ahmad lepad terpegang tu. Cepat² kakda basuh tangan dia dengan Basic-H pastu terkejar-kejar jugak lah kakda mencari Herbal Blend.

Normal lah kan, bila ko cari sesuatu dalam keadaan panik, konfem tak jumpa. Bila ko tak cari, asyik terjumpa je!

Mujur lah kat rumah kakda adalah dalam 2 3 tiub Herbal Blend yang sudah dibuka. Memang banyak, sebab asyik lupa je letak kat mana.haha.. (kakda juga guna Herbal Blend sebagai losyen Muhamad.)

Tak lama lepas tu, lepas Ahmad dah cool down, dah tak nangis, kakda pun belek lah tangan dia.

Boleh tahan teruk jugak lah. Tapi alhamdulillah ada 1 line je yang melepuh, naik air. (sikit je lah tapi)

Tu semua sebab kakda cepat² sapu Herbal blend. Kalau tak sapu, mesti teruk lagi kejadiannya. 

Kenapa kena sapu Herbal Blend sokmo?
Bila sapu herbalblend, ia buat luka cepat kering tau. Luka tak melarat. Jadi luka akan cepat sembuh.

Kakda tak tipu! Sampaikan mentua kakda tanya, macam mana cepat sangat elok tangan Ahamd tu, kakda kata tak tau lah. Sapu dengan Herbal Blend je. 😘

Sama jugak dengan kerani kat ofis suami kakda. Anaknya naik kudis kat muka. Kudis tu pulak ada nanah. Kerani kata tak tau nak letak ubat apa lagi dah. Tak sihat-sihat juga.

Satu hari dia terbaca pasal herbal blend ni kat internet. Pastu dia wasap lah kakda. Nak minta sikit krim Herbal Blend. Nak try sapu kat muka anak dia.

Kakda pun bagi lah 1 tiub. Takpa sedekah untuk anak dia. Sedekah kan menjemput rezeki. Manatau lepas ni makin bertambah rezeki kakda.

Lepas tu  tak lama kerani wasap. Kudis kat muka anak dia dah OK! Alhamdulillah.

Dia share lagi, bagitau dia sapu kat betis anak lelaki dia luka kena ekzos motor. Hitam dah tempat luka tu. Dia kata terbakar kot! Luka besar!

Sapu 3 hari, alhamdulillah, luka dah kering dan bekas luka tak tinggal parut hitam. Berbeza sangat katanya.

Ok lah tu.

Herbal Blend ni krim serba guna. Macam-macam boleh pakai untuk kegunaan apa pun. Ikut suka demo!hahaha

Ada juga suka guna Herbal Blend nak bagi jerawat batu kecut. Katanya berhasil. Kakda no komen. Ikut suka hati korang lah nak sapu tang mana. Sebab Herbal Blend ni krim semulajadi. Tak bahaya. Selagi berhasil, guna lah sayang-sayang ku.hehe

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge