Macam Mana Cara Nak Start Bisnes Shaklee?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah harini kakda dapat order lagi dan berjaya daftarkan ahli baru untuk join team iFighter. Kali ni kakda COD Shaklee ke Pengkalan Chepa pula di Kuaters Polis berhadapan MRSM Pengkalan Chepa. First time kakda masuk jalan kat situ, biasanya lalu kat jalan utama je time mengidam nak beli McD drive-thru.hehe

So malam ni kakda nak share secara ringkas macam mana cara nak start buat bisnes shaklee ni. Kakda yakin diluar sana mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana sebenarnya cara nak memulakan bisnes Shaklee kalau kita dah berminat dan tak sabar sangat nak dapatkan income besar macam orang lain yang dah berjaya tu kan.

Simple je sebenarnya.

Dan kakda yakin, mesti ramai yang tak tahu yang sebenarnya once korang dah berdaftar sebagai ahli yang sah, korang dah boleh start menjual produk shaklee on the spot tau.haaa.. terus boleh jana income! Tak payah tunggu beli stok atau tak perlu buat apa-apa pun korang terus boleh mula.

Macam yang kakda selalu pesan dengan customer kakda, dengan hanya berkongsi apa yang mereka rasa (shaklee effect) contoh up di FB atau whatsapp status, mereka sebenarnya mampu jana pendapatan sampingan.

Dan kalau nak fokus secara serius dengan menjadikan peluang bisnes shaklee sebagai kerjaya pun boleh sangat. Berapa ramai dah Master yang dah capai income 6 angka sebulan tanpa perlu keluar rumah setiap pagi balik malam, tanpa perlu hantar anak ke pusat asuhan, tanpa perlu out-station tinggalkan keluarga dan banyak lagi kesukaran lain yang mereka tidak perlu lalui pun untuk mendapat income 6 angka sebulan.

Cara Daftar Ahli Shaklee:

  1. Yuran RM35 dan perbaharui keahlian setiap tahun dengan membuat pembelian minimum tanpa syarat 2 bulan sebelum tarikh lahir seterusnya.
  2. PERCUMA dengan setiap pembelian dibawah: (Klik sini untuk join ahli)
    – 1 Botol Vivix; atau
    – 1 Botol ResV; atau
    – 3 Tong ESP; atau
    – 5 Botol SR Vita-C Plus 500mg; atau
    – Set DUO YOUTH + 1 Botol SR Vita-C

Kakda doakan moga-moga ahli baru tadi tergerak hati untuk cuba berbisnes juga. Kakda dah ajak dah tadi, korang yang baca ni mohon doakan ya. Sebab sesiapa saja ada peluang yang sama untuk grab semua peluang yang shaklee tawarkan. Bisnes shaklee sesuai untuk semua bukan hanya untuk mereka yang kehilangan perkerjaan, surirumah mahupun student, anda yang berkerjaya pun harus rebut peluang ni.

Ok la gais. nanti sambung lagi..

Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Kak D

    Berbaloi¬≤ sis….saya pun sudah join

    January 30, 2021 at 8:11 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.