Majlis Tadarus Quran Kali Kedua Buat Di Rumah, Ramadan 2017

0

Tadarus Quran Kali Kedua Di Rumah Sendiri Ketika Bulan Puasa

Ramadan kali ni adalah kali kedua kakda dan suami buat majlis tadarus quran kat rumah. Alhamdulillah majlis kali ni berjalan dengan lancar. Makanan pun habis. Tak banyak membazir berbanding tahun lepas.

Majlisnya simple je. Geng tadarus surau akan datang berkunjung kat rumah ahli yang minta mereka datang. Bacaan masing-masing. Ikut kat mana kita tanda bacaan kita.

Jadi geng tadarus akan bertandang ke rumah yang dijemput dan sambung je bacaan masing-masing. Baca lah quran dalam beberapa muka surat pastu makan!

Menu Majlis Tadarus Quran Yang Simple

Untuk menu pula, kira agak-agak je orang nak makan apa untuk moreh. Kalau di Kelantan ni, moreh yang femes adalah Colek.

Colek Ayam, colek buah, colek seafood. Macam-macam lah!

Tahun lepas kakda sediakan colek ayam Cherang. Colek Ayam Cherang ni femes sebab sedap. Tapi sebab kakda terlebih bajet, jadi banyak extra. Selain Colek Ayam Cherang, kakda juga sediakan Jala Mas Diraja. Jala Mas Diraja yang kakda tempah ni memang sedap. Tiap kali puasa mesti tempah dengan orang yang sama.

Untuk cenderahati pula, suami kakda sediakan senaskah al-quran untuk setiap tetamu yang hadir.

Untuk tahun ni pula, kakda sediakan menu Roti John Kubang Kerian, Kuih Cara Berlauk dari FB Kuih Kelantan dan minuman Koktel.

Kali ni kakda dah pandai agak-agak jumlah makanan yang perlu disediakan berdasarkan pengalaman lepas.hehe

Cenderahati pula kami beli kain Pelikat yang agak molek kualitinya dengan harapan kain Pelikat tu berguna untuk semua tetamu yang hadir.InshaaAllah.

Jemput Berkat Dalam Rumah

Semoga aktiviti tadarus al-quran ni akan memberikan keberkatan dalam keluarga dan rumah kami. InshaaAllah tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, doakan kakda dan suami konsisten buat aktiviti ni. Doakan ya!

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge