Mask Muka Keluaran Soo Beaute Berasaskan Bahan Semulajadi Lava Dari Pulau Jeju Korea

2

Shopping Blusher Tapi Terbeli Sekali Mask -Konfem Perempuan Kan?!

Siang tadi masa kakda nak shopping selipar raya anak-anak kat AEON Kota Bharu, tergerak hati nak beli blusher. Yelah nak raya kan, penting tu blusher sebab nanti nak main mekap-mekap di pagi raya kan? Kalau takde blusher nanti kurang sweet pulak.muahaha..

Jadi masuk lah kakda yang innocent bab mekap-mekap ni ke dalam kedai Selectiv by SaSa. Cakap kat Salesgirl nak beli blusher. Salesgirl tawar blusher yang harganya RM99. Mak aiiihh.. tak mampu omak tau.hahah

Kakda pun cakap “Takseh mahal-mahal. Sayo nok hok muroh jah”. Pastu dibawaknya kakda tengok blusher yang murah sikit, RM80 tapi takde berus. alahaiii… *tak mau..tak mau*

“Sayo nok harga dalam RM50 jah”..alhamdulillah salesgirl redha. Dibawaknya kakda tengok satu blusher ni jenama Pupa Milano Like A Doll Blush. Katanya harga RM50. Siap ada berus.Yeay!haha

Taktau lah jenama apa yang.. kakda ambik je. Asal kaler comey.hihi..

Pandai Salesgirl Upsale

Pastu sampai kat kaunter, tiba-tiba kakda dioffer untuk beli mask. Aiii.. tau-tau je kakda sekarang memang sedang berfikir-fikir nak pakai mask. Yelah kan bila tengok rancangan korea tajuk apa dah Beauty Bibble ka apa nama tu, sokmo je artis korea ni bagi tips nak kulit cantik kena pakai mask.

Katanya tak kisah mask apa pun, yang penting pakai.

Memandangkan masa beli blusher tadi kakda nak yang murah-murah, salesgirl yang bijak ni pun offer untuk beli Mask yang Buy 1 Free 1. Pandai tau!!hihi

Beli 1 kotak Percuma 1 kotak. Tapi harga boleh tahan. RM69 you!!hahah.. Agak terkejut beruk jugak aa kakda. Yelah kan, first time beli mask terus dapat yang harga RM69 agak kejutan budaya gak aa.. Kakda ingat boleh dapat mask harga Rm2 atau Rm3 sekeping.huhu..iyaa.. kakda tau mask korang mahal lagi kann..kan..

Biasanya kan kakda hanya pandai pakai mask buatan sendiri je kat umah macam mask ESP, mask Sr Vita-C.. jadi kali ni jadi *tanjat gegirl U know* hahah…

Mujur lah otak kakda pantas berfikir *sebab kakda kan makan Omega..hahahha ^_^* RM69 bahagi 20pcs. Oh! Agak murah disitu. Hanya dalam Rm3.45 sekeping. So setuju lah.hahaha.. *Yeay malam ni nak pakai mask*

Apa Kelebihan Mask Soo Beaute?

Mask yang kakda beli tu jenama Soo Beaute keluaran Korea. Menurut salesgirl dan juga melalui bacaan di kotak, mask brand ni adalah berasaskan bahan semulajadi yang ada di Pulau Jeju.

Semua bahan-bahan untuk buat mask ni diambil dengan penuh kasih sayang dari hasil bumi Pulau Jeju.

Kakda beli 2 jenis Mask.

Jeju Dandelion Mask dan Jeju Lava Water Mask.

Kelebihan Jeju Lava Water Mask

Kalau baca tajuk pun dah tau mineral yang digunakan adalah dari gunung berapi. Kita memang tau kan, hasil gunung berapi ni hebat. Semoga bertambah cantik lah kulit kakda lepas ni.muahaha..

  • dihasilkan dari bahan semulajadi yang akan membantu melembapkan dan menjadikan kulit wajah terhidrasi. Maksudnya akan ada ‘fresh look’ lah kot kan.hihi
  • Mengandungi calsium, magnesium dan sodium yang akan membantu kulit sentiasa sihat.
  • Green Tea extract yang ada diadun sekali bertindak sebagai anti-oksidan, anti-radang dan mampu melembapkan kulit.

Kelebihan Jeju Dandelion Mask

Mask ni pun sama juga. Dari bahan semulajadi Jeju. Berbeza dengan mask tadi, hat ni diperkaya dengan 13 vitamin dan mineral. Antaranya ialah vitamin B, C dan D. Ia khas untuk anti-penuaan.

Am nya fungsi dua benda ni lebih kurang sama je.

Kakda pun tak kisah sangat. Yang penting adalah 20 keping untuk bercantik-cantik.muahaha..

Tadi salesgirls tu siap offer kakda pencuci muka lagi. Dia tak tau ka kakda memang dah ada pencuci muka kesayangan. Jangan pernah kau coba-coba nak suruh kakda beli yang lain. Babab kang!hihi.. *gurau*

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

  1. Bestnya ada 20keping hahaha. Saya pun jarang bermask sebab xtau mau pilih. Tpi hari tu ngam2 membeli di watson ada offer mask safi rania gold tu dlm rm4 lebih. Beli la 1 ni mau try. Best jugak la pakai. Lain kali boleh la beli lagi 😄

Leave A Reply

CommentLuv badge