Minuman Yang Paling Sesuai Untuk Tekak Orang Mengandung Yang Ada Alahan Teruk
Malam ni kakda nak share satu minuman yang sangat baik untuk diamalkan oleh wanita mengandung yang mempunyai masalah alahan yang teruk atau juga dipanggil sebagai Morning Sickness.
Cuba bayangkan wanita mengandung yang mempunyai alahan yang teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?
Tak kisah lah makanan atau minuman terutamanya minuman bersusu, pasti akan muntah balik.
Badan Letih, Hilang Tenaga, Mood Ke Laut
Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah takde benda dah yang boleh dikeluarkan dari perut.
Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Tahu tak badan kita lebih memerlukan minuman berbanding makanan? Kakda ingat lagi dulu masa kakda sekolah menengah, abang kakda tanya. Dia tanya, kalau kita terdampar kat pulau terpencil tanpa makanan, berapa lama kita boleh hidup?
Kakda jawab “tak lama. 2 hari.”
Tahu tak abang kakda kata apa? Dia kata kita boleh hidup lebih lama dari 2 hari asalkan ada air. Iya. Air.
Air penting sebab ianya akan mengelakkan kita dari terhidrasi.
Badan kita memerlukan bendalir untuk bekerja. Sebab itulah, kalau takde makanan takpa lagi, jangan takdak air!
Masuk Wad, Masuk Air Dalam Badan
Bagi yang sering mengalami alahan yang teruk semasa mengandung, mesti dah biasa kan masuk wad untuk tambah air. Orang kita sebut ‘masuk air garam’. Betul lah tu.
Air garam lebih tepat lagi air + garam.
Tujuannya tak lain tak bukan untuk mengelakkan badan kita dari terhidrasi disebabkan muntah yang terlalu kerap dan tiada bendalir ditambah masuk untuk menggantikan bendalir yang keluar.
Cara paling pantas adalah masuk air garam kat hospital.
Minuman Air Garam Yang Sedap Berperisa Oren
Bila biras kakda mengadu alahan nya kali ni agak teruk berbanding semasa mengandung anak pertama, kakda dah risau. Segala suplemen prenatal nya pun tak dapat nak makan sebab asyik muntah.
Biras kakda tanya, ada tak minuman yang berfungsi untuk tambah garam dalam badan.
Lepas tu baru lah kakda teringat pasal minuman berperisa oren kegemaran suami kakda. Rasanya lebih kurang macam 100plus. Rasa segar semacam je kalau minum. Lagi-lagi kalau buh ais dan laici. Sedap sangat!hihi
Minuman ni suami kakda suka minum masa bulan puasa. Suami kakda wajib ambil minuman ni sebab katanya kalau minum minuman ni, dia jadi kurang rasa dahaga. Lagi-lagi kalau suami kakda kena kerja bawah panas.
Minuman yang kakda maksudkan ni adalah Performance Drink juga dikenali sebagai minuman Angkasawan. Nampak segar je kan walau hanya dalam gambar.heheh
Kenapa Minuman Angkasawan? Sebab angkasawan pun minum masa kerja kat angkasa.hehe
Hebat tak? Mestilah hebat.
Performance Drink Bantu Wanita Mengandung Bertenaga
Bukan setakat wanita mengandung dan angkasawan yang sesuai mengamalkan Performance Drink ni malah kebanyakan atlit antarabangsa juga mengamalkannya.
Umumnya fungsi Performance Drink tidak lain tidak bukan untuk mengelakkan badan kita menjadi kering air (terhidrasi).
Kerana jika badan terhidrasi ianya boleh menjadi sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.
Apa yang boleh dilakukan oleh wanita mengandung yang mempunyai alahan yang teruk adalah dengan mengambil Performance Drink setiap hari bagi mengelakkan mereka dan bayi yang dikandung daripada mengalami keadaan yang jauh lebih teruk.
Tempahan:
Jika anda ingin mencuba Performance Drink, anda boleh membelinya secara online menggunakan debit/kredit kad melalui link di bawah ini. (Harga: RM82.50)
Order Performance Drink Disini
Postage : RM10.60 sm, Rm21.20 ss
Daftar Ahli Untuk Lebih Penjimatan disini
Cara 2: Jika anda tidak pasti, hubungi kakda melalui Wasap di link ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi tentang set apa yang paling tepat dengan bajet dan situasi anda, tips serta cara pengambilan yang betul.
Kakda | 010 760 4946
Pengedar Shaklee Kelantan
COD Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Binjai, Kedai Lalat
4 Comments
Terliur pulak mau cuba ni. Hehe.. tunggu lah bulan puasa kasi husband cuba 😄
April 5, 2017 at 6:38 amhahah.. sedap tau wazie. Laki aku minum berbuka dan sahur. Aku minum masa berbuka jak.heheh..
April 5, 2017 at 10:17 amKakDa recently posted…Stroke Beransur Pulih Selepas 7 Hari Mengambil Suplemen Vivix
Utk cirit birit ok jugak tu..haha..shima minum mak punya performance drink sama cirit birit..dah org pnya belum buka lagi, shima pulak yg rasmikan..haha..kira ‘terdesak’ cover utk cirit birit..okk lpas minum tu..hihi..lega sikit dh rasa..
April 5, 2017 at 12:47 pmHasyimah recently posted…VITAMIN C ADALAH ANTARA VITAMIN YANG PALING POPULAR
Memang bagus untuk cirit birit. Kalau nak cepat ok, bancuh pekat-pekat.InshaaAllah kejap je ok.
April 6, 2017 at 10:03 am