Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Hal Anak Kakda SANTAI

My 5th Pregnancy Journey: Part 1

Pengalaman Mengandung Kali Ke-5: Bahagian 1

Alhamdulillah kakda mengandung lagi. Dah lama perut kosong. Last bersalin kembar pada tahun 2014.

Tahun 2018 ni baru ada isi pula.hehe

Biasanya kakda jarang lambat ada ‘isi’. Sampai ada yang kata kakda nini asy pregnant je manjang. Jarang la perut kakda cuti lama.hehe

Buang IUCD

Sebenarnya kami tak plan nak tambah anak.

Tapi lepas kakda buang iucd (3 tahun), tiba-tiba rasa macam nak mengandung lagi.

Dengan harapan, moga-moga dapat anak perempuan.

Yelah sebab kakda ada sorang je anak perempuan. So kalau lah boleh, memang nak anak perempuan lah kan.

Tapi walau apapun jantina baby, yang paling penting baby sihat dan cukup sifat.

Pengalaman Berbeza

Kakda buang iucd dalam minggu pertama January 2018.

Last peruod 31 January 2018. Lepas tu dah tak period dah.

So cek punya cek, ada double line. Alhamdulillah. Pregnant.hihi

Kalau diikutkan pada tarikh kakda buat entry ni, kandungan kakda baru nak masuk 8 minggu kan?

Rabu nanti baru kakda plan nak p scan. Lepas scan baru lah p buka buku merah kat Klinik Kesihatan.

Dalam hati berharap juga kehamilan kali ni pun kembar. Mana tahu kan. Kot rezeki Allah nak kasi lagi. Aminnn..hahah

Loya Sokmo

Kehamilan kali ni sebenarnya agak berbeza.

Boleh dikatakan, sepanjang masa tekak kakda rasa loya dan mual.

Kakda sebenarnya bukan lah jenis orang yang ada alahan atau Morning Sickness semasa mengandung, tapi kali ni memang lain.

Lepas makan lah especially, memang rasa mual. Rasa macam makanan yang kakda makan memang dah di hujung anak tekak.

Tinggal nak push bagi keluar saja lagi.huhu

Sampaikan air kosong pun kakda sekat. Takut nak minum. Sebab loya.huhu

Vitamin C dan B Complex kakda tak tinggal.

Malam telan OsteMatrix.

Memang rasa loya juga nak telan, tapi push jugak diri.

Tak mau lah nanti badan letih dan makin tak larat.

Agaknya mungkin sebab usia pun dah meningkat, jadi kehamilan kali ni rasanya agak berbeza dengan kehamilan yang lepas.

Suka Makan Masam Dan Manis

Disebabkan rasa loya sokmo, kakda jadi suka makan benda masam-masam.

Kalau diikutkan, cari makanan masam ni bukan stail kakda.

Biasanya kakda tak cari benda masam pun. Peenah cari benda masam masa Pregnant kan Nuur sana. Tu pun masa kandungan dah masuk 3bulan.

Kali ni awal kot.

Baru berapa minggu ni, asyik makan masam memanjang.huhu

Dan kakda juga suka benda manis. Sebab selain masam, makanan manis dapat kurangkan sikit rasa loya kakda.

Tapi nak makan manis-manis takleh jugak. Takut nanti dpt kencing manis pulak masa pregnant. Tak mau lah.huhu

So, ini saja catatan kakda untuk Part 1.

Pengalaman ni kakda tulis untuk rekod diri sendiri. Kalau nak baca, silakan.

Tapi kakda tak perlukan komen negatif. Yang baik-baik saja ya. 😘

Previous Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply