Hilangkan Keputihan Dengan Produk Shaklee.

    Hampir semua wanita pernah mengalami masalah keputihan sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup mereka. Masalah keputihan setiap wanita tak sama tau. Ada yang masih kategori normal dan ada yang teruk berbau busuk dan gatal sehingga mengganggu kehidupan harian dan menjejaskan tahap keyakinan diri individu.

    Baca: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita Kena Tahu. Normal Atau Tidak?

    Apa Itu Keputihan?

    Secara ringkasnya keputihan ni adalah lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj kita. Masalah keputihan juga dialami oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Jadi jangan risau kalau anda ada masalah keputihan.

    Apa yang paling penting, kita kena tahu membezakan samada lelehan lendir yang keluar dari faraj kita tu masih dalam kategori yang normal ataupun sudah masuk dalam kategori serius dan memerlukan rawatan.

    Baca: 4 Punca Keputihan Yang Setiap Wanita Kena Tahu Dan Elakkan!

    Risiko Dan Bahaya Keputihan Serius Kepada Wanita.

    Jangan ingat masalah keputihan tak berbahaya ya gais. Keputihan yang serius boleh menyebabkan beberapa kesan buruk seperti;

    • Boleh menyebabkan kemandulan
    • Risiko kehamilan luar rahim
    • Menyebabkan penyakit kanser dan membawa maut.

    Makin lama kita mengabaikan penyakit keputihan kita, makin sukar ianya untuk dirawati. Sebab apa? Sebab bakteria atau kulat yang duk kat faraj kita makin lama makin kuat dan dah terlalu selesa sampaikan tak mati walaupun kita duk makan antibiotik atau antifungal. haaa..tak takut ka?huhu

    Wanita hamil yang mengalami keputihan kronik – Berhati-hati ya mommies! Masalah penyakit keputihan yang kronik boleh berlaku berpunca daripada jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus).

    Dari rongga rahim, jangkitan kemudian akan ke saluran pengeluaran telur (tiub Fallopio). Bila jangkitan dah menular hingga ke kilang telur kita, ia boleh menyebabkan kehamilan luar rahim (bagi yang sedang berusaha untuk hamil – ttc) dan akan menyebabkan pendarahan bagi wanita hamil yang boleh menakibatkan kematian ibu dan bayi. (Seram!)

    Bagi wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah(imun rendah) juga perlu berhati-hati kerana penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan juga boleh mengancam nyawa.

    Cara Mencegah Penyakit Keputihan

    • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
    • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
    • Kerap menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid.
    • Guna panty liner ketika perlu sahaja.
    • Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
    • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
    • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
    • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
    • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
    • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
    • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
    • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
    Rujukan info: myhealth.gov.my

    Rawatan Alternatif Untuk Merawat Keputihan.

    Selain daripada mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti diatas, pengambilan Set Keputihan Shaklee juga sangat membantu ramai wanita yang mengalami masalah keputihan.

    Ada yang seawal 2 hari sudah dapat rasakan perubahan. Jom tengok testimoni kat bawah. Berikut merupakan Testimoni Set Keputihan Shaklee;-

    2 Pilihan Set Keputihan Shaklee

    1. Set Keputihan Premium
    2. Set Keputihan Bajet

    Apa Yang Ada Didalam Set Keputihan Shaklee

    • Alfalfa Complex
    • Garlic Complex
    • GLA Complex

    ALFALFA COMPLEX – Bersifat antikulat dan berkesan untuk membunuh kulat yang menyebabkan keputihan yang gatal dan berbau. Menghilangkan rasa gatal pada faraj.

    GARLIC COMPLEX – Antibiotik semulajadi dan mengelakkan pertumbuhan kulat baru.

    GLA COMPLEX – Membantu menstabilkan hormon dan mengelakkan stress. Stress dan masalah hormon yang tidak stabil juga menjadi penyebab utama masalah keputihan.

    Set Keputihan Shaklee Premium (Lengkap) RM215 termasuk pos seluruh Malaysia.

    Set Keputihan Shaklee (Bajet) RM123.75 termasuk pos seluruh Malaysia.

    CARA ORDER:

    Semua info mengenai Set Keputihan Shaklee sudah dikongsi diatas. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Keputihan Shaklee sila hubungi nombor 01161790985 atau klik link Whatsapp dibawah.

    Klik Link Whatsapp dibawah untuk membuat belian:

    Order Set Keputihan Shaklee

    KLIK DISINI- DAFTAR MENJADI AHLI UNTUK MENDAPAT DISKAUN SEHINGGA 20% DAN SERTAI KAMI UNTUK PELUANG BISNES DARI RUMAH!

    Join Ahli Shaklee 2020 Makin Murah Dan Mudah. Betul Ka?

    Hai gaiss!! Korang nak tahu, sekarang Shaklee dah tukaq cara nak join ahli. Korang hanya perlu bayar serendah RM35 sahaja dah dapat jadi ahli. Dulu korang kena bayar RM65 tau! Mahal ka mahal? Eh mestilah mahal! Baik pinjam ID Shaklee kakda ja kalau nak beli harga member. kan??kan??.. hihi

    Tapi kali ni kakda nak fokus untuk yang nak bisnes la. Kalau korang nak bisnes jual produk Shaklee, sebaiknya daftar dan dapatkan ID sendiri. Tak payah jadi Dropship Shaklee.

    Tapi kalau korang tak nak juga bayar RM35, korang nak jadi Dropship ja, boleh je la. Wasap kakda tekan je logo Whatsapp di skrin hp korang tu.

    Kakda akan masukkan korang dalam grup Telegram khas untuk dropship. Semua info tiap produk termasuk details produk, harga, gambar dan testimoni kakda bagi. Kerja korang? Korang promote je la. Apa lagi?haha

    Kelebihan daftar ahli dengan Team Kakda, korang semua dapat access dalam grup tele Info dan boleh guna kesemua info dan testimoni dalam tu. Ahli dapat diskaun pembelian sehingga 25%. Dropship pula kakda bagi 15% daripada harga jualan.

    Contoh 1 tong ESP harganya RM169. Ahli dapat jual harga RM129 dan dapat untung runcit sebanyak RM40. Kalau dropship anda akan dapat sebanyak RM15/tong. OK ka OK?hehe

    Tak mau cakap banyak, wasap je terus k! ūü•į

    Umrah Pertamaku Yang Tak Kesampaian

    Sedih giler ah tajuk!haha.. Bismillah.. arini dah 3hb Mac 2020. Sepatutnya masa ni dah kalut packing barang nak p umrah. Tapi apakan daya, Kerajaan Saudi buat sekatan secara tiba-tiba ke atas semua jemaah start dari 28 Feb hingga 13 Mac 2020 berikutan isu Covid19 yang makin menganas.

    Kakda, suami, Raudah dan tok ma sepatutnya berangkat ke Jeddah pada 5hb Mac 2020 naik Airasia pukul 5am. Esok lusa dah tu kan. Naik flight dari Kota Bharu malam esok pukul 10:35pm. Terus masuk Jeddah dan buat umrah wajib. Setel umrah baru kami ke Madinah dan berangkat balik ke Malaysia pada 15hb Mac 2020. Kami ambik pakej Tiram Travel bilik bertiga.

    Tapi Allah uji kami. Tak dapat nak p.. takpa lah.. ujian hebat untuk orang-orang yang hebat. Kakda yakin Allah Maha Hebat dan perancangan Allah sebaik-baik plan. Jadi terus kuat dan tabah. Allah pasti janjikan sesuatu yang berlipat kali ganda lebih manis daripada kali ni.

    Kakda saja nak coret sikit dalam blog ni. Kenangan kan.. esok2 mesti dah tak ingat semua ni lagi2 lah kalau lepas ni boleh p umrah dah.

    Conteng sikit dalam ni, untuk mengenang kembali antara ujian yang Allah bagi sebelum kakda boleh buat umrah pertama. Semoga dengan ujian yang hebat ni, Allah jemput kami sekeluarga dapat buat umrah tiap-tiap tahun dan semoga semakin mudah capai impian nak buat haji sebelum umur 40tahun. Tahun ni kakda masuk umur 35, so paling lewat tahun 2025 kena p haji dah. Aminnnn..

    Mode: Masih tertunggu-tunggu info terbaru dari Travel Agency bila nak pospon tarikh umrah kami.

    Nenek yang sepatutnya datang sini sebab kena jaga cucu last-last duk saja la layan kakda kat rumah. Boleh lah ajak nenek teman kakda mengemas rumah yang tak pernah nak kemas.haha!

    Sesungguhnya, walaupun anak dah berderet, kita tetap sentiasa jadi anak mak. Tak sabar nak membawang dengan nenek! Haha

    10 Cara Orang Korea Cantikkan Kulit. Nak Tahu Tak?

    Lepas baca je 10 tips ni, terus laju kakda p dapur buka peti ais ambik kolagen. haha.. Buka paip sinki, cuci-cuci sikit muka bagi bersih pastu koyakkan plastik kolagen dengan lemah lembut (takut tertumpah serbuk kolagen yang super mahal ituuu) tuang sikit atas tapak tangan, tambah air sikit jadikan dia paste pastu terus laju sapu muka.haha Memang pantang betullah baca tips cantik, laju je nak buat. Dengan harapan bangun pagi esok muka terus glowing.hahaha

    So dipendekkan cerita, kakda rasa tips ni sangat bagus dan perlu dikongsikan kepada pembaca blog kakda. Sebab tu kakda tulis balik kat sini. Biar kita cantik sama-sama.muahahha.. Sebab kakda tahu ramai yang suka bab cantik-cantik kulit ni kan. Meh la kita mencantikkan diri dengan konsisten.haha

    Tips ni sebenarnya dikongsikan oleh seorang travel agent Jeju, Kina Omar. Kakda memang follow IG Kina ni (IG: kina.omar atau jejumuslimtravelgo). Gambar dia lawa-lawa sampaikan rasa teringin sangat nak join trip Jeju dia kalau ada rezeki satu hari nanti. Tergoda betul tengok cara dia share pasal Jeju tu.. (Mohon aminkan ramai-ramai..hehe)

    Jadi tanpa kecek banyok, jom baca tips beliau.

    Sepanjang hampir 3 tahun menetap di Jeju, ada banyak perkara yang Kina belajar dari orang Korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit dan badan. Kalau anda datang Korea mesti perasan kulit dia orang ni banyak yang putih, bersih, dan badan pun kurus je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan-kawan Korea cara dia orang jaga kecantikan? Jadi kat bawah ni Kina senaraikan beberapa tips rahsia yang dia orang bagitau dan hasil daripada pemerhatian Kina sendiri~Kina Omar.

    1. Produk Penjagaan Kulit Wajib Ada

    • Pencuci Muka – Kina perasan ada yang cuci muka guna berus muka pobling tu. Ini memang sangat-sangat berkesan.
    • Toner
    • Moisturizer

    Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence dan lain-lain. Tapi 3 bahan yang di atas adalah yang paling asas. Jadi kalau malas sangat nak ada krim banyak-banyak, sekurang-kurangnya yang 3 tu mesti ada.

    2. Peeling Gel

    Ini kawan serumah Korea Kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam skrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali.

    Tapi bergantung kepada jenis kulit juga. Kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau tengok kulit badan dia orang pun gebu (flawless) dan licin.

    Dulu Kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah berhenti sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic Kina recommend Aqua Peeling.

    3. Sunblock

    Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It‚Äôs Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni.

    Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, sunburn dll. Bagi orang Korea sunblock ni benda asas juga dan tersangatlah penting.

    4. Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum

    Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak dan manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit dia orang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang Korea kurus-kurus.

    5. Banyak makan sayur

    Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tau pasal ni. Menu makanan dia orang biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur.

    Dah lah hidangan utama tak berminyak, sayur pula 6 ke 8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan sayur ni dan tak perlu diterangkan lagi.

    6. Banyak bersukan

    Waktu Kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yang buat zumba.

    Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi tutor persendirian kelas Bahasa Inggeris kepada 2 orang veteran Korea (umur dah 50 ke atas).

    Dia orang kata, setiap hujung minggu dia orang pergi hiking gunung Hallasan, gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50 lebih masih ok dan badan dia orang memang kurus, kulit pun tegang macam baru 45 lebih.

    Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. Jadi apa kata kita rakyat Malaysia ni daripada habiskan hujung minggu tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak. Takkan nak kalah dengan makcik-makcik kat Korea ni kan.

    7. Pakai Face Mask 2kali seminggu

    Kawan-kawan Korea Kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni. Dan siapa yang pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yang mana.

    Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa segar. Kina perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask kan, kulit dia orang licin jenis berkilat tu. Sangat glowing.

    Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih dan telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air.

    Lepas tu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2 kali seminggu.

    8. Makan rumpai laut (seaweed)

    Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada rumpai laut yang dah diproses, ada juga seaweed segar yang dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak kolagen yang sangat bagus untuk kulit.

    Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan dia orang. Siapa pernah makan sup rumpai laut? Sedap kan? Kegemaran Kina tu.

    9. Tauhu

    Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu. Sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi melawat rumah kawan Korea dan dia hidangkan tauhu mentah + kimchi.

    Mula-mula pelik tapi bila makan sedap! Tauhu tu dia orang makan colet dengan Kimchi macam makan kopok lekor cicah sos. Hihihi.

    10. Pembedahan kosmetik

    Sudah tentu ini tak boleh disangkal lagi. Tapi pembedahan ni dia orang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dll. Untuk penjagaan kulit dan dalaman adalah semua yang dah disenaraikan kat atas tu.

    Jadi boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman, pemakanan, aktiviti sukan dll. Lupa nak sebut, mereka sangat menjaga kesihatan sebab kos rawatan kesihatan kat sini sangat-sangatlah mahal.

    Jadi seboleh-bolehnyanya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital. Sebab tu kalau kat Jeju ni nenek-nenek umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20 meter. Dahsyat kan?

    Semoga perkongsian ini memberi manfaat.


    Bercuti Ke Medan Bersama Anak Kecil, 2015

    Sebenarnya entry pasal Medan ni kalau diikutkan logik tak payah tulis pun takpa sebab dah basi tahap terlampau basi! Tapi disebabkan percutian ke Medan ni merupakan percutian first time kami ke Oversea, jadi kena jugak lah tulis masuk dalam blog.haha

    Bertitik tolak dari percutian ke Medan inilah, alhamdulillah kakda dapat travel oversea tiap tahun. Kenapa tiap tahun? Sebab passport kan valid 5 tahun, jadi jalan lah. Dah bayar RM200 buat passport, kalau tak gunakan sepenuhnya kan rugi tu. cehh..haha!

    Itinerary Ringkas

    Tak banyak yang kakda boleh share sebab benda dah lama.haha

    • Tiket promo RM0 AA beli setahun lebih awal
    • Buat Passport untuk 1 family – RM800
    • Hotel Danau Toba International Cottage, Parapat- malam pertama
    • Hotel di Berastagi tak ingat nama apa – malam kedua
    • Four Point By Sheraton Medan – malam terakhir
    • Ambil supir dan trip totally ikut apa yang supir dah plan.

    Day 1 – Parapat / Pulau Samosir

    Jalan-jalan ke Pulau Samosir. Kena naik feri. Area Danau Toba ni sejuk. Dalam bilik tiada kipas tiada acon. Kami sampai kat sini dah lewat malam. Lebih kurang pukul11 malam. Sarapan percuma, tapi jujur kakda nak bagitau, masa makan sungguh tak yakin dengan status halal. Ya Allah, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami. Memang newbie sangat kan, orang tak pernah keluar negara ni, sedih-sedih je. Main bedal je, anggap sama macam kat Malaysia. huhu

    Belakang tu Pulau Samosir

    Lake Toba ke Berastagi

    Balik dari Pulau Samosir sekitar pukul12 tengahari, kami terus makan lunch di masakan Padang dan solat di Masjid berdekatan. Teruskan perjalanan ke Berastagi. On the way ke Berastagi, view memang cantikkk sangat. Sampai satu tempat tu, kami stop untuk berfoto-foto. Berlatarbelakangkan Lake Toba. Tapi masa ni memang tak banyak gambar yang kakda ambil.

    Day 2 – Berastagi

    Malam baru sampai. Hotel Sibayak Internasional Berastagi. Seratus lebih semalaman. Berastagi pun kawasan yang sejuk. Malam tu memang tak lena tidur. Suhu turun sampai belas-belas. Masa tu kakda masih BF kan si kembar. So memang payah nak lekat selimut sebab nak susukan anak kembar serentak. Pagi tu sebelum bertolak balik ke Medan, kami jalan-jalan di pasar. Beli buah-buah dan sedikit ole-ole. Naik kereta kuda round pekan.

    Setel kat Pasar, kami teruskan perjalanan balik ke Medan. Ada juga lah singgah beberapa tempat.

    Kami cek in di Four Point by Sheraton. Hotel besarr dan mewah gila. Tapi tak mahal. Seratus lebih ja semalaman masa tu. Sekarang tak tau lah.

    Paling best makanan di Medan semua sedap. Kalau nak repeat Medan pun ok sebab makannya semua sedap banding di Bandung, Jakarta dan Surabaya. Ayam penyet terbaik yang pernah kakda makan setakat ni yang paling sedap jumpa kat Medan. Restoran tepi jalan ja, kami makan bertambah-tambah. Masa mula-mula landing singgah makan, hari terakhir sebelum terbang balik Malaysia makan sekali lagi.haha

    Oh ya Wong Solo Ayam Penyet pun ada. Supir ada cerita serba sedikit pasal Wong Solo ni. Rupanya memang asalnya dari Medan. Kedai Wong Solo kat Medan ni pun besarrr. Kami ada singgah makan.

    Kalau ada rezeki lagi, memang teringin nak ke Medan. Tapi just round bandar je lah kot. Food Hunting ja. Yang paling ingat kat Medan ni, makanan sedap dan kubur orang Batak yang besar-besar tinggi tepi rumah dorang. Tu ja. The End.haha

    Testimoni Vivix Makan Masa Pantang Bersalin Normal Dan Pembedahan.

    Vivix walaupun harganya mahal namun semakin lama semakin ramai yang percaya vivix sangat best diambil semasa pantang bersalin. Tak kisah lah samaada bersalin secara normal ataupun bersalin secara czer/pembedahan.

    Kakda sendiri dapat merasakan perbezaan yang sangat ketara semasa berpantang anak ke-lima last year. Ia juga merupakan pengalaman berpantang bersalin czer untuk kali yang ke-tiga bagi kakda. Memang rasa lain. Luka pembedahan cepat kering dan tiada air bisa bercampur nanah yang keluar kali ni.

    Masa berpantang czer kali ke-dua dulu, hujung jahitan luka czer kakda ada jugak keluar air bisa. Walaupun tak banyak air bisa yang keluar, tapi ada. Masa tu kakda memang dah amalkan Set Berpantang Shaklee tapi tak ambik Vivix. So bila czer kali ke-3 ni, memang terasa la perbezaannya tu ambik dengan tak ambik vivix.

    Kat sini Kakda nak kongsikan pengalaman rakan ibu yang lain yang mengambil vivix semasa berpantang. Semoga ianya dapat membantu ibu-ibu diluar sana untuk membuat keputusan samada nak membeli vivix ataupun tidak.

    TESTIMONI 1 – Bersalin Normal

    TESTIMONI 2 – Bersalin Ceaser / Pembedahan

    TESTIMONI 3 – Bersalin Normal

    TESTIMONI 4 – Bersalin czer / Pembedahan

    TESTIMONI 5 – Bersalin Ceaser / Pembedahan

    TESTIMONI 6 – Bersalin Czer / Bedah

    Memang tak rugi berpantang dengan Vivix. Walaupun mahal, tapi tak perlu pun beli banyak botol. 1 botol pun dah cukup. Dengan 1 botol tu, anda tak perlu menderita lagi nak menahan sakit lepas kesan bius hilang, menderita andai luka lambat kering, tak perlu menderita sebab sakit masa nak jalan, nak gerak, nak menguruskan bayi, nak masuk tandas. Tak perlu pun semua tu.

    Berkorban sedikit wang untuk kebahagian dan kecerian satu keluarga. Sebab kita sebagai ibu, kalau kita sakit, seluruh rumah dapat kesannya. Kalau kita sihat, ceria dan bertenaga, inshaAllah satu rumah akan merasa bahagia.

    Harga 1 botol Vivix adalah RM475. Tapi kakda ingin berkongsi kepada semua ibu diluar sana, jika anda nak beli vivix untuk berpantang, kakda izinkan guna ID kakda untuk dapatkan vivix dengan harga yang paling jimat. Anda boleh menggunakan ID 891066 untuk membuat pembelian di cawangan Shaklee yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM95 sebotol. Jadi harga 1 botol Vivix hanya RM380.

    Jika tiada branch Shaklee yang berdekatan anda, boleh Whatsapp kakda. Tapi whatsapp hanya untuk membeli ya. Bukan untuk konsultasi ataupun bertanya keberkesanan vivix. Sebab semuanya sudah kakda share di dalam blog. Kakda hanya akan layan whatsApp ibu yang serius nak beli. Kalau nak minta konsultasi ataupun testimoni, boleh teruskan pembacaan di blog.

    Cara Order:
    1. Sila bank in ke Akaun Maybank ‚ÄstECO KENCANA RESOURCES
    2. Screenshot dan Whatsapp Bukti Pembelian ke nombor 010-7604946.
    3. Sila berikan maklumat untuk pengeposan; Nama, alamat dan nombor telefon anda.