Promosi Shaklee Bulan Julai 2019 | Free Membership, Free Item

    Assalamualaikum korang. Bulan ni dah beli produk Shaklee? Belum lagi? Takpa, bagus la tu. Jom pakat beli produk promo bulan ni. Ada banyaakk sangat tau. Memang rugi besar kalau tak grab sebotol dua.hihi.. Jom, check it out!

    Meh kakda listkan semua yang mur-mur bulan ni. Antara produk murah shaklee bulan ni kita ada Vita-C Plus, Zink Plus, Masker YOUTH, Baby Shaklee dan JOM SHAKLEE.

    Sustained Release Vita-C Plus Beli 3 Botol Percuma 1 Botol Chewable Vita-C

    Bulan ni memang rezeki sangat untuk pencinta Vita-C Plus Shaklee ni. Sebab kalau beli 3 botol, Shaklee bagi 1 botol lagi secara percuma. Wow sangat uols! hihi.. Hat free ni dia botol kecik ja. Senang nak bawak ke hulu ke hilir buh dalam henbag. Rasa nak makan ceklat, rasa tak sedap mulut, ngap je sebiji. Hisap-hisap terus cantik you!hahah.. (ok gurau.)

    3 Botol ni berharga RM292.50. Free 1 botol Chewable Plus yang bernilai Rm41. Sapa nak bagi free kan? Rm41 tuuuu..

    So, jangan lupa grab naa… More info pasal Vita-C Plus Shaklee, korang klik kat sini. Kenapa, sebab apa kena makan hat Shaklee punya, baca je kat situ. Pastu nak order, klik link wasap kakda ni. Order Vita-C Plus Promo Julai 19.

    Zinc Plus Beli 3 Percuma 1

    Zinc Plus beli 3 botol percuma 1 botol. Menarik kan? Jimat sangat! Pakat dengan adik-beradik, kawan kerja atau boleh simpan untuk stok sendiri. Cukup untuk stok setahun lebih.hihi.. 1 botol ada 120biji. Kita makan sebiji sehari. So sebotol tahan 4 bulan. Kalau 4 botol, cukup 16 bulan atau 1 tahun 4 bulan! Memang berbaloi betul. Order Zinc Plus Promo kat sini ya.

    Youth Masker Beli 1 Percuma 1

    Wahh. Nak 1 tapi dapat 2? Memang terbaik lah! Dapatkan masker Youth yang sanagt ohsem ni uols! Dah tak perlu ke spa nak buat facial. Boleh buat facial sendiri kat rumah. Masker Youth ni cuma RM297.50 sahaja. Berbaloi-baloi sebab boleh pakai banyak kali. Order Youth Masker Promo kat sini.

    Losyen Dan Minyak Urut Bayi Organik Shaklee Less 30%.

    Nak cari losyen dan massage oil yang selamat untuk kulit baby memang susah. Salah beli, kulit baby terus naik ruam. Kakda faham sangat. Anak dah 5 kot kan. Banyak pengalaman dah.hehe.. Tapi losyen Shaklee baby ni memang best tau. Tak melekit pun. Sapu je terus meresap dalam kulit. Organik malah mendapat rekemendasi daripada pakar kanak-kanak lagi tu. Ianya sangat selamat untuk kulit bayi seawal dari kelahiran lagi. Bulan ni ada promo less 30%.

    Lotion baby berharga Rm96.25 dan Massage Oil berharga RM69.13.

    Promo JOM Shaklee – Keahlian Percuma, Pos Percuma, ‘Cash Back’ dan Less 10%.

    Promosi ni actually dah berlangsung since beberapa bulan yang lepas. Disebabkan permintaan yang menggalakkan, maka Shaklee lanjutkan lagi hingga ke bulan September. So, korang yang dah lama nak jadi ahli Shaklee (best sebab ahli dapat diskaun minimum 20% untuk setiap produk) kena grab cepat promo ni.

    Dia ada 3 pilihan Set. Kena pilih salah satu je. Setiap item dijual pada harga ahli + diskaun 10%. So in total setiap item dapat less 30%! best kan? Sebab tu kena laju-laju grab promo hat ni. Order NEP Set disini.

    So tu je promo untuk Julai 2019 ni. Jangan lupa rembat ya! Sebarang soalan boleh wasap kakda direct. Klik je button WhatsApp kat tepi skrin korang. Bye!

    Detox| Perlu Atau Tidak?

    Selalu kan kita dengar, kalau nak dapatkan kulit yang cantik kena detoks dulu. Kalau nak kurus, kena detoks dulu. Kalau kurang subur pun sama, kena detox juga. Dan macam-macam lagi lah pasal detoks dan toksin.

    Majoriti orang kita memang kurang info pasal detox ni. Samalah juga dengan kakda. Tau tu tau, tapi kurang pasti sejauh mana keperluan detox untuk menjamin kesihatan tubuh badan sendiri.

    Jadi, jom kita sama-sama fahami apa itu detox. Kakda cuba terangkan secara mudah dan ringkas untuk awak-awak semua ya. Cewahhh..hehe

    Apa Itu Detox?

    Ringkasnya, detox adalah proses membuang toksin keluar dari dalam badan. Toksin adalah bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

    So, kena buang lah kan. Tak mau lah simpan benda tak perlu ni.

    5 Organ Yang Terlibat Dengan Proses Detox.

    Seterusnya kita kena tahu, ada 5 organ utama didalam badan kita yang terlibat dalam proses detoks.

    1. Peparu
    2. Kolon / Sistem Penghadaman
    3. Buah Pinggang
    4. Hati
    5. Kulit

    Setiap organ detox ini memerlukan nutrisi khas bagi membantu proses detoksifikasi dapat dilakukan dengan lebih efisien dan efektif.

    Kenapa Perlu Detox?

    Sama macam kereta, kalau lama tak servis, performance kereta akan merosot. Betul tak? Sama lah juga dengan organ detox kita, kalau organ detox terlalu terbeban maka ia pun tak dapat berfungsi dengan optimum (tak mampu buang toksin dengan baik).

    Bila organ detox tak mampu berfungsi dengan baik, maka lebih banyak toksin yang masuk ke dalam badan berbanding toksin yang keluar. Kenapa? Sebab organ detox letih dan tak mampu untuk menapis semua kotoran yang masuk ke dalam badan.

    Maka berlakulah lambakan toksin didalam badan. Bila toksin banyak, pelbagai penyakit mulai timbul. Antaranya seperti;-

    1. Masalah kesuburan
    2. Masalah kulit berjerawat, kusam dan tidak berseri
    3. Masalah berat badan berlebihan
    4. Mudah letih
    5. Kurang stamina
    6. Kulit gatal dan elergik
    7. Masalah sembelit
    8. Sering sakit kepala
    9. Dan banyak lagi.

    Punca Toksin Dari Mana?

    Terlalu banyak punca sebenarnya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai sumber toksin. Daripada makanan, minuman, persekitaran, gaya hidup yang kurang sihat dan macam-macam lagi.

    1. Makanan – Bahan pewarna dan perasa tiruan, tinggi msg dan garam, fast food dll.
    2. Minuman – Air minuman yang kurang bersih, tidak ditapis dengan baik dan mengandungi bahan kimia berbahaya termasuk logam.
    3. Persekitaran yang kurang bersih, terdedah kepada pelbagai pencemaran, jerebu dan asap dari kenderaan.
    4. Gaya hidup yang kurang sihat – selalu stress, lewat tidur malam, mengambil ubat-ubatan, merokok.

    Kelebihan Detox

    Jadi marilah kita buat detox agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan kita terhindar daripada pelbagai penyakit berbahaya.

    Selepas membuat detox, kita akan mengalami beberapa perubahan yang positif seperti;-

    1. Nasfu makan lebih terkawal
    2. Badan lebih bertenaga dan cergas
    3. Mood yang lebih baik dan tenang
    4. Hilang masalah elergik dan kembung perut
    5. Membuang najis dengan lancar
    6. Mudah mengawal berat badan
    7. Tahap kesuburan meningkat dan lebih mudah hamil
    8. Kulit menjadi lebih berseri dan kelihatan sihat

    Cara Detox Yang Betul

    Berpuasa merupakan salah satu cara detox. Eat Clean juga boleh diamalkan untuk detox badan. Sebenarnya ada banyak cara yang diperkenalkan kepada kita untuk membuat detox. Di Facebook sendiri, ada ramai coach kesihatan yang boleh membantu kita untuk detox.

    Namun secara peribadi, kakda prefer untuk buat 7 Days Total Detox Shaklee sebab Total Detox Shaklee Solution (7 Days) menggunakan campuran sinergi dan nutrisi semulajadi untuk membantu proses detoksifikasi semulajadi badan kita secara menyeluruh.

    Kebanyakan produk Detox dipasaran, mereka hanya fokus satu organ detox sahaja. Contohnya produk detox untuk usus bagi mengelakkan kembung perut dan sembelit sahaja. Sedangkan kita tahu, organ detox ada 5 kan. So kenapa tidak kita buat detox secara menyeluruh? Betul tak?

    Dan Total Detox Shaklee Solution juga ada menyediakan produk semulajadi dan meal planning untuk memudahkan program detox kita.

    Jom follow kakda untuk buat detox menggunakan Total Detox Shaklee Solution. Baca lebih lanjut kat sini untuk mengetahui cara detox shaklee, apa makanan yang sepatutnya diambil semasa detox dan jadual pemakanan selama 7 hari.

    Agen Shaklee YOUTH Skincare Kota Bharu Dan Kubang Kerian|Mudah Berurusan.

    Assalamualaikum semua. Nak cari ejen Shaklee sekitar Kubang Kerian? InshaaAllah kakda boleh tolong. Jumpa di area Mydin atau terus COD Shaklee ke HUSM pun boleh. Senang kan? hehe

    Tapi sebelum tu jom kita berkenalan supaya lebih selesa nanti nak berurusan. Nama penuh Faridah Chalo, berumur 34 tahun ni. Sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. ‘Kakda’ nama glemer. Jadi akak-akak yang lebih tua dari Kakda boleh pilih, nak panggil Ida atau panggil je Kakda. Saya tak kisah pun (wahhh.. teruss keluar perkataan saya..haha). Dah sebati dah nama kakda tu. Ada je customer tetap saya umur 40lebih still panggil saya kakda. Kiranya ‘kakda’ ni macam nama la kan. Bukannya pangkat ‘kakak’. hehe

    Kakda dah jadi ejen Shaklee sejak September 2012 lagi. Dah lama kan?haha..March 2012 pertama kali makan shaklee masa lahirkan anak kedua, kakda ambik Set Berpantang. Masa tu memang niat nak belajar makan suplemen, nak awet muda, nak susu banyak, nak sihat. Paling tak mau sembelit masa pantang. Cukuplah pengalaman sembelit masa anak sulung dulu. Nak berak bukan main susah! Macam nak push batu tahu tak. Dah lah czer. Ishh.. takpayah la cerita. haha

    Jadi kalau nak cari Shaklee, cari je kakda. InshaaAllah kakda boleh COD shaklee sekitar Kubang Kerian. Kalau jauh-jauh kakda pos. Shaklee boleh pos ke seluruh Malaysia. Nak pos ke luar negara pun kakda boleh tolong. So, jangan segan silu ya. Kakda ni baik orangnya, jujur dan lemah lembut. Cewahhh..hihi

    Oh ya, korang tahu tak, sambil makan Shaklee korang juga boleh jana pendapatan sampingan dengan menjadi ejen shaklee sendiri. Sebab tu kakda nak ajak korang untuk join team kakda yang kakda bagi nama Fabulous-U. Kita ada support group di WhatsApp, Telegram dan FB. Kalau stay berdekatan Kubang Kerian, boleh jumpa kakda. Kakda akan guide dan ajar anda apa yang perlu dibuat untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.

    Kelebihan Menjadi Agen Shaklee Yang Nak Bisnes. Baca lebih lanjut..

    Khas untuk mereka yang suka privasi, korang still boleh dapatkan produk Shaklee tanpa berhubungan dengan kakda dengan membeli menggunakan aplikasi eSell yang kakda sediakan dibawah setiap entry Set Pilihan Shaklee. Cara untuk membuat belian secara online kakda ajar disini.

    Untuk anda yang berada di Kota Bharu dan ingin membuat sendiri belian di branch/cawangan kedai Shaklee, sila pergi ke branch terdekat di sebelah Hong Leong bank berhadapan Billion Kota Bharu. Pastikan anda daftar keahlian terlebih dahulu untuk mendapat Cash Back serendah 5% dan paling banyak sehingga 21% daripada belian anda atau jika tidak berminat untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee, anda boleh pinjam ID Shaklee kakda untuk membuat belian di kaunter. (ID Shaklee: 891066)

    So tu je. Jangan risau kakda memang trusted agent. Boleh follow FB kakda untuk melihat aktivit-aktiviti bisnes kakda di link ini. Semoga kita semua semakin sihat dan cantik untuk suami dan anak-anak. Semoga kita mendapat kebaikan daripada produk Shaklee untuk kesihatan diri sekaligus memudahkan semua urusan ibadat kita nanti. Aaminn..

    Macam Mana Nak Join Dropship Atau Jadi Agen Shaklee?

    Assalamualaikum semua. Sihat tak? Semoga semuanya sihat dan gembira ya.

    Harini Kakda nak buka peluang kepada adik kakak diluar sana yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen atau pengedar Shaklee bersama team Fabulous-U.

    Tak kisah apapun status anda, samada anda adalah pelajar kolej, pelajar universiti, surirumah mahupun orang yang berkerjaya, semua boleh join buat bisnes Shaklee.

    Jangan risau jika anda tidak pandai bisnes dan tak pernah langsung jual apa-apa produk sekalipun menjadi agen dropship baju atau tudung. Kakda pun dulu bermula dengan ‘kosong’ juga.

    Yang paling penting adalah keinginan untuk berjaya, sanggup untuk belajar benda baru, tidak mudah berputus asa, perlu mempunyai target dan tidak mudah hilang fokus.

    Kakda akan bantu anda. Dalam team Fabulous-U, kami telah menyediakan poster-poster dan testimoni untuk iklan. Anda hanya perlu pilih dan iklankan di mana-mana medium pengiklanan yang anda gemar. Contohnya menggunakan Facebook, Instagram, blog mahupun vlog.

    Kelas nutrisi juga diberikan untuk membantu anda lebih mudah faham fungsi setiap Set Shaklee mahupun fungsi produk-produk shaklee itu sendiri. Kakda akan sentiasa membantu untuk menjawab setiap persoalan dan kekeliruan yang anda hadapi.

    Jika anda berminat, boleh terus hubungi kakda dengan menekan butang WhatsApp dibawah.

    Kakda Mamikembar | Pengedar Sah Shaklee Sejak 2012

    Cara Beli Vitamin Shaklee Secara Online Di eSell

    Membeli produk shaklee secara online kini lebih mudah dengan adanya aplikasi eSell. Apa yang anda perlukan hanyalah Kad Debit ataupun Kad Kredit sahaja. Anda tidak perlu menghubungi saya lagi untuk membuat sebarang belian. Semuanya boleh dilakukan sendiri. Mudah bukan?

    Apa yang anda perlu lakukan ialah, anda hanya perlu KLIK sahaja link ataupun gambar eSell (seperti diatas) yang saya sediakan di bahagian bawah setiap entry.

    Setelah anda klik link eSell tersebut, anda akan dibawa ke laman baru (website rasmi Shaklee) dan paparan seperti gambar dibawah ini akan keluar.

    Seterusnya, sila klik Agree dan Next. Anda juga boleh menukar kepada Bahasa Melayu dengan klik menu pilihan di sebelah atas kanan.

    Sila isikan semua maklumat seperti yang dikehendaki dan kemudian klik ‘Continue’. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.

    Seterusnya, sila pilih barangan yang hendak dibeli kemudian klik ‘checkout’.

    Setelah itu paparan terakhir adalah untuk pembayaran.

    “Freight Charges” adalah “Kos Penghantaran” atau postage yang dikenakan. Kos penghantaran untuk seluruh Malaysia adalah sama iaitu sebanyak RM10.00. Barangan yang bernilai RM750.00 ke atas adalah PERCUMA. 

    Pembelian Online eSell hanya boleh dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit / Debit sahaja. Tak kisah bank apa pun, janji ada Kad Kredit / Debit. 

     1) Sila Klik dibahagian “Credit Card/Debit card”

    2) Pilih Jenis Kad “Visa/Master”

    3) Nama Pemegang Kad

    4) 16 digit No. Kad yang berada di depan kad anda.

    5) Tarikh Luput

    6) Kod Keselamatan (3 digit yang berada di belakang kad)

    Bila sudah selesai, sila klik ‘Confirm Payment‘.

    Resit pembayaran akan diberikan sekiranya pembelian berjaya. Jika anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran menggunakan kad anda, sila hubungi nombor telefon Customer Service bank anda yang ada dikad anda untuk meminta bantuan.

    Pihak bank kemudiannya akan memberikan akses kepada kad anda untuk digunakan membuat transaksi online.

    Mudah je kan? Jika ada menghadapi sebarang masalah, jangan segan untuk menghubungi saya.

    Dapatkan Vivix, Youth Skincare Dan Vitamin Shaklee Secara Percuma

    Assalamualaikum korang.

    Dah baca pasal promo Shaklee yang sedang berlangsung sekarang ni? Kakda ada kongsikan details pasal promo tu kat sini. Semua orang layak rembat promo ni tau.

    Diskaun 10% + harga ahli untuk 3 Set Permulaan iaitu Twinpavk Vivix, Starter Set YOUTH Skincare dan Family Wellness Set.

    Jadi korang yang dah lama nak cuba-cuba produk shaklee tu, inilah masa yang paling sesuai untuk dapatkan produk idaman anda.

    Namun bagi anda yang masih tak cukup bajet atau kurang bajet nak beli produk shaklee, apa kata anda dapatkannya secara percuma. Iyaa.. PERCUMA! ^_^

    Anda tahu tak, selain mendapatkan 3 Set Permulaan Shaklee ni dengan harga yang murah, anda juga boleh mendapatkannya secara PERCUMA saja.

    Mari kakda kongsikan cara-caranya.

    Cara Dapatkan Vivix, Youth Skincare Dan Vitamin Shaklee Secara PERCUMA.

    1. Daftar Ahli Shaklee

    Pertama sekali untuk menyertai peraduan ini, anda wajib menjadi Ahli Shaklee. Untuk menjadi ahli shaklee, ada hanya perlu membayar sebanyak RM65 + RM10 untuk postage.

    2. Daftar 6 Orang Ahli Baru

    Langkah kedua, anda perlu mendaftarkan 6 orang ahli baru. Ahli baru tersebut WAJIB membeli Pek Permulaan Shaklee. Mereka perlukah memilih samada untuk membeli Twinpack vivix atau Starter Set YOUTH Skincare atau Pek Keluarga (Family Wellness).

    Kesemua 6 ahli baru ni akan mendapat keahlian secara percuma dengan pembelian Pek Permulaan Shaklee ini. So mereka hanya perlu membayar sejumlah amount seperti dalam poster kat bawah ni.

    3. Anda Layak Mendapat Salah Satu Pek Dan BONUS TUNAI RM465!

    Setelah berjaya mendaftar 6 ahli baru, anda layak untuk mendapatkan satu pek daripada 3 pilihan Pek Permulaan ini dan bonus tunai sebanyak RM465!!

    Jika anda mendaftar 12 orang ahli baru, anda layak mendapat 2 Pek Permulaan dan Bonus Tunai yang berganda! Semuanya PERCUMA! Menarik bukan?hehe.

    So apa tunggu lagi, hubungi kakda sekarang jugak! Peraduan ini berakhir pada 28 Februari 2019. Cepat-cepat!

    Kakda Mamikembar 010-7604946