Part 2: Bercuti Ke Kyoto Dan Kobe Di Awal Musim Luruh 2017

0

Day 2: Tempat Menarik Di Kyoto dan Kobe.

Hari ini kami menggunakan Hankyu Pass 1-Day untuk bergerak ke Kyoto dan Kobe. Hankyu Pass ni adalah pilihan untuk mereka yang travel bajet.

Harga 1 pass hanyalah 800yen atau bersamaan dengan lebih kurang RM30 seorang. Dengan spen RM30 sahaja kita dapat cover Kyoto dan Kobe.

Tapi perlu diingatkan, kita hanya boleh guna line Hankyu sahaja. Jadi, kena pandai-pandai tengok peta.

Seeloknya study dulu lebih kurang masa kat Malaysia. Supaya bila sampai kat Jepun, takdelah blur sangat nak paham.

Masa beli pass, kita akan dapat sekali map untuk Hankyu Line ni. Senang je sebab dia dah listkan setiap station yang bakal kita lalu nanti.

Bertolak ke Kyoto dari Umeda Station

28/9/17 Khamis

Pagi ni cuaca agak sejuk sekitar 14degree sebab hujan. Macam biasa sarapan Bubur segera Knorr perisa ayam dan telur separuh masak bahagi 2.hahah

Baju biasa. Tapi pakai cardigan sebab agak sejuk ar bagi badan kakda yang tak suka sejuk.haha

Dalam pukul8, kami bergerak.

Naik train dari Kitakagaya menuju Nishi-Umeda Station. Masa ni dapat lah rasa bersesak-sesak dalam train sekali dengan orang nak p keje! Dan uniknya, majoriti semua orang pakai baju kemeja putih. Adakah memang kakitangan Awam Jepun wajib pakai baju macam tu? Tak tau lah kakda pun.huhu

Dari station homestay, kakda kena beli tiket train kat mesin dulu. Sebab Hankyu Pass kena start guna di Umeda Station.

Sampai station Nishi-Umeda, kita kena keluar dan transfer ke Umeda Station. Umeda Station yang kita nak p adalah Umeda Station Hankyu Line. Selain Umeda Station Hankyu Line, ada jugak station lain yang namanya Umeda tapi Line nya berbeza.

Maka sebab tu penting untuk ingat kita nak naik Line apa. Bukan setakat ingat nama lokasi nak p. Faham tak anak-anak?hehe

Arashiyama Bamboo Forest

Dari Umeda, ambik train Express Hankyu Kyoto Line. Sampai di Katsura, sila keluar train dan ambik train menuju ke Arashiyama, bukannya train ke Kawaramachi. Kalau tersalah naik, xapa. Teruskan je perjalanan dan turun di stop seterusnya, pastu patah balik g Katsura dan naik lah train yang betul.hehe

Jangan risau sebab pass yang kita guna tu valid sepanjang hari. So kalau keluar masuk tempat yang sama berkali-kali pun tak akan ada extra caj.

Bila sampai di Station Arashiyama Hankyu, keadaan agak tenang dan damai. Hampir takdak orang. Dan mungkin masa ni korang akan rasa ragu-ragu.

Jangan panik. Terus ambik kanan untuk ke Bamboo Forest. Jalan je ikut gerak hati. InshaaAllah korang akan nampak ramai manusia nanti. Dan bila nampak manusia yang ramai, sila lah jalan menuju ke arah mereka.haha

Kami spen masa agak lama kat sini. Dari pukul10 sampai pukul1 kot. Sebelum sampai kat area Bamboo Forest, korang akan jumpa Togetsukyu Bridge. Kat jambatan ni view alam sangat lawa dan sangat ramai orang tangkap gambar.

Bagi yang menggunakan JR Line untuk ke Arashiyama, korang kena jalan jauh lagi kalau nak sampai jambatan ni. Kalau guna Hankyu Pass,nak tak nak memang kena lalu gak jambatan ni untuk ke Bamboo Forest.hehe

Lunch depan sungai. Kat depan sungai tu ada banyak kerusi panjang. So boleh duduk sambil makan dengan gembira dan bahagia. Nasi kosong beli kat Lawson. Minta dia panaskan terus. Cara nak minta tolong panas tu, korang tunjuk je microwave kat belakang cashier tu. InshaaAllah dia paham. Tak yah susah-susah nak kecek Jepun.hihi

 

Pastukan kalau betul, sila lah angguk. Ataupun oyak “hai’..hai’..” dah siap tu oyak “Arigatooo..” gituuww dong. ^_^

Gion

Next kami ke Gion. Memandangkan Itinerary yang kakda buat cantik-cantik husben kakda tolong print pastu tinggal kat meja ofis dia, maka agak bluurr masa kat GION ni.

Kakda lupa yang kakda nak cari apa kat sini.haha

Maka, bila sampai je GION, kami just jalan-jalan pusing dalam bandar dan tengok-tengok je apa yanga ada. Habis pusing, kami pun gerak ke Kobe.

Sebenarnya kalau ikut plan asal, kakda nak ke Inari Shrine yang ada pintu gerbang oren tu. Tapi memandangkan masa tak berapa mengizinkan, maka kami terus ke Kobe.

Kalau guna Hankyu Pass, kita memang tak akan sampai kat bandar Kyoto. Sebab Hankyu Line Kyoto ni hanya sampai Kawaramachi saja. Kalau nak proceed ke bandar Kyoto, kena beli tiket biasa. Tak mahal sangat , sekitar 200yen sehala.

Kobe

Naik train dan stop di Juso Station. Kat sini kita kena tukar ke Hankyu Kobe Line. Pastikan ambik train yang ada tulis EXPRESS. Hat ni dia lebih laju sikit banding yang tulis Local Train. Beza dia just jumlah Stop.

Kalau hat EXPRESS tu dia tak stop kat semua station yang dia lalu. Kalau hat local, dia akan stop semua station yang dia lalu.

Tempat yang paling jauh kita boleh sampai di Kobe dengan menggunakan Hankyu Pass ni adalah Kobe-Sannomiya.

Di kawasan Kobe-Sannomiya ni, kakda turun dan cari Masjid Kobe.

Dalam plan takdak pun nak singgah Masjid Kobe. Sebab konon nya trip ni nak acah-acah solat kat mana-mana saja asalkan tempatnya selesa dan bersih. Tapi kita hanya merancang, Allah juga merancang untuk kita.

Maka, disebabkan itu hati terdetik mencari Masjid Kobe. Dan solat jamak qasar lah disana dengan penuh keinsafan setelah mengetahui sejarah Masjid Kobe ni.huhu

Di depan Masjid Kobe ada kedai runcit yang menjual barang runcit yang halal. Tapi ikut pandangan kakda, better beli je dari Malaysia. Barang yang dijual jugak agak mahal dan basic je. Baik beli awal-awal dari sini dan angkut p Jepun.

Restoran Halal pun ada selang beberapa kedai dari kedai runcit ni. Tapi kakda tak makan pun kat sana.

Melalui pembacaan kakda, ramai jugak yang singgah makan kat Restoran tu. Sedikit tips kakda, kalau ada plan nak makan kat mana-mana restoran halal, pastikan cek masa operasi restoran sebelum decide nak p makan.

Sebab masa kakda datang aritu, sekitar pukul3 lebih. Kedai tutup. Mujur lah jugak memang takdak dalam plan nak makan sana. Kalau tak konfem kecewa.haha

Tujuan ke Kobe adalah saja-saja jalan nak kenal Kobe. Maka takdak lah tempat tertentu yang nak ditujui. Habis solat, refer map Kobe then, masa tu jugak decide nak p mana.

So kami terus ke Gai Shopping Street dan Earthquake Memorial Park. Lepak-lepak kejap sambil tengok orang-orang Jepun yang balik keje.

Dalam pukul5 kami pun cuba tinjau apa yang ada di Gai Shopping Street yang kami just pass by tadi. Lepas puas cuci mata, dalam pukul7 lebih kami pun balik ke Juso Station. Dari Juso ambik train ke Umeda.

Dan berakhirlah penggunaan Hankyu Pass 1-Day kami.

Keluar dari Umeda Station Hankyu dan terus ke Nishi-Umeda Station. Kat sini kena beli tiket train yang biasa untuk ke Kitakagaya (Yotsubashi Line). Dah tak payah tukar train. Tunggu je sampai.hehe

Untuk hari kedua, kakda ringkaskan dalam vlog kat bawah ni. Part 2: Travel Kyoto & Kobe Guna Hankyu Tourist Pass 1 Day.

Tips:

  • Bertolak awal sekitar pukul7 lebih baik dari keluar pukul 8. Tapi kalau nak cuba bersesak-sesak dengan warga kota yang kalut nak p keje, boleh lah start jalan pukul8.huhu
  • Beli air mineral botol besar. Masak air dalam bilik dan refill la botol tu. At least dah jimat duit nak beli air. Kita jalan sehari suntuk, tak balik bilik. Maka tekak mesti kering. Kalau asyik nak beli air, kopak la kak oiii.hahah (Kami beli air mineral botol besar masa mula-mula sampai di supermarket on da way nak cari homestay)
  • Bawak bekal untuk lunch sesiap. Just panaskan lauk, dan buh dalam bekas. Nasi boleh beli kat Lawson. Kat Jepun merata kedai Lawson dan 7E. Lawson adalah kedai minimarket yang serupa macam 7E.
  • Jangan lupa bawak snek. Mesti lapar masa jalan. Kalau berani, boleh cuba street food yang macam-macam jenis ada dijual. Kami tak berani nak try. InshaaAllah next time bila kekuatan itu ada.huhu
  • Kalau banyak masa, jalan lah sampai ke bandar Kyoto dan boleh sambung ke Nara.

 

Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge