Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Jepun Osaka, Kobe, Kyoto (Autumn 2017)

Pass Bajet Yang Kami Beli Semasa Bercuti Ke Osaka,Kyoto Dan Kobe 2017

Beli Pass Untuk Pengangkutan Bercuti Di Jepun.

Anda yang bakal ke Jepun pasti sudah tahu pengangkutan utama di Jepun yang paling efisien adalah dengan menaiki Train (Keretapi).

Memandangkan rantaian train di sana sangat meluas, maka ada banyak syarikat pengangkutan yang terlibat dalam mengendalikan sistem keretapi disana.

Jika anda perasan, setiap syarikat keretapi di Jepun ada menawarkan pelbagai pass menarik dan dibuka kepada pelancong.

Bergambar di kaunter tiket nak ke Airport menggunakan Nankai-Airport Line.

Dan biasanya kebanyakan pass yang ditawarkan adalah pass atau tiket keretapi yang akan menghubungkan tempat-tempat menarik di Jepun.

Tapi persoalannya, macam mana nak tahu pass apa yang terbaik untuk kita?

Tips Pilih Pass Perjalanan Ketika Bercuti Di Jepun

Oleh sebab itu jika anda bercuti secara backpacker anda kena pandai memilih pass yang terbaik supaya dapat meminimumkan bajet untuk pengangkutan sepanjang berada di sana nanti.

Pass Bajet Untuk Osaka, Kyoto Dan Kobe

Di entry ini, kakda akan kongsi semua pass yang kakda beli semasa bercuti di Jepun haritu.

1. Dari Airport Ke Rinku Outlet

Ikut plan asal, memang nak naik train je ke Rinku Outlet.

Tapi tiba-tiba rasa nak cuba naik bas masa kat Jepun. Jadi kami pun tukar plan naik bas.

Tambangnya murah berbanding naik Train. Tapi kakda tak ingat dah berapa. Agaknya 180yen kot? Kalau naik train 230yen. Kot? Maaf tak ingat sangat dah. hahah..

Tempat menunggu nak ke Rinku kalau naik bas, yang paling hujung ya.

 

Korang cek la sendiri. Buka GoogleMap. Cek direction dari KIX ke Rinku Outlet. Pilih bus. Biasa harga yang google map bagitau tu tepat. Sama je dengan yang sebenar. Boleh percaya.

 

2. Rinku Outlet Ke Airbnb di Kitakagaya, Osaka.

Kami beli tiket keretapi on the spot. Beli kat kaunter. Bagitau nama tempat apa nak p.

Tak payah cakap banyak.haha

Setiap lokasi ditanda dengan huruf(Huruf awal nama line) dan nombor. Contoh macam kat gambar ni, Y11, Y12, Y13 etc. Boleh double cek kat dalam map yang kita dapat dari Tourist Center tu.

Tapi korang kena tahu, korang nak p station mana. Nak naik line apa. Cari kaunter yang betul ya. Baca signboard. Kena sentiasa alert dengan signboard.

Nak baca signboard tu, pastikan korang dah tulis dalam itinerary, station apa yang korang nak cari. Dan tahu dah nak p mana.

Kalau kat kaunter takdak orang, maka sila beli di mesin yang disediakan.

Jangan risau kalau tak tau guna dan masa tu pula takdak staff jaga, kat mesin ada butang logo ‘orang’,

Laki ku yang dah konpiden beli tiket. Ececechh..hahaha (Sebab bininya sibuk nak snap gambar sokmo. Iya lah bang..saya kan blogger. Kena snap semua momen-momen yang boleh membantu ni. Kannn..hehe)

Iya.. sila picit ya. Tunggu kejap, nanti ada lah staff akan keluar p tolong.

Masa tu dah boleh start perbualan itik dan ayam.

Tapi jangan risau, pasti selesai punya beli tiket.haha!

3. Osaka – Kyoto – Kobe – Osaka

Kami pilih untuk gunakan Hankyu Tourist Pass 1 Day yang bernilai 800yen.

Hankyu Pass ni kami beli di Tourist Center di main building KIX.

Hankyu Pass adalah pass untuk keretapi Hankyu Line. Masa beli pass, nanti kita akan dapat peta. Peta tu adalah laluan yang Hankyu Line akan lalu. Faham kan.

Yang penting, train dia akan sampai kat Arashiyama Bamboo Forest dan Kobe. Kalau nak p Nara, tak boleh ambik pass ni.

Nanti naik train yang tulis “Limited Express“. Jangan naik yang tulis Local Express. Hat local ni dia lambat sikit sebab semua station dia stop. Kalau Limited tu, dia akan skip banyak station. Jadi cepat sikit sampai.

Tapi kami masa mula-mula p Kyoto, kami naik yang local. Biasalah kan. Eksaited (konon! Biar tak tau pun sebenarnya!haha)

Dalam sejam lebih baru sampai. Masa nak balik, kami naik Limited dah…(dah terer kann..haha)

4. Jalan-jalan Dalam Bandar Osaka

Hari kedua, kami spend masa untuk explore Osaka.

Untuk pusing-pusing Osaka, kami beli Osaka Amazing Pass 1 day yang benilai 2500yen.

Pass ni kami beli di Tourist Center kat KIX jugak. Sekali dengan Hankyu Pass.

Kenapa pilih OAP ni? Sebab kami memang takdak plan nak shopping. Kalau niat memang nak shopping tu lebih banyak, better beli je pass yang lagi murah macam Enjoy Eco Card.

Enjoy Eco Card ni berharga 800yen. Boleh guna untuk naik semua line subway dan bus dalam Osaka. Sila study sendiri kalau rasa nak beli hat ni. Kakda tak boleh nak explain sebab tak beli. hehe

 

Sebenarnya mula-mula ingatkan memang nak beli Eco Card ni jah, sebab nak jimat kan. Kononya nak touch n go je semua tempat.

Tapi last minit tukar plan. Sebab tu beli OAP sebab nak enjoy benda-benda free yang OAP sediakan.

Tips Lain

Kalau stay lebih lama, boleh consider guna Kansai Thru Pass. Kansai Thru Pass ni dia cover lebih banyak tempat menarik dan tempat yang jauh-jauh. Jadi cuba explore tempat yang orang kita jarang pegi yang KTP ni boleh sampai. Baru lah ianya berbaloi.

Tak perlu beli JR Pass. JR Pass biasanya untuk mereka yang nak sambung jalan sampai ke Tokyo. Sebab JR line tak banyak dalam bandar. Dia lebih kepada sambungkan bandar ke bandar. Dalam bandar takdak mana kot.

Kalau nak try naik bullet train yang orang Jepun panggil Shinkansen, boleh lah naik masa nak p Kyoto. Kami tak naik pun. Tak dan duit nak bazirkan untuk try-try. Baik simpan untuk p Tokyo pula nanti.hahha!

Sekian. Tu je. Nak tanya, komen lah.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat