Percutian Bajet Ke Hatyai Disember 2017
Hujung minggu ni kita santai-santai ya. Kita tinggal jap bab-bab suplemen, kecantikan, kesihatan, vivix dan semuanya.hahha
Hari ni kakda nak share cerita pengalaman bercuti ke Hatyai Disember lepas.
Ikutkan hati malas nak tulis, tapi ini kan memori. Kena lah abadikan. Korang tak nak baca pun takpe. Kakda sendiri yang nak baca. Macam diary lah. Rindu-rindu baca balik. ahahah
Tips Ke Hatyai
Tips ke Hatyai ni sudah banyak dikongsi di blog-blog lain. Kakda nak share tips pun takdak mana. Korang p baca blog lain la k. Banyakkk sangat. Kena rajin-rajin lah p google.hahah
Sebab tips kakda ni tak lengkap. Gitu-gitu je. Lagipun trip ke Hatyai ni, kakda takdelah beriya mana. Sebab Hatyai ni kat sempadan Kelantan je kan. (Well takdelah maksud kakda betul-betul sempadan, tapi begitu lah lebih kurang,haha)
Kalau korang nak juga tips dari kakda, nanti kakda selit-selit sambil bercerita. Okay?
(Day 1) 21 Disember 2017
Kami bertolak seawal 7.30am ke Pengkalan Kubor. Road trip ni melibatkan 4 buah kereta (tapi 3 buah lagi akan proceed ke Krabi). Janji jumpa di Imigresen Pengkalan Kubor pukul 8.30am.
Kalau dari Kelantan, ada 2 jalan masuk ke Thailand. Satu melalui Rantau Panjang, dan satu lagi melalui Tak Bai.
Jika ke Pengkalan Kubor, kita akan masuk Thailand melalui Tak Bai. Jika masuk melalui Rantau Panjang, kita akan masuk ikut Golok (Sungai Kolok kalau ikut ejaan di sebelah Siam sana.hehe).
Kami pilih masuk ikut Tak Baik sebab Pengkalan Kubor lebih dekat dengan Kota Bharu. Cumanya kalau ikut Tak Bai, kita kena naik feri kenderaan untuk cross sungai Golok.
Kalau ikut Rantau Panjang, jalan terus. Tak payah tunggu-tunggu. Cuma lebih jauh untuk mereka yang stay Kota Bharu.
Masa nak keluar dari Thailand pula, pintu masuk ke Malaysia melalui Tak Bai tutup lebih awal sekitar pukul 5pm. Kalau dari Golok, tutup pukul 10pm.
Jadi kena ingat, kalau nak balik nanti, pastikan masuk Malaysia sebelum pintu masuk ditutup. Kalau terlepas, alamatnya bermalam lah korang di sempadan.haha
Tak Bai close at 5pm
Su-ngai Ko-lok close at 10pm
Perjalanan Ke Hatyai Mengambil Masa Lebih Kurang 3 ke 4 jam.
Perjalanan ke Hatyai tak lama. Yang lamanya adalah proses nak masuk Thailand.
Menunggu feri saja dah sejam lebih.huhu.. Hat tu paling lama. Yang lain cepat je. Kastam pun cepat je setel. Oh ya, beli simkad pun lama sebab kami ramai. Pakat nak pakai sorang satu.haha
Sebelum meneruskan perjalanan, singgah lah beli simkad. Tapi bagi pengguna U-Mobile pakej macam kakda bil RM78 sebulan, korang boleh call Service Center untuk aktifkan Roaming.
Roaming untuk negara Thailand PERCUMA. Jadi call awal-awal untuk aktifkan roaming. So tak payah lah bazir duit beli simkad walaupun harganya murah.hehe
Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam
Ini itinerary ringkas percutian kami.
21 Disember 2017 (Khamis)
- Bertolak ke Hatyai
- Stay Diamond Hotel dekat sangat dengan Lee Garden. (Hot Area)
- Sampai pukul 5pm, check in, mandi solat.
- Makan lunch + dinner di Restoran Salma.
- Asian Nightmarket
- Balik hotel
22 Disember 2017 (Jumaat)
- Sarapan pagi di Restoran Kelantan
- Shopping buah di pasar pagi berdekatan pasar Kim Yong
- Bertolak ke Chang Puak Camp (Naik gajah)
- Solat Jumaat di masjid berdekatan
- Floating Market (tak jadi pergi)
- Lunch lewat di Restoran Salma.
- Dinner di Kai Tod Decha & Seafood
- Pasar malam sekitar Lee Garden.
- Balik hotel tidur.
23hb Disember 2017 (Sabtu)
- Check-out hotel
- Sarapan di Restoran Khaled
- Tesco Lotus di tepi highway (tak jadi singgah)
- Shopping di Tak Bai
- Setel di imigresen Tak Bai
- Cross sungai pukul 3pm
- Lunch lewat di Kota Bharu dan solat
- Pukul 6pm sampai rumah.
Ini je itinerary percutian kami selama 3 hari 2 malam.
Jom layan gambar bercerita.hehe










































Tiket Naik Gajah Di Chang Puak Camp Hatyai.
Fuhhh.. puas hati upload gambar. Sekian trip ke Hatyai kami. haha!
Jom layan Vlog pula.
Sedap pulut mangga tu.
waduh kak ros. Memang sedap kan.haha
Kak da boleh tak saya ws kak da nak tye pasal ke hatyai ??
Kak da boleh tak saya ws kak da nak tye pasal ke hatyai ??
Boleh je. Tp xtau la dpt menjawab ka x soalan.hehe..
Khai tod decha tu wajib… sedap jgk tomyam dia
Yaka? ala..kena p banyak kali lagi ni. Tak sempat makan masakan panas sebab memang aim pulut ayam ja. Tak tau nak sumbat mana lagi kalau order aritu!haha
Salam,
Nak tanya. Time dkt kastam border di pengkalan kubor tu pegawai tu ada mintak apa apa dokumen tak? Kami nak pergi Jan 2019 ni dari kota bharu.. Hehe
Salam Fara.Maaf. Macam dah tak berapa ingat la pulak.hehe
waaahh bestnya..inshaallah akan ke haytai soon
Assalamualaikum..seronok bc pkongsian holiday kak Da..nk tnya kak Da buat tukaran duit kat mn ye sblm msuk sempadan tu? money changer yg kak Da cari tu ada dekat2 dgn bndr Hatyai tu ke?
Wslm iema. Terima kasih sudi baca perkongsian kakda.
Kakda tukar duit kat sini (money changer kat KL). Then masa kat Hatyai tu tukar lagi sekali. Money Changer kat depan Lee Garden Plaza.
Better sebelum masuk Thailand, tukar dulu sikit. Dan spare duit RM incase tak cukup, masa kat Hatyai bole tukar lg.
Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com