Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Kehamilan SANTAI

Pengalaman Jantung Baby Dalam Perut Laju | Tachycardia

Assalamualaikum korang. Dah lama kakda tak update blog dengan cerita santai. So kali ni kakda nak share pengalaman jantung baby dalam perut laju which is tak normal lah.

Sepanjang mengandung 3kali sebelum ni, kakda tak pernah lagi alami keadaan macam ni. Jantung baby laju daripada yang sepatutnya. Biasanya memang OK-OK je bila check-up perut. HB ok, tekanan darah ok, takdek edema dan memang ok-ok je la semuanya.

Cuma kali ni specail sikit. Kakda dapat pengalaman jantung baby dalam perut laju. Mungkin juga Allah pilih kakda supaya kakda boleh kongsikan pengalaman dan info kepada rakan ibu diluar sana yang mungkin turut alami benda yang sama melalui blog mamikembar.com ni.

Jantung Janin Laju – Tachycardia

Term perubatan untuk kes macam ni dipanggil Tachycardia.

Fetal tachycardia is defined as a heart rate greater than 160-180 beats per minute (bpm). This rapid rate may have a regular or irregular rhythm which may be intermittent or sustained. A sustained fetal tachyarrhythmia is uncommon, affecting fewer than 1% of all pregnancies .

Tachycardia terjadi bila jantung baby berdegup lebih kurang 160-180 denyutan per minit. Yang normalnya sepatutnya bawah 160bpm. Atau standard-standard dalam 130-140 camtu lah.

Kalau dah sampai 160bpm, 170bpm tu dah kira tak normal la tu. Bahaya. Sebab tu doktor kat KK terus hantar kakda ke USM. Siap naik ambulans lagi tau.haha!

A normal fetal heart rate (FHR) usually ranges from 120 to 160 beats per minute (bpm) in the in utero period. It is measurable sonographically from around 6 weeks and the normal range varies during gestation, increasing to around 170 bpm at 10 weeks and decreasing from then to around 130 bpm at term.

Tachycardia (Jantung baby dalam perut Laju) Bahaya Ke Tak?

Sebelum tu kakda nak cerita detik-detik pada hari kejadian.cehh..haha (yelah, nanti-nanti boleh baca balik kan. Kenangan semua ni. Kena tulis. Kalau tak tulis nanti lupa!)

30 September 2018. (34w+5)

Kakda sebenarnya birthday pada hari itu. Sebelum tu kakda is hepi-hepi je baca birthday wish dari kawan-kawan kat FB.

Pukul 2.30pm dengan mood yang ceria dan tahap kesihatan yang ada batuk-batuk sedikit (batuk gatal tekak, kahak takde) suami hantar kakda ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah.

Lepas drop kakda, beliau langsung ke pejabat.

Biasanya memang begitu lah rutin check-up kakda. Suami tak teman. Dia drop dan petang balik keje nanti baru singgah ambik pulak dalam pukul4.30pm. Ore kelate cakap, sedang molek lah.

Proses pendaftaran macam biasa. Dah daftar ambik nombor giliran, kakda langsung ke bahagian Ibu dan Anak. G kaunter pendaftaran kat situ pula, then misi bagi buku pink 1 lagi.

Lepas tu tunggu giliran dengan tenang.

Berat time ni dah 71kg. Hmm.. normal la tu. Nanti habis pantang kita turun balik g 50kg ya kakda. Ohhoiii!hahah

Then masuk bilik, jumpa misi. Duduk kejap then Misi suh baring atas katil. Tujuannya sebab nak ukur tinggi rahim kita sama tak dengan usia kandungan dan jugak sebab nak dengar bunyi jantung baby guna alat manual yang pakai betri tu.

Kakda tak tau apa nama dia. Tapi kalau kat KK, biasanya memang dorang guna alat tu je. Nanti akan keluar la bacaan berapa laju jantung baby.

Masa cek ni la misi detect jantung baby kakda laju. Lama gak dia cek. Dua 3 kali duk ulang. At last misi suh kakda jumpa doktor yang bertugas.

Sampai kat bilik doktor, doktor dan misi lain pula guna alat manual tadi untuk cek jantung baby kakda.

Yeee.Confirm!

Jantung baby tak stabil. Bacaan tak konsisten. Kejap tinggi, kejap rendah.

Doktor tanya, kakda ada rasa tak sihat kat mana-mana tak? Kakda jawab, saya batuk je doktor. Demam takde.

Pastu doktor pun explain. Bagitau jantung baby dalam perut agak tinggi. Tak stabil. Kejap rendah, kejap tinggi. Doktor takut nak lepas bagi balik rumah. Walaupun ibu sihat, tapi boleh jadi baby sakit. Takut kalau dokto lepas balik rumah, tetiba ada problem lain. Contohnya macam baby mati dalam perut tanpa ibu sedar.

Sebab kalau jantung baby laju, maybe baby stress.

Kakda pun bagitau la, seminggu dah kakda rasa tak cukup rehat. Sebab kat rumah, si kembar sakit. Demam dan batuk. Pastu lembikk semacam. Malam-malam pun kakda asyik terjaga sebab nak monitor suhu dorang berapa. Takut over panas, bahaya kan.

Siang hari pula kena la buat kerja-kerja rumah.

Mengemas, basuh baju, masak, layan anak, sama jugak tak dapat nak lelap mata. Takleh nak rehat.

Doktor pun jawab, agaknya sebab tu lah baby jadi stress. Sebab ibu tak cukup rehat. So doktor pun buat surat refer ke HUSM petang tu jugak. Siap suruh kakda naik ambulans lagi tu. Padahal kakda dah request nak p sendiri. Tapi doktor kata tak payah. Ambulans hantar. Misi KK teman g HUSM.

Masa tu dah pukul 4.30pm.

Kakda pun kol la husben. Bagitau situasi yang sedang berlaku. Cehhh.. pastu kakda kata packing la baju kakda. Takut kena admit kat wad. Sebab doktor KK kata, maybe akan di tahan paling kurang 1 malam.

Terus teringat kat si kembar yang sakit. Nasib la rumah tok ma dekat. Boleh hantar budak-budak g rumah Tok Ma. Tapi still rasa berat hati. Sebab tinggal si kembar yang tengah tak sihat.

Bilik Bersalin HUSM

Dalam lebih kurang pukul4.45pm, kakda sampai HUSM. Misi dah siap tolong daftarkan. Oh ya, untuk info, kalau nak berurusan di HUSM, kita kena daftar dulu di bahagian KECEMASAN. Bangunan Kecemasan ni jauh dari Bilik Bersalin. Bangunan lain.

Jadi sebaiknya, masa masuk pagar HUSM tu, terus singgah di bahagian Kecemasan dan buat pendaftaran. Suami saja yang turun pun boleh. Isteri duduk lah dalam kereta. Tunggu.

Dah setel baru g kat Bilik Bersalin. So tak jauh kena patah balik.

Pertama Kali Ke Bilik Bersalin HUSM

Kakda sebenarnya kurang familiar dengan HUSM. Bilik Bersalin pun kakda taktau kat mana. Nasib baik misi tolong hantar sampai depan kaunter Bilik Bersalin.huhu

Sampai kat situ, pass buku Pink dan surat refer dari doktor kepada misi yang bertugas. Pastu kakda disuruh masuk dan tunggu giliran. Dalam bilik tu, ada 4 biji kerusi menunggu dan 2 katil untuk ibu buat CTG Scan.

Doktor kat KK refer kakda ke HUSM untuk buat CTG Scan tu lah. Kalau guna alat CTG tu, bacaan jantung baby jauh lebih tepat.

So, menunggu lah kakda dengan penuh kesabaran. Menurut misi yang bertugas, hari itu patient sangat ramai. Wad banyak penuh.

Disebabkan itu jugak lah, pukul 10.30pm baru sampai giliran kakda.huhu..

Mujur lah kakda datang bukan sebab nak bersalin.huhu.. Sesungguhnya pada hari kelahiran kakda yang ke 33 itu, sangat menguji kesabaran dan memberi keinsafan betapa selama ni (setiap kali pregnant), kakda sangat bertuah sebab tak perlu tunggu lama untuk dapatkan rawatan. Tiap kali pregnant, dah plan nak bersalin di private sebabnya nak doktor perempuan.

Kali ni memang kami sengaja tak mau bersalin di private. Sebab rasa-rasanya kakda konfem dah akan dibedah. Plannya, nak czer kat HUSM dan baru request Bilik Karporat. Tu pun kalau keadaan baby dan ibu stabil boleh lah duk Bilik Karporat. Kalau tak stabil, still kena stay wad biasa.

Sebelum ni dah 2x czer. Kalau czer ni, bayaran agak mahal. Dan pulak tu, kat Kota Bharu ni, kos bersalin sangat lah mahal. Adakah patut bersalin normal saja pun dah 4k??Mak aiiii.. Masa anak sulung dulu (2010) 1k lebih je kat KBMC, plus minus mungkin 2k lebih. (Tapi masa bersalin sulung kakda emergency czer, melayang jugak 6k.huhu)

Sekarang ni dengar khabar kos bersalin di KBMC dah sama dengan KPJ. April 2018 haritu adik ipar bersalin normal di KBMC, basic saja 2.8k. Total-total 3k lebih habis. Kalau USAINS pula normal 4k.

Kalau czer taktau lah berapa K. Kopak bapaknya. hahah!

Drip 1 Pain Air Garam (Saline Water).

OK, sampai giliran kakda, kakda di bawak masuk kat wad bersalin dalam Bilik Bersalin HUSM tu. Maybe sebab dah kosong dan available.

2 biji katil kat bilik menunggu tadi dah ada ibu lain yang duk buat CTG.

Secara peribadi, kakda rasa wad bersalin HUSM ni agak selesa. Ruang pun luas. Suami boleh masuk kalau sampai masa nak bersalin. Means, kalau kita dah disuruh duduk atas katil nak bersalin, baru boleh masuk ye. Masa duk tunggu bukaan jalan rahim nak sampai 10cm, suami kena tunggu di luar dulu.

Bilik siap ada sofa. Suami boleh la duduk kalau letih.hehe

Kakda disuruh baring atas katil. 3 orang doktor muda treat kakda. Sorang pasang CTG kat perut. Sorang lagi tolong pasang drip di tangan kiri. Sorang lagi tu just join-join gitu je kot.

Bila ON je CTG Scan tu, start la dengar bunyi ‘tett’..’tett’.. Tau tak tu bunyi apa? Haaa.. tulah bunyi bila bacaan jantung baby tinggi. Mesin tu bagi warning. Bunyi dan siap keluar lampu kat mesin dia tu. Kejap-kejap bunyi. Kejap-kejap bunyi.

Makk aiii.. risau nya hati ku ini.huhu.. Kesian baby adik. Stress sangat nampaknya.

Kakda ada bagitau kat doktor situasi kakda. Yang maybe tubuh kakda letih sebab tu baby stress. Doktor assume kakda maybe dehidrate. So doktor drip 1 pain Saline Water atau bahasa pasarnya Air Garam.

CTG dipasang diperut kakda lebih kurang 30minit. Contraction – alhamdulillah takdek. Risau jugak kalau ada contraction. Sebab baby baru 35w kot. Kalau bole biarlah paling kurang 38w baru keluar.huhu

Sambil Saline Water mengalir masuk ke dalam badan, heart beat baby adik turut menurun dan stabil. Dah tak dengar punyi mesin menjerit-jerit.hehe

Alhamdulillah ..

Nampaknya memang tubuh kakda letih. Kesian baby adik turut terkena tempias abang-abangnya demam.huhu

Dischare Pukul12.30am

Lepas setel buat CTG Scan, kena tunggu lagi. Doktor muda tadi kata, kena jumpa doktor senior pulak. So menunggu lagi. Fuhh…fuh… Perut lapaq ni.

Tak makan lagi tau. Kesian ibu-ibu hamil yang menunggu giliran.huhu

Pukul12am, jumpa doktor senior. Beliau baca kes kakda, dan decide suh kakda balik sebab baby pun dah OK. Sebelum balik tu, doktor scan dulu baby.

Air ketuban OK, berat baby pun OK. Anggaran lebih kurang 2.60-2.80kg dah. heheh

Agaknya kalau sampai 38w, mesti dah masuk 3.0Kg kan. Tak sabar nak tunggu baby adik lahir.

So, tu je lah cerita kakda. Panjang tak?hahaha.. Terima kasih yang sudi membaca. Semoga anda dan kandungan anda sihat-sihat saja. Enjoy the journey. Muahh!!

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.