Pengedar Shaklee COD Di Kubang Kerian 0107604946

4

Pengedar Shaklee Kelantan – COD Kubang Kerian Dan Kota Bharu

Salam perkenalan dari kakda. Kakda merupakan pengedar shaklee Kelantan yang sah berdaftar sejak 2012 lagi. Jika anda ingin mencari agen shaklee sekitar Kubang kerian dan Kota Bharu, boleh lah hubungi kakda.

Selain Kubang Kerian dan Kota Bharu, kakda juga boleh membantu anda yang berada di kawasan berikut;

AEON , TESCO, Pasir Tumboh (Bank Islam) , Pasir Hor, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Chepa, Panji, Binjai, Mentuan, Kedai Lalat, Tawang dan Bachok

Sedikit Info Mengenai Kakda

Nama penuh kakda ialah Faridah Chalo. Kakda berasal dari Sabah tapi sudah menetap di Kelantan sejak 2009 lagi. Disebabkan cinta kakda berputik semasa kakda mengaji di UTM Skudai, maka di bumi Kelantan yang permai inilah kakda menetap. (kakda suka duduk Kelate..)

Kakda lebih suka menggunakan kata ganti diri sebagai ‘kakda’. Sebab orang Kelantan suka nama pendek-pendek kan? Ini yang kakda faham sejak menetap di bumi Kelantan ni.hehe.. sebagai buktinya kalau buat kenduri, panggil saudara-mara datang tolong, adalah dalam empat lima orang jugok nama ‘kakda’ yang ada duduk kat dapur nuuh. (hahaha..)

Okay, sedikit latar belakang kakda;

  • Menetap di Kedai Lalat
  • Bekas Jurutera Awam (UTM Skudai 2004-2008, Civil Engineering)
  • Berumur 32 tahun (2017)
  • Mempunyai 4 orang anak (anak ketiga tu kembar tak seiras)
  • Berasal dari Sabah
  • Berketurunan Dusun (mak) dan Bugis (ayah)
  • Prefer untuk bertutur dalam dialek Kelantan (jadi kalau korang warga Cik Siti Wan Kembang, terus je kecek kelate deh..hehe)

Kenapa Kakda Pilih Shaklee, Berhenti Kerja Sebagai Enginner Dan Duduk Di Rumah Jaga Anak?

Sebenarnya masa mula-mula kakda buat keputusan untuk ambil kos Kejuruteraan Awam, kakda memang sebulat hati nak kerja bersungguh dan nak jadi jurutera yang hebat.

Namun bila kakda sudah berumahtangga, rupa-rupanya situasi nya berbeza. Memang kakda minat dengan kerja-kerja pembinaan, suka kerja di site, tapi bila kakda sudah mempunyai anak, keadaan rasa tak sama.

Kakda mula rasa tertekan dengan kerja. Lagi pula bila kerja dengan syarikat kontraktor, kakda kena kerja 6 hari seminggu. Kakda cuma ada 1 hari sahaja untuk kemas rumah dan bermain dengan anak.

Semakin hari melihat anak membesar di tangan pengasuh, kakda mulai menyimpan tekad untuk berhenti kerja. Tapi kakda tahu, kakda tak boleh.

Jadi kakda kena cari side incomeΒ yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak berkerja sebagai jurutera lagi dan hanya bekerja dari rumah sambil melihat anak membesar depan mata.

Anak Sulung Disahkan Menghidap Lelah

Semasa anak sulung kakda berumur 1 tahun, dia disahkan menghidap lelah. A mild one..but still lelah kan. Yusuff admit di KPJ Perdana Kota Bharu seminggu sebelum raya 2011.

Dah lah 2011 tu adalah giliran beraya kat Sabah, jadi memang rungsing la. Tiket semua dah beli, tak kan tak balik. Sedih kott..hahaha..

Omega Guard Produk Pertama Yang Kakda Beli

Atas saranan kakak kakda, kakda cuba produk Shaklee iaitu Omega Guard. Omega Guard ni adalah minyak ikan. Bila google, minyak ikan bagus untuk panaskan paru-paru.

Jadi kakda pun cuba. Sebab kakda tahu, antara punca lelah ni adalah sejuk.

Memang sebelum yusuff mendapat lelah, setiap petang abah nya akan bagi makan aiskrim.

Sampailah satu hari tu, pengasuh bagitau Yusuff demam dan batuk. Bila kakda bawak Yusuff ke KPJ Perdana Kota Bharu, doktor suruh masuk wad dan masa tulah baru kakda tahu Yusuff ada lelah.

Padanlah bila dia naik tangga, sokmo dengar nafas dia kencang.

Mencuba Bisnes Shaklee Selepas Bersalin Anak Kedua

Kakda mulai mempercayai produk Shaklee bila Yusuff sembuh dari lelah. Bayangkan lah, dengan hanya 1 botol Omega Guard, lelah Yusuff sembuh. Malah jika Yusuff batuk pun, lelah nya tak kembali.

Masa berpantang anak kedua, kakda beli Set Berpantang Shaklee. Masa ni kakda tak daftar ahli pun. Kakda cuma pinjam ID kakak kakda untuk buat belian.

Kakda tak pasti cara terbaik untuk makan Set Berpantang masa tu. Jadi kebanyakan supplemen tu kakda tak makan pun. Beli saja tapi tak konsisten makan.

Google Testimonial Shaklee – Benda Baru Yang Kakda Tak Pernah Tau Pun Sebelum Tu

Dalam bulan September, masa ni Shaklee mula terkenal di kalangan kawan-kawan kakda. Borak punya borak, dorang bagitau yang ESP Shaklee ni bagus. Boleh banyakkan susu dan kulit jadi cantik.

Kakda tanya, macam mana korang tau? Korang baca kat mana? (okay nampak tak betapa kakda seorang yang buta IT pada ketika itu.hahah)

Maka kawan-kawan kakda pun bagitau lah pasal kewujudan Pakcik Google.hahah

So kakda pun belajar lah guna Google yang sebelum ni jarang kakda guna.hahah.. masa 2012 tu memang kakda masih tak berapa celik internat lagi. Guna google pun tak pandai tau.hahah

Kawan kakda kata nak tengok testimoni, google la testimoni ESP. Kakda pun tanya balik. Boleh ka taip je apa-apa pun? Atau ada skema soalan? (hahahha.. teruk betul kan?).

Jadi kakda pun google lah. Google punya goolge, eh..eh bestnya Set Berpantang Shaklee rupa-rupanya.

Maka, bila kakda balik rumah, godek lah balik Set Berpantang kakda tu.hahaha..mujur tak expired lagi!

Daftar Ahli Shaklee Dan Mula Berbisnes

Bulan September tu juga kakda ambik keputusan untuk daftar menjadi ahli Shaklee.

Nak jadi ahli hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM69 sahaja. Tapi kakda rembat cara yang kedua iaitu melalui Pendaftaran Percuma.

Nak daftar ahli secara percuma, kakda perlu buat pembelian sehingga 200uv. Secara kasarnya, 200uv ni bersamaan dengan Rm800 (masa tu takde gst lagi kalau sekarang dalam seribu lebih).

Apa yang kakda buat ialah, kakda promote produk shaklee kat kawan dan family. Tanya staf kat tempat kakda kerja. Kontek kawan-kawan masa kat U dan sekolah.

Alhamdulillah dapat lah kakda join ahli Shaklee secara percuma pada 26 September 2012.

Naik Rank Supervisor

Pada bulan berikutnya kakda berjaya pula naik rank sebagai Supervisor dan mendapat bonus 4 angka dan bonus tambahan sebanyak Rm300 dari Shaklee.

Dan masa nilah kakda mulai nampak peluang dalam bisnes Shaklee. Dimana dengan Shaklee, kakda nampak kehidupan yang kakda inginkan. Berkerja dari rumah dengan pendapatan yang kukuh, dapat jaga anak depan mata walaupun hari-hari mengamuk je keje kakda.hahah

Bisnes Shaklee – Peluang Untuk Semua Orang Berjaya

Apa yang kakda nampak dalam bisnes shaklee ni adalah peluang untuk jana income sebanyak yang kita nak.

Walaupun bisnes Shaklee adalah MLM tapi ia sama sekali bukan bisnes cepat kaya dan bukan bisnes untuk upline.

Setiap orang bertanggungjawab terhadap bisnes masing-masing. Nak bonus banyak, usaha dan doa kena lebih.

Nak bonus lagi banyak dari upline? Jadi lebih kreatif dan banyakkan sales melebihi upline. Nak bonus 2 angka, beli je untuk kegunaan sendiri.

Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Walaupun dalam team kakda, banyak info yang disediakan. Ada kelas nutrisi percuma, poster testimonial yang cantik dan percuma untuk digunakan. Kelas-kelas dari pihak Shaklee sendiri. Support group yang besar. Kalau diri sendiri tak bergerak, mana mungkin bonus datang bergolek. Ye dak?

Bagi kakda, bisnes Shaklee adalah bisnes yang realistik.

Bukan angan-angan. Bukan bisnes goyang kaki. Setiap bulan adalah kerja keras. Jika anda rasa anda mampu menjadi usahawan yang hebat, jemput join team kakda. Kakda guide sampai jadi!

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge