Percutian Bajet Jakarta-Bandung 5h4m, Oktober 2016 Part 5, Akhir

0

Percutian Bajet Jakarta-Bandung Part 5

Pagi ni kami jalan-jalan sekitar Cihampelas. Biras kakda tak ikut, maybe sebab dia pregnant kan so letih.

Di sekitar Cihampelas ni ada banyak outlet dan kedai jual sourvenir. T-shirt I Love Bandung pun jauh lebih murah dan banyak pilihan dari Pasar Baru.

Kami sarapan di Cihampelas Walk. Makan Fast Food. Tak ingat nama apa dah.

 

Siap makan, pusing outlet. Pok Mudo kata nak cari beg duit untuk Tok Ma. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Last-last dia dan Cik Rea beli Jaket kulit ada orang offer di tengah jalan. Ala penjual yang jual-jual angkut barang p mai p mai.

Dorang berkenan lah pulak. Katanya untuk pakai masa naik mutu. Beli lahh yang penting ada duit.

Kartika Sari.

Pukul11 check-out Hotel dan terus ke Kartika Sari.

Orang kata kalau ke Bandung wajib beli brownies Kartika Sari. Katanya sedapp bangett!

Maka kami pun beli lah. Beli ole-ole ni jaa untuk diberikan pada biras-biras ku yang lain yang ada di Kota Bharu nuhh. Beli untuk nenek jugak untuk di bawak balik Sabah.

Dan beli lah makanan-makanan lain jugak. Kat sini ada banyak kuih-kuih local. So boleh beli kalau nak cuba makan. Sebab kat tempat lain macam tak berapa senang nak jumpa. Selama duk Bandung, first time kakda jumpa kuih local.

1 brownies tak mahal mana. Dalam belas-belas ringgit saja. So boleh la beli.

Airport Bandung.

Airport Bandung ni unik. Sebab apa unik? Sebab first time kakda jumpa airport yang hanya mereka yang dah nak terbang saja boleh masuk dalam.

Mula-mula sampai tu blurr jugak. Cari mana tempat nak cek in. Rupanya kat dalam dan hanya orang yang dah nak berlepas saja boleh masuk.

Berbeza dengan airport kita di Malaysia. Biasnya kita masuk dalam, cek in dan tunggu. Dekat nak terbang, kita lalu imigresen dan tunggu pulak kat dalam.

Kat Bandung ni, lalu imigresen dulu. Dah lalu, baru p beratur cek in.hehehMungkin ni salah satu cara untuk jimatkan ruang dan manfaatkan semua ruang yang ada.

Flight Delay

Flight kami delay. Agak lama jugak. Dalam pukul8,30pm baru sampai KL. Malam tu kami stay airport sebab flight balik Kota Bharu lepas subuh. Tidur atas kerusi. Aduhh sakit tubuh.

Cik Rea dan familynya balik Bangi. So tinggal kami bertiga nak balik KB.

Tido atas ni.huhu

Biasalah orang first time bekpek ni kan. Tak tau lagi kat mana port lepak yang paling selesa di KLIA 2.haha.. Kalau ada duit, boleh masuk dalam Capsule Hotel.

Masa kakda g Osaka baru-baru ni, baru perasan dalam KLIA2 ada banyak ruang untuk lepak. Ada jugak kerusi yang flat khas untuk baring.

Cumanya masa ni kami masih tak berapa pandai cari dan yelah orang kata baru berjinak-jinak nak travel over the sea.hahah

Barang yang perlu dijaga masa tidur.

Keesokkan paginya, flight ke Kota Bharu pada awal pagi. Tamat lah percutian kami. Sekian. Terima kasih pada yang sudi membaca. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan sedikit gambaran percutian yang bakal anda tempuhi nanti.

Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

TAMAT Day 5

Baca selanjutnya: Ketahui 7 Tips Bercuti Bajet Ke Jakarta Dan Bandung Bagi Memudahkan Perjalanan Anda

Artikel sebelum: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Oktober 2016 Part 4

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge