Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m Oktober 2016, Part 3

0

Day 3, Bandung Oktober 2016

Macam hari semalam, pagi-pagi lagi kami keluar cari sarapan. Hotel punya kami tak ambik. Bayar bilik saja, tak termasuk sarapan.

Suami kakda adalah sejenis makhluk yang memang kena makan awal pagi. Sebab tu bila ketuk bilik-bilik adik ipar, semua tak mau turun. Nak tidur lagi katanya.

Jadi kami berdua pun cari makan berdua saja.

Kedai kebanyakannya tak bukak lagi. Hampir putus asa juga cari kedai makan. Kakda ingat adalah orang nak menjual macam kat Kota Bharu tu, belana orang duk jual nasi pagi. Rupanya non-hado!hahha

Maka, budaya orang, haruslah kita hormati. Last-last jumpa jugak mbak yang jual Tauhu dan tempe goreng. Suami kakda macam biasa lah, tak mau beli.

Tapi hellooo.. ini kakda okay. Kakda is pencinta makanan malah bukan ‘picky eater’ orangnya. Selagi mampu, pasti ku coba gituuu.hahah

Tauhu goreng ni sedap sebab tauhu nya sangat fresh!
Tempe pun fresh. Dan sangat sedap di makan bersama lada kecik ni. Pastikan yang kaler hijau ya. Dan ko jangan pula sibuk mintak sos pencicah. Takdok!haha

Lepas beli tempe dan tauhu goreng di tepi jalan, kami pun masuk dalam satu restoran ni. Dia ada jual nasi dan lauk-lauk. Tapi pilihan lauk yang ada macam tak berapa bekenan di hati. Jadi kami cuma order Teh Manis saja sambil perabih tempe dan tauhu gorengan ni.

Bertolak Ke FarmHouse Lembang

Ramai orang pergi ke Bandung untuk melawat Kawah Putih dan Tangkuban. Tapi berbeza dengan kami. Majoriti tak mau hidu bau gas Nitrogen dan gas-gas lain yang sewaktu dengannya yang biasanya keluar dari perut gunung berapi. Tak tau macam mana nak bernapas dengan udara macam tu.huhu

Andai katalah Tangkuban dan Kawah Putih tu takyah bayar a.k.a percuma, pasti kami akan ke sana. Apa salahnya untuk p tengok-tengok kan?

Tapi memandangkan nak masuk pun nak kena bayar (mahal pulak tu) pastu baca kat blog-blog, kat sana ramai peminta sedekah dan ramai penjual yang suka paksa beli-beli barang, jadi tak mau lah. Dan op kos paling utama sebab tak boleh terima bau udara di sana. (cehh..ceh..haha)

Lagi pula bajet kami kecil. Tak silap nak ke Tangkuban tu bayaran masuk saja dekat seratus satu kepala. Mahalll!! Tak boleh.Tak boleh.haha

Tambahan pula biras kakda tengah pregnant dan ada anak kecil. Jadi memang tak mau lah p tempat macam tu. Kesian dia..

FarmHouse tarikan terbaru di Bandung dan baru dibuka tak silap pada 2015. Kakda sanggup suruh supir berenti tepi jalan sebab nak snap gambar signboard ni tau.Mahal ni gambar ni.hahah

Farmhouse merupakan antara tarikan terbaru di Bandung yang terletak di kawasan Lembang. Ia berada di jalan yang sama untuk ke Floating Market dan berlainan arah dengan Kawah Putih.

So kalau nak p sini, pastu nak ke Kawah Putih memang jauh lagi lah perjalanan.

Kami bertolak lebih kurang pukul9am (ingat-ingat lupa daa..).. Adik ipar kakda yang bujang tu tak ikut. Sebab tiba-tiba pagi tu dia sakit. Pening, muntah. Habis bilik dia kotor. Mujur lah kakda ada beli ActiFast masa g farmasi kat Grand Indonesia Mall di Jakarta malam sebelum tu.

Jadi kami berempat je lah jalan. Tinggal je dia dalam bilik hotel.huhu. Survive sorang-sorang.

Susu free. Susu segar fresh dari ladang lembu.

Tiket masuk ke FarmHouse ni dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. Jadinya kira rugi lah 1 tiket sebab adik ipar takleh mai. Tak silap 1 tiket berharga Rp20.000 dan akan dapat free 1 cup susu segar.

Boleh cek harga semasa dan masa operasi kat sini.

Semua orang pilih susu. Seingat kakda kita boleh pilih, nak susu atau apa. Cumanya kakda pun dah tak ingat apa pilihan yang 1 lagi tu.hahah

Basicnya Farmhouse ni ala-ala themepark dan dibina dengan rekabentuk German kot?hahah (suka hati mak bapak aku!..hahah) English style lahh senang.haha..

Walaupun ia adalah sejenis Themepark, takdak apa pun boleh main. Just round-round, tangkap gambar, makan-minum dan sebagainya.

Kat sini lebih sejuk berbanding di Cihampelas. Cuacanya nyaman gituu. Memang sesuai buat taman English macam ni.

Themepark bermula dengan laluan ini.

Pagar kakda bersandar ni adalah dari keratan akar-akar pokok sekitar kawasan ni yang sudah berusia beratus tahun. Agaknya masa dorang bukak kawasan ni, banyak pokok yang perlu ditebang. Sebab tu dia guna semula dan buat jadi pagar macam ni. Sekurang-kurangya, khazanah beratus tahun masih disimpan gituuw. Cantik tau!

Suami ku yang tercinta. Ahaks! Masa ni boroi lagi. 2017 ni dah slim dah perut.hahaha

Basikal ini cantik.
Love Lock? Tak tau nama apa. Tapi cantik sebab kaler padlock dia sweet je semua.

Selepas laluan akar pokok, akan jumpa taman ni. Taman ni terletak agak tersembunyi. Pintu masuknya pun kecil sahaja. Kalau tak toleh kiri, pasti tak perasan.

Dalam taman yang tersembunyi ni, sama jugak. Takdak apa pun. Cuma ada deretan basikal yang comel dan laluan bertangga yang disepanjang laluannya penuh dengan LockLove (nama yang kakda cipta khas untuk padlock yang bergantungan ni semua.haha..suka hati aku!).

Dibelah kanan taman, ada rumah kecil yang comel. Menjual sourvenir dan jugak Lock Cinta yang berwarna-warni ni. Kalau korang nak beli, sila lah beli. Kakda tak dak rasa nak beli pung.haha

Jika berada di sana, anda pasti dapat rasakan betapa suasananya sangat menyenangkan dan view sekeliling sangat cantik. Kalau tengok pada gambar, memang tak rasa apa. Sebab tu korang kena p sendiri. Bila duk sana, korang akan faham maksud kakda.hehe

Dah lock, kunci dia mai buang kat atas ni. Buang dalam perigi. Tapi kakda is tak buat benda-benda macam ni. Datang tengok jaaa.haha

Keluar dari taman tersembunyi tu, kami meneruskan perjalanan mengikut laluan utama. Masa untuk melihat rumah Hobbits. Tau tak Hobbits tu apa? Kalau korang peminat cerita The Lord Of The Rings, konfem tahu. Kalau tak pernah tengok, memang tak akan tahu lah.haha

Adakah rumah Frodo? kakda pun dah tak ingat.hahah

Takdak kerja lain bila sampai sini. Tangkap gambar sampai pengsan jaa.haha

Croissant Danish pun ada.

Di bangunan yang menjual Croissant ni ada tandas. Sejuk-sejuk inshaaAllah pasti nak cari tandas kan. Jadi, silalah naik atas ya untuk kaum wanita.

Melihat kawasan.

Semua bangunan adalah deretan kedai. Restoran, kedai menjual souvenir, jual biskut dan macam-macam lagi. Kami tak beli. Sebab dah plan nak isi perut di Floating Market nanti.

Tamat. Nak p Floating Market pula.

Habis dah round satu themepark. Sila cari supir anda untuk meneruskan perjalanan.haha

Floating Market Lembang

Kami bergerak ke Floating Market dalam keadaan perut yang lapar. Memang niat nak cari makan kat Floating Market ni lah. Sebab tu tak beli apa masa di Farmhouse melainkan minum susu. Tu pun sebab susu dah termasuk dalam harga tiket. Kalau tak rasanya memang tak beli apa.haha

Di Floating Market, pembelian menggunakan token. Tapi jangan risau, token boleh refund. So tukaq je banyak, no hal.

Masa mula-mula masuk, kita akan jumpa tasik. Tapi tak banyak perahu. Jadi kami pun blur. Dah p mana belako perahu hok jual makanan nihhh.

Kami terus ambik kanan. Jalan punya jalan, jumpa restoran jual bakso. Disebabkan lapar, kami pun decide untuk makan disitu. Lepas makan, round lagi.

Rupanya ada banyak permainan yang disediakan disini. Tapi masa kami p, taman permainan tu macam tak beroperasi atau maybe sebab tak ramai pelancong dan takdak yang request nak main. Agaknya kalau musim cuti sekolah, budak-budak ramai, baru dorang akan beroperasi dengan rancak dan pastinya lebih meriah dan buat anak-anak gembira dan teruja.

Kami masih mencari signboard ‘Floating Market’ sebab tak puas hati tak jumpa lagi perahu menjual makanan. Cari punya cari, akhirnya jumpa pun Floating Market ni. hehhehe..

Orang kata macam kat Hatyai. Kakda pun no komen sebab tak sampai lagi Hatyai.hahaha

Jemput layan gambar.hehe

Mee Bakso Wantan
Ala-ala Hatyai kah?hehe
Tak ingat nama apa.

Disebabkan perut yang sudah kenyang diisi dengan bakso, maka kami pun dah tak berapa ada selera nak makan lagi. Tapi cuba jugak beli Sate Arnab. Dan sambil lepak-lepak, beli pisang cheese. Better korang jangan makan dulu kat tempat lain. Sila makan di sini sebab ada banyak sangat makanan local yang wajib dicuba.

Masa ni hujan pun start turun. Turun dengan lebatnya. Kami duduk di kerusi yang disediakan. Bergerak-gerak ya..sebab kita sekarang kan berada di Floating Market. Atas tasik. Maka konfem lah beralun meja kita.haha

Oh ya.Jangan lupa untuk tebus segelas air berperisa menggunakan tiket masuk anda. Dapat air free lagi.Yeay.hehe

Sanggar!
Sate Kelinci/ Arnab 12 cucuk 30ribu
Token untuk membeli-belah.

Ada lagi cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Disebabkan hari hujan, dan kami ada anak kecik, maka kami ingat nak panggil Pak Supir ambik kami di parking area Floating Market ni.

Disebabkan kami memang tak beli simkad Indonesia, dan di Floating Market ni pun takdak wifi, maka agak kalut disitu. Sebab taktau macam mana nak kontek Pak Supir.

Mujurlah kakda is orang yang independent. Kakda dengan tak malunya, p perahu hat jual pisang cheese, beli lagi pisang dia dan dengan tak malunya kakda minta pinjam hp dia untuk kol Pak Supir.hahaha.

Mbak tu offer untuk kol sendiri Pak Supir dan suh dia mai turun bawah dan dia siap bagitau lokasi kami dimana. Biar dia je lah yang berkomunikasi sebab bahasa dia, so Pak Supir pasti ngerti gituu.

Alhamdulillah masalah setel.

Pak Supir datang bawak payung. Dan rupanya parking area kat Floating Market tu, kereta lain memang tak boleh masuk. So, memang kita kena naik atas juga, jalan kaki p tempat kita turun mula-mula sampai tadi.

Pukul1 kami pun bertolak balik ke Hotel. Nak balik tengok adik ipar pulak ni. Tak tau apa khabarnya di sana.Dalam pukul2, kami sampai hotel. Ketuk bilik adik. Tapi no respon. Takut pengsan jaaa…haha. So last-last kami panggil orang hotel suh bukak pintu bilik dia.

Takdak orang!hahha..Rupanya budak tu dah keluar p Cihampelas Walk cari makan.hehe (Cihampelas Walk ni mall. Jalan kaki dalam 5 minit naik bukit, sampai!)

Pusing-pusing Outlet

Petang tu dah takdak apa aktiviti. Kami ke Toko Tiga untuk survey harga Levi’s. Pastu p kat area apa tah tak ingat. Kawasan tu ada banyak lagi factory outlet.

Actually kan, outlet-outlet ni semua kami tak minat mana nak p. Sebab nya memang tak mau shopping. Shopping pun nak Levi’s jaa. So keluar masuk macam tu je lah. Tapi tak tahan tu lepak jugak sampai malam. Walaupun setakat Window Shopping.haha

Pedasss tapi sedapp.hahha
Ada air sedap disini.hahaha

Bila perut rasa lapaq, tak leh dah nak pusing-pusing dalam kedai. Jadi kami pun terus p makan. Malam tu pakat makan puyuh penyet. Restoran Sangrai bersebelahan dengan Heritage Outlet. Rasanya sangat sedap dan pedas!hahah.. Total hangus Rp350.000.

Layan Movie Di Pawangan Cihampelas Walk

Lepas makan kami pun balik hotel. On the way sebelum sampai hotel, kami sepakat minta Supir drop kat Cihampelas Walk sebab masa tu baru pukul8. Awal lagi kalau nak masuk bilik pun.

Pusing-pusing Cihampelas Walk, end up kami p tengok wayang. Tiket IDR60.000/pax (Rm18) kat Premium Hall. Mak aii special benor. Biras kakda kata, kalau kat KL, biasanya sek-sek artis jah yang masuk pawagam Premium Hall ni. 1 tiket biasanya harga dalam RM40, RM80? Tak ingat dah.haha (tapi mahal lah yang penting.)

Kerusi besar gedabak. Ada Waitress ala2 pramugari gitu ambik order nak makan apa.Buka laci ada selimut siap dalam plastik. Bersih dari dobi. Kerusi siap ada untuk kaki. Bole ejas bagi baring. 😍😍

Special kannn??

Tapi Premium Hall ni is not so me lah. Tak sesuai untuk orang biasa macam kakda. Sebab orang-orang yang masuk dalam ni semua nampak kaya-kaya gila.hahah

Biras kakda bersama anaknya.

Tapi bila sampai Indon, boleh lah berlagak kaya meta. Yaaa… sedang makan aja kok suda juta-juta bayarannya.hahaha

Kakda order air dan sejenis pencuci mulut. Habis makan, tido.hahah.. Tengok wayang pun dalam keadaan tidur-tidur ayam. Letih kot.haha

Habis wayang dah dekat pukul12am kot. Mall dah tutup. Kami pulak sempat lagi sesat tak jumpa jalan keluar. muahahahha..

Cari punya cari, jumpa jugak jalan keluar. Pastu jalan kaki lah balik hotel. Hotel dekat jaa. Tapi kalau diikutkan ada banyak lagi hotel yang lagi dekat dengan Cihampelas Walk ni. Cuma rate nya lebih mahal lah. Hotel kami bajet jaa.haha

Day 3 TAMAT

Baca lagi: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m Oktober 2016, Part 4

Artikel sebelum: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m Oktober 2016, Part 2

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge