Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m Oktober 2016, Part 4

0

Percutian Bajet Jakarta-Bandung Day 4

Setelah puas pusing-pusing outlet di Jalan Riau semalam, maka harini kami sebulat suara dah tak mau p mana-mana outlet lagi melainkan Toko Tiga untuk membeli Levi’s.

Mulanya Pak Supir kata nak bawak ke Outlet yang banyak jual barangan kulit, tapi kami tolak sebab takdak sapa yang nak shopping kat sana.hahah

Jadinya harini masa untuk teroka TransStudio Bandung.

Duit Habis Di Bandung

Walaupun kami tak shopping, tapi duit kami habis. hahaha

Jadi awal-awal pagi lagi, kami bertolak dari hotel sekitar pukul8.30 pagi dan terus cari Maybank. Actually harini agak awal sebab kesian kat Pak Supir. Tiap hari dia pesan suruh turun awal, tapinya sokmo lewat.

Biasalah kalau main ngan ramai-ramai kan, so ada banyak ragam. Ada yang memang tepat masa, ada yang jenis tak kisah. Iyaa… begitulah. Janji Melayu orang kata.haha

Pengeluaran Antarabangsa di Maybank

Memandangkan kami semua bukan lah orang yang biasa ke luar negara, maka memang tak pernah tahu pasal “Pengaktifan Pengeluaran Antarabangsa’. Untuk buat pengeluaran di luar negara, kita kena aktifkan akaun terlebih dahulu.

Di dalam Maybank2u memang ada je function ni, tapi bila kita dah duk kat luar Malaysia, dah terlewat untuk aktifkan. Sepatutnya kena aktifkan masa duk Malaysia lagi.

Dipendekkan cerita, mujur lah kakda berurusan direct dengan Maybank. Pegawai bank Maybank di Bandung tolong buat panggilan ke Malaysia dan tolong aktifkan pengeluaran antarabangsa.

So, cukup kakda sorang aktifkan dan buat pengeluaran, orang lain pinjam jah dulu duit hat ada. hahaha (lai..lai.. interest murah2 jah.haha)

TransStudio Bandung, Indoor Themepark Terbesar Di Dunia.

Geng travel (Suamiku, aku, Pok Mudo, Cik Na, ChaCha, Cik Rea)

Suatu ketika dulu, TransStudio Bandung merupakan indoor themepark yang terbesar sekali di dunia. Tapi pada tahun 2016, title itu telah dirampas oleh Dubai. Kini, Dubai telah memiliki Indoor Themepark terbesar di dunia. Kalau jalan-jalan p Dubai, boleh lah singgah.hehe

Tiket masuk ke dalam TransStudio ni lebih kurang RM50. Untuk harga yang lebih tepat lagi, boleh cek website dorang.

Tiket kami dah beli awal-awal. Pak Supir tolong ejas. Jadi kakda tak tau sangat adakah harga yang kami dapat jauh lebih murah atau lebih mahal. Sebab kakda takdak buat survey sangat pun sebelum datang. hahah

Jika datang bersama keluarga, memang sangat-sangat berbaloi sebab semua benda kita boleh main. Tak dak bayaran lain. Melainkan masa nak keringkan baju sebab duk main air kat dalam tu, kita kena buh duit lah.

Dan permainan yang ada di dalam TransStudio ni sesuai untuk semua lapisan umur. Ada Live Performance yang sangat best, ada Magic Show, ada mainan untuk kanak-kanak dan kedai makan pun banyak didalam.

Enterance di tingkat atas. Cewek-cewek yang jaga kat situ akan cek beg kita betul-betul. Dia memang tak bagi bawa masuk makanan.haha.. Jadi tak payah lah bawak. Beli je kat dalam. Kat dalam nuh Starbuck pun hado. Jangan risau.hehe
Kaunter tiket ni pulak kat bawah. Lepas beli tiket, naik escalator di depannya untuk ke tingkat atas.

Jika bercadang untuk ke sini, kakda cadangkan sila lah main dari pagi sampai petang atau sampai ke malam. Tak payah masukkan plan lain pada hari yang nak datang sini. Sebab memang berbaloi-baloi duk dalam ni. Main lah semua benda yang ada. Tengok lah semua Live Performance yang ada.haha

Surau ada kat dalam. Tempat makan ada kat dalam. Tandas ada kat dalam. So memang boleh hidup.haha (apa lagi yang ko nak?haha)

Luas dan selesa. Bila masuk tu, terus rasa macam berada di dunia lain gituww.

Kami masuk agak awal. Sekitar pukul10. Setel je bank, wak tubik Rp2.5juta, then terus mari sini. Makan pun dok lagi. Jadi, benda first kami buat lepas je masuk dalam ni adalah cari kedai makan. Makan dulu bah!

Semua pembelian di dalam ni hendaklah menggunakan Kad MegaCash. Kad ni dia akan bagi masa beli tiket. Sebelum boleh digunakan, kita kena buh duit dulu dalam tu. Nak buh duit, kena cari Kasir Isi Ulang. Kami buh Rp400.000 dulu. Kalau habis, boleh tambah.
Kasir Isi Ulang
Ni tempat pertama kami masuk.haha.. Sebelum tu sebenarnya duk beratur dah nak main roller coaster (yang muka KingKong tadi di gambar pertama). Tapi disebabkan 3 anak jantan yang ada semua pun jenis penakut, maka tak jadi nak naik.Adeiii..haha. Biras kakda yang berani tu pulak takleh ajak dia naik sebab dia pregnant.huhu

Memandangkan biras kakda pregnant, jadi dia jalan sengsorang dengan anak dia. Sebabnya dia takleh join mainan lain. Dan rupanya, ada je kedai makan yang terima cash.haha.. mujur lah jugak. Sebab memang susah nak cari dia lepas dah berpisah tu.

Sebabnya kami semua tak beli simkad Indon. Jadi memang takleh nak wasap kol apa semua. Cuma bila dah habis main semua benda, pandai-pandai lah lepak di open area yang kita rasa kita boleh dijumpai. Jangan duk dalam kedai, tunggu dalam kedai. Memang susah lah nak cari kalau macam tu.

Di dalam TransStudio ni banyak je kerusi yang berada di open area. So, boleh duduk tunggu. InShaaAllah tak sesat walaupun takdok fon. Jangan je ko sibuk nak p sana sini cari. Ko duduk je situ sampai geng ko jumpa ko. Allah ada. Allah akan tolong gerakkan hati orang yang nak cari ko tu.hehe

See? Luas kan Open area ni. So duduk tunggu kat tempat terbuka macam ni lah. Jangan duk dalam kedai yang ada dinding. Susah orang nak cari dan nampak.
Dunia Lain ni Rumah Berhantu
Persembahan Magic
Bawak keto sesuai untuk budak sebab keto tak laju mana. Tapi track dia agak luas dan jauh. Puas hati lah kalau budak yang drive. Kita duk sebelah.
Ni pun tak naik jugak sebab keluarga suamiku ni jenis penakut naik benda gini.ahaha
Live Performance. Bestttt!! ni gambar masa dah habis perform.haha
Beratur naik kapal udara. Dari bawah kapal ni nampak macam terbang di langit. Nak naik atas ni kena naik tangga yang agak tinggi. Kalau orang yang sakit lutut, mayb akan rasa sakit sikit lah.
Studio 18 ni ada dalam ni jugak. Live Performance. Acting pencuri, polis, adegen letupan, aip air pecah dan sembur air kat penonton yang kat depan, pasukan SWAT mari dan macam-macam lagi. Bestt!haha

More video boleh cek di Facebook kakda.

Wall Climbing

Kami lepak sampai lebih kurang pukul5. Kad Mega tu kena refund kat area food court dalam Mall Transstudio ni. Dan kalau korang rasa nak makan terus, takyah refund dulu kad. Guna kad untuk bayar makanan kat situ.

Habis makan kami gerak ke Toko Tiga untuk setelkan shopping Levi’s. Kali ni stay lama sikit sebab masa g mula-mula tu just survey-survey. Jadi shopping sakan la semua orang malam ni.hahah

Memang penat. Pukul 9 lebih Balik hotel, disebabkan duit makan kami masih banyak, kami sambung lagi lepak kat restoran. Depan hotel jaa. Kan dah bagitau depan hotel Vio tu sangat banyak kedai makan.hahaha..

Dan actually bukan kedai makan jaa ada, Outlet pun banyak. Cuma kami tak masuk sebab rasa macam tak minat nak masuk.haha

Tamat Day 4

Baca selanjutnya: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Oktober 2016 Part 5, Akhir

Artikel terdahulu: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Oktober 2016 Part 3

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge