Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

INTAI KEMBAR KAKDA

Projek DIY Gambar Passport Untuk SiKembar Daftar Tadika

Gambar Passport Buat Sendiri

Kalau boleh buat sendiri dengan kos minima tak perlu bazir duit tangkap gambar di studio. Sekarang ni semua benda mahal. Jadi kena pandai-pandai lah nak survive.haha!

Semalam, dengan kos RM5 kakda berjaya sediakan 4 keping gambar saiz passport untuk diberikan kepada pihak tadika.

Tu pun sebab mesin print gambar DIY di Mydin rosak. Kalau tak rosak, dapat jimat lagi sebanyak RM3. Sebabnya kos print gambar di mesin DIY tu cuma RM2. Fuhh!

Takpa, bukan rezeki. hehe

Jom Buat Sendiri.

Mulanya husben kakda ajak pergi studio di Kubang Kerian. Tapi kakda malas. Kakda kata biar buat sendiri saja di rumah.

Kita boleh gunakan cara ni untuk sediakan gambar saiz passport untuk anak-anak. InshaaAllah kalau setakat nak tepek gambar di borang maklumat tadika atau sekolah, kualiti gambar ni lepas je.hehe

Tapi kalau nak buat gambar untuk passport antarabangsa, better tangkap la di studio. Takut kang tak lepas pula nak lalu imigresen.haha

Bahan-bahannya:

  • Smart Phone (kakda guna Huawei P9)
  • Dinding putih atau biru. (Kakda guna dinding tepi almari baju)
  • Apps VSCO (untuk edit)
  • Print di kedai gambar.haha

Baju Jalan, Seluar Rumah.

Nak tangkap gambar, kena bersiap dulu.

Jadi kakda suruh lah si kembar p mandi-mandi dulu. Siap mandi kakda grooming dorang semat-semat.

Saja kakda pilih baju yang berkolar agar sikembar tampil lebih macho! Rambut minyak dan sikat lah sehensem yang mungkin.haha

Mulanya sikembar ingatkan mama nak ajak dorang jalan, mujur lah tak suruh budak berdua tu pakai seluar jeans. Kalau tak, mau nangis sikembar bersiap tapi tak tubik pun!haha.

Dinding Putih Wardrobe.

Lepas tu ajak masuk bilik cari almari.

“Okay, Ahmad dulu. Duk senyap, mama nak tangkap gambar.”

Sebenarnya proses nak dapat gambar yang cantik bukan mudah.

Hinggap jugak lah sedas dua das cubitan di badan si kembar. Well mama geram ni. Siapa suruh tak mau duk senyap.haha

Lepas kena cubit, mood jadi berubah. Kesian anak-anak mama. Terus tak mau senyum. Kakda pujuk balik dan sudahkan sesi photoshoot.

Masa ni bapak nya dah duk wasap-wasap tanya gambar mano?gambar mano? Sebabnya dia dah tak sabar-sabar nak print kat ofis.

“Kejap la abah. Ingat senang ka nak tangkap gambar budak dua orang ni.huhu”

Edit Guna VSCO

Siap tangkap gambar, kakda edit pula guna VSCO. Ada macam-macam apps untuk edit gambar kan, tapi kakda prefer hat ni.

Siap edit, email la bapaknya.

Bapaknya pesan gambar kena email. Jangan whatsapp. Gambar tak comey.

Maka kakda pun email la gambar yang dah diedit.

Print Di Ofis

Balik rumah bapaknya pun pass la 2 keping kertas saiz A4. Terkejutlah mamak nya.

Apasal lah bapaknya print gambar anaknya di atas kertas sticker.

“Gitu lah mudoh. Teacher boleh tepek selalu dekat kertas borang.”

Kakda hanya mampu ber’huhu’. Malu muka lah mama dan abah Ahmad Muhamad. Ni betul-betul nak jimat ni.hahha!

Kedai Gambar.

Kakda kata, kalau nak print sendiri kat ofis, kena lah guna kertas gambar juga. Ada je jual kat kedai buku.

Tapi kakda pun tak sure kualitinya setaro mano. Tebal macam kertas kat kedai gambar atau macam mana, sebab kakda pun tak pernah beli. Roomate masa kat UTM dulu biasa beli tapi kakda tak ingat dah harganya berapa.

Jadi, paling senang print je lah kat kedai gambar.

Kualiti printer pun bagus. Kertas gambar pun bagus.

Akhirnya siap lah 8 keping gambar passport si kembar. 4 keping RM5. Boleh lah. Kalau tangkap gambar studio, 4 keping jadi RM10.

Iya. Begitulah ceritanya.

Lagi cerita pasal si kembar tak seiras Ahmad dan Muhamad di sini.

 

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply