Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

Malam ni nak tulis sikit je sebab mata dah layu.. Semalam dah tidur lewat, tertutup-tutup mata kakda buat entry pasal ResV semalam.haha! Ikutkan hati memang nak masuk tidur je, tapi sebab tak mau bertangguh, kakda gagahkan jua..

Blogging ni memang best. Tapi ada satu pantang yang kita kena elak, iaitu jadikan entry kita as draft. Nehii..kabhi nehi! Gituw!! Jangan pernah ada rasa nak ada tabiat suka buat entry draft tau.

Once dah tulis, tulis je sampai habis. Sebab mood menulis kita tak akan sama. Akhirnya nanti, ko akan rasa macam ishh tak bestnya penulisan aku ni. Pastu start la delete, delete balik, edit edit balik. Semua tu buang masa.

Kita dah buang masa tulis entry yang jadi draft tu, then kita buang masa sekali lagi untuk siapkan draft tadi yag ending nya tetap kita edit balik. Jadi, kalau dah start tulis, siapkan dan publish je la. Tak payah susah-susah.haha..

Cerita pasal ganti puasa. Jom la gais, kita ganti cepat-cepat sebab tak lama lagi nak masuk Ramadhan. Kalau gadis-gadis mungkin senang je nak puasa ganti ni. Kakda dulu zaman gadis pun rajin puasa. Jadi kalau puasa ganti tu apalah sangat. Memang rajin sungguh.

Tapi sejak dah jadi mak-mak yang ada anak berderet ni, memang agak payah dan sukar sikit nak mengganti. Lepas bersalin yang nombor 1, nak menyusukan pula. Belum habis 2 tahun, bersalin pula yang kedua. Dah nak kena menyusukan pula yang kedua ni. Belum sampai 2 tahun, bersalin lagi. Dan begitulah..

Masa mengandung inshaaAllah boleh full je puasa. Tapi kalau sejenis yang ada alahan atau nama femesnya ‘morning sickness’ konfem lah tak puasa juga. Nak puasa macamana, badan letih weiii! Tapikalau korang nak juga try puasa sebab takut kena ganti banyak, kakda suggest korang ambil Performance Drink. PD ni minuman tenaga yang kaya dengan garam/elektrolit yang akan bantu tubuh kita jadi bertenaga walaupun tak mampu nak makan nasi. PD bukan minuman biasa-biasa tau. Astronaut pun minum!

Bila anak dah besar, dah takde yang menyusu datang pula ujian nafsu makan. Ada je lah alasan susah nak ganti.hahah! Walau bagaimanapun, jom lah kita usahakan untuk ganti cepat-cepat. Boleh menten berat sekali. Time sahur tu just ambik Cinch Shake atau ESP, badan selim, kulit makin cantik dan perut tak lapar. Gituwww..

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk ganti puasa dan sampaikan kita kepada Ramadhan 2021. Ishh.. tak sabarnya nak masuk Ramadhan!!^_^

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.