Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Indoor Playground Kota Bharu SANTAI

Pusat Permainan Kanak-kanak ‘Indoor’ Di Kota Bharu Selain Kidzoona AEONMall.

Tempat Permainan Kanak-kanak Dalam Bangunan.

Selain Kidzoona di Aeon Mall Kota Bharu, terdapat banyak lagi pusat permainan kanak-kanak yang boleh dikunjungi di Kota Bharu.

Antaranya di KB Mall, Tesco Kota Bharu dan Giant  Tunjong.

Kakda kongsikan disini beberapa tempat bermain yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas selain Kidzoona AeonMall Kota Bharu.

1. AA Kids Playground

Kakda terjumpa info mengenai tempat permainan kanak-kanak ini sewaktu sibuk mencari info pasal indoor playground Kota Bharu di Facebook.

Kalau baca review di Facebook AA Kids Playground, majoriti semua pelanggan berpuas hati dengan harga, fasiliti dan ciri-ciri keselamatan di playground ini.

Antara reviewnya,

“Baru first time g sane..best dapat tengok anak-anak main. Ruang menunggu selesa..surau..tandas..next time boleh g lagi..” Puan Salwani Ismail.

So far dah 3x pergi.. sangat puas hati.. facilities sangat bagus.. anak xnak balik bila dah masuk sini” Puan Sharida Shaari.

Recommended untuk parents bawak anak bermain kat sini..murah..selesa..fasiliti bagus..meh2 bawak anak2 datang main..” Puan Suraya Zahari.

Info Dan Syarat Masuk Ke AA Kids Playground Kota Bharu

  • RM8 SAHAJA! – main sampai puas dan tiada limit masa.
  • Selamat dan selesa.
  • Tempat bermain tertutup dan berhawa dingin.
  • Ada kemudahan asas seperti TV, Wifi, tandas, ruang menunggu yang selesa, surau dan minuman disediakan.

Di buka setiap hari 10 pagi -10 malam

Rm8 – Hari bekerja
Rm10 – Jumaat / Sabtu & Cuti Sekolah

Pertanyaan / Booking:

Facebook AA KIDS Playground.

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 💯% JIKA ANAK -ANAK TIDAK PUAS HATI BERMAIN DI SINI!!

2. Happy Kids Indoor Playground Tesco Kota Bharu

Happy Kids pula berada didalam bangunan Tesco searas dengan kedai Tesco.

Uniknya, sebelum masuk ke dalam Happy Kids, kanak-kanak akan dicek suhu terlebih dahulu. Kakda agak, ini adalah antara langkah berjaga-jaga pihak pengurusan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan anak-anak kita.

Review pengunjung;

Indoor playground ni best. Siap ade space untuk makan-makan. Dan siap boleh order dessert. Terbaikkk. Will come again. And recommended. Tapi sistem pengudaraan yg kawasan belakang2 sana tak rasa sangat ekon nye.” Puan Syuhada Mustafa.

 

“Sangat best untuk anak-anak yang datang. Selesa dan selamat untuk kanak2 bermain. Better kalau anak2 berumur 3 tahun ke bawah perlu di awasi oleh ibubapa. Lebih selamat ketika bermain dalam kawasan tu.” Puan Nur Faliyana.

Indoor playground yang selesa dan fun. Ade ruang menunggu yang siap boleh makan2 sesambil tengok anak2 dan staff yang peramah. Cuma ade satu dua mainan yang dah tak berfungsi. Moga ade penambahbaikan.” Puan Ayu Adilla.

Info Dan Syarat Masuk Ke Happy Kids Tesco Kota Bharu

1. Bayaran Masuk

RM10 – 1 jam

RM11 – Main sampai puas.

2. Stokin

Wajib pakai stokin.

3. Kekurangan

Ruang agak terhad. Berbeza dengan keluasan Kidzoona dan AA Kids Playground.

4. Kelebihan

Boleh order dessert (wafer, jagung dll) dan minuman dan makan sambil tunggu anak main.

Pertanyaan / Booking:

FB Happy Kids Tesco Kota Bharu

 

Selain dua tempat kat atas ni, anda juga boleh mencuba Kidzoona di AEON Mall Kota Bharu tingkat3. KB Mall juga ada tempat main berbayar tapi mainan nya tak banyak dan ruang juga terhad.

Bagi kakda, tempat permainan di KB Mall lebih sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil sekitar umur 4 tahun kebawah.

Di Giant Tunjong juga ada playground di area foodcourt. Playground nya percuma. Jenis permainan yang ada bagi kakda hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 atau 5 tahun keatas.

Semoga info yang kakda kongsikan ini dapat membantu memberikan sedikit idea kepada parents kat mana nak bawa anak-anak bersuka-ria semasa cuti sekolah dan di hujung minggu sekitar Kota Bharu.

 

Anda juga mungkin meminati:

10 Sebab Kenapa Hidung Dan Muka Mudah Ada Whitehead?

Kedai Jual Baju Sekolah Murah Di Kota Bharu 2017

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply