Ragam Anak Kembar, Tikar Getah Mama Habis Dikoyak!

0

Cerita pagi tadi, sedang kakda duk berbalas wasap sambil berehat di ruang TV, kedengaran bunyi pelik dari ruang tamu.

Kat ruang tamu tu ada si kembar dan Nuur duk main apa tak tau.

Kakda macam biasa lah, abaikan je sebarang bunyi yang ada. Tapi makin lama, makin kuat pulak bunyi pelik ni.

Bila kakda cuba fokus, bunyinya tu macam bunyi kita koyak sellotape dari kotak. Kejap-kejap bunyi, kejap-kejap bunyi. Sambil tu dengar lah suara gelak ketawa riang gembira kanak-kanak ribena.

Kakda tahu, kalau bunyi gelak camtu, konfem ada benda ‘pelik’ yang budak-budak ni buat.

Jadi, apa tunggu lagi, jom lah kita intai.

Nuur is the Master Mind. Harini escape tak sekolah, rupanya ni lah kerja dia.huhu

Rupa-rupanya, budak bertiga ni sedang koyak tikar getah kakda. Alahaii anak-anak, mama tahu lah rumah kita dah tak pasang TV, banyak pulak akal kamu nak main!huhu

Kakda pun tanya dengan suara garang;

Kenapa koyak tikar mama?

Dengan innocent nya budak-budak ni jawab

Kita nak raya lagi ko?

Huhuhu..Bertuah punya budak. Habis tikar mama dikoyak-koyak.

Ingat ni tikar pakai buang ka apa?! Huhuhu.. Mujur tikar ni ada 2 muka. Sebelah menyeblah.huhu

Tikar getah RM25. Beli di Munduk, Siam.Huhuhu

Baca lagi: Shopping Raya Di Munduk Golok Jauh Lebih Murah.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge