Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

KECANTIKAN

Resepi Biskut Raya – Drop Kukis Sedap Dan Rapuh Mamikembar

Dah masuk fasa kedua PKP ni mode meroti dan menguih tetiba bertukar jadi mode mengukis. Yelah kan, bau Ramadhan pun makin kuat. Masuk Syaaban dah gaiss. Jadi kena panas-panas enjin mengukis la slow-slow.haha

Okay, tak mau bebel panjang, harini kakda nak share resepi drop kukis kegemaran anak-anak dan suami tersinta kudapan setiap masa musim Covid-19 ni. huhu

Bahan-bahannya:

Bahan A

250gm Anchor Salted Butter
100gm brown sugar
70gm castor sugar

Pukul guna hand mixer 3 bahan ni dengan kelajuan sederhana (3 atau 4) selama lebih kurang 6-7 minit. Tujuannya untuk kita dapatkan rongga di tapak kukis. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni haa..

Okay next is Bahan B.

Bahan B:

Bahan b ni kalau nak perap dulu pun boleh. Nanti kukis kita akan jadi lebih wangiii..

1 biji telur gred B
2 sk creamy vanilla atau esen vanilla. I is prefer guna creamy vanilla sebab baunya lebih best.
1 sk serbuk kayu manis

Kacau 3 bahan ni seadanya (tak perlu nak beriya sangat macam nak masak telur dadar tu ya anak-anak..haha), kemudian perap la seketika.

Ataupun sedia la hat ni dulu, baru korang pukul bahan A. So sambil pukul bahan A, sambil perap bahan B. gituu.. kiranya buat step 2 dulu baru step 1 pun hokay. get it? (saja nak bagi korang pening sikit.. nak suruh belek 2 3 kali blog ni.muahaha..;p)

Bila bahan A dah cukup creamy, sila masukkan bahan B. Guna je mixer tadi tapi tukar kepada kelajuan 1 atau 2. Pukul kejap je just nak bagi sebati.

Okay next is Bahan C.

Bahan C

70gm oat halus. (Boleh beli kat mana-mana bakery, biasanya memang ada jual.)
50gm cornflakes (jangan lupa ramas-ramas sikit bagi pecah.)
30gm nestum (kalau takdek pun okay jerr, lebihkan cornflakes)
250gm tepung gandum (biasanya guna jenama bakers choice)
20gm serbuk koko (nak sedap guna jenama beryls, van hauten atau mana-mana jenama premium yang lain)

Setelah bahan b sebati, masukkan pula bahan C satu persatu. Dimulakan dengan oats/cornflakes diikuti dengan tepung dan serbuk koko.
Jangan lupa masukkan 1sk Soda Bikarbonat + 2sb air panas.

Bahan D

100gm Dark Chocolate chip
100gm almond nib/kekacang

Gaul je guna whisk atau putar je dengan mixer berkelajuan paling perlahan.

Okay siap.

Step Last

Preheat oven pada suhu 160 degree. Guna api atas bawah. Atau boleh ikut oven masing2.

Paipkan kukis ke dalam loyang guna piping bag atau bole juga guna measuring spoon saiz 1/2 sk. Scoop je satu2 supaya saiznya sekata.

Jangan lupa alas loyang menggunakan kertas minyak ataupun boleh juga guna baking mat.

Bakar kukis selama 13-15minit. Gud lak!

Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Nida

    buka balik resipi ni sini. haha sebab aku mo pi mencari kekacang di bakeri. kekacang baik untuk ibu hamil katanya.. tapi mau juga ada choco choco ar. harap an ak tidak meminta sebab ada kekacang.

    April 23, 2020 at 8:43 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.