Daging Masak Merah Mudah Dan Sedap
Dah lama rasanya tak kongsi resepi, jadi harini kakda nak kongsikan satu resepi masakan daging. Mula-mula nak masak daging merah versi biasa tapi last minit tukar plan.
Jom tengok resepi daging masak merah versi derhaka ni.muahaha..
Bahan-bahan:
Daging 300gm
Sedikit tepung jagung
1 biji telur
3 tangkai cili kering (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai
2 sudu makan Sos Cili
2 sudu makan Sos Tiram
2 sudu makan Sos Prun
Lada Benggala Hijau dan merah
Cara-caranya:
Rebus daging sehingga masak, kemudian hiris.
Pecahkkan 1 biji telur dan gaul bersama tepung jagung.
Goreng sehiris demi sehiris sehingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Tumis cili kering dan bawang putih bersama serai yang dititik.
Setelah naik bau, masukkan ketiga-tiga sos perasa. Ejas rasa. Kalau nak manis, tambah gula atau gula melaka.
Bila sos dah cukup rasa, masukkan daging. Gaul sebati.
Masukkan lada benggala yang suda dihiris.
Siap!
Resepi ni tak pedas. InshaaAllah anak-anak boleh makan. Jangan guna cili kering yang kurus tu. Cili tu pedas. Guna yang gemuk barulah tak pedas.
Kalau ada daun limau purut, boleh je buh sekali. Pasti lebih sedap kerana aromanya pasti lebih terangkat gitu!hihi
Selamat mencuba. (Nota kaki: Alhamdulillah suami kakda makan habis. Ok ler tuu.hehe)
Leave a Reply