Resepi Daging Monggolia Unik Dan Sedap

0

Daging Monggolia Aroma Daun Kari Yang Menyelerakan

Jika anda rasa bosan dengan resepi daging yang biasa-biasa, apa kata cuba masak Resepi Daging Masak Monggolia yang kakda bakal kongsi sekejap lagi.

Daging Monggolia ni pertama kali kakda makan kat Restoran Sri Chiangmai kota Bharu masa bulan puasa. Menu ni dicadangkan oleh staf mereka sendiri. Pertama kali makan terua jatuh cinta uolss.hehe

Dagingnya lembut dan Cair di mulut

Daging Monggolia ni kakda rasa ia termasuk dalam menu masakan cina kot. Sebab Restoran Sri Chiangmai ni pun memang pemilik dia cina.

Masakan cina macam biasalah, tak lari dah daripada menggunakan bawang putih dan halia dalam masakan mereka. Cuma Daging Monggolia ni ada daun kari sekali. So, memang lah makin sedap!

Tanpa berlengah lagi, jom tengok resepi kat bawah.

Resepi Daging Monggolia

Bahan-bahan:

Daging batang pinang 300gm

Halia 1-2 inci, bawang putih 5ulas. (Tumbuk hancur)

4 tangkai daun kari

Kicap manis untuk perap daging

Tepung jagung + 1 biji telur

1 sudu sos tomato, sos cili, sos tiram

Setengah tin susu cair (agak-agak)

Garam, gula (jika perlu)

Langkah 1:

300gm daging batang pinang. – hiris nipis

Perap daging sekurang-kurangnya 30minit dengan Kicap Manis.
*KakDa pakai kicap Kipas Udang.

Sukatan? Agak2 saja.

Langkah 2:

Tepung jagung 1 cup (agak2)
Telur 1 biji

++++++++++++

Tepung Jagung banyak-banyak pun takpa.

Kakda guna adalah dalam 1 cup.

Tepung ni tak akan rasa macam tepung bila dah siap nanti. Kita akan rasa daging kita jadi tebal dengan isi. Walaupun pada hakikatnya daging nipis je.

Dah perap, sekarang kita nak goreng daging ni.

KakDa goreng sehiris demi sehiris. Macam nak goreng pisang. Sebab kakda nak dia cantik.

Kalau anda ambik sejemput letak dalam minyak, tak berapa cantik la daging tu nanti bila dia dah masak.

Langkah 3:

Gaul sebati daging, tepung jagung, telur.

Langkah 4:

Panaskan minyak.

Minyak banyak tau. Bukan nak tumis ni. Nak goreng.

Langkah 5:

Ni lah rupa daging lepas digoreng. Masing-masing dah bertukar jadi hirisan yang besar dan gemuk.hehe..

Masa ni bole ratah2. Sedapp.

Tapi jangan habiskan. Kang tak pasal2 takda lauk nak makan nasi nanti. 😂

Okay. next.

Langkah 6:

Wajib ada garlic, halia dan daun kari.
Garlic dan halia tumbuk hancur.

Yang lain tu sampingan je. Kalau nak bole letak lada benggala. Lagi sedap dimakan nanti.

Langkah 7:

Bahan perasa.

Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Susu cair
Secukup rasa*

Semuanya buh sikit2 saja. KakDa buh dalam 1sudu je setiap sos tu.

*Kalau rasa tak cukup rasa, buh la sikit secukup rasa.

Botol shaklee tu air kosong untuk kakDa minum sambil masak. Takde kaitan dengan perasa.

Langkah 8:

Tumis garlic, halia dan daun kari.
Jangan sampai garing.
Cukup la sampai kekuningan dan keluar bau harumm.

Langkah 9:

Bila dah bau sedap, buh semua bahan perasa dan masuk sekali daging tadi.

Kacau sebati.

Kalau tak cukup kuah, tambah lagi susu cair. Ikut suka nak banyak mana.

Susu cair tak akan jadikan ia berkuah. Paling2 makin basah je.

Bole lah campak sayur dan bawang besar.
Kakda lupa nak kerat carrot dan lada.
Jadi campak bawang besar saja.

Langkah 10:

SIAP!!!

Sedap ni!!

Jangan cuba2 bagi anak ratah. Kalau tak nanti korang sabar je dengar anak nangis merayu2 “nak lagi mama, nak lagi mama.” Heheh..

Kalau suka bagi komen sikiit.

Boleh lah SHARE ke wall FB masing-masing supaya kita semua dapat rasa daging yang kalau order kat restoran masakan cina boleh tahan mahal juga harganya.

Jangan lupa SHARE ya.😘

(Dapur kakDa)

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge