Resepi Cornflakes Madu Rangup Dan Sedap
Mungkin ada yang kata cornflakes madu dah kurang femes sekarang, tapi bagi kakda, cornflakes madu tetap sedap dimakan dan lebih ringan untuk menjadi kudapan berbanding biskut lain.
Dalam satu masa, kakda boleh je telan sampai 10 biji cornflakes madu sambil layan tv.hehe
Tanpa berlengah lagi, jom tengok resepi kat bawah.
Resepi asal cornflakes madu ni kakda dapat dari blog ni tapi kakda ubah suai sedikit sukatannya mengikut citarasa kakda.
Bahan-bahan;
Cara-caranya;
Step 1: Cairkan butter
Step 2: Masukkan susu pekat. Tak perlu tunggu butter cair sepenuhnya.
Step 3: Masukkan pula gula
Step 4: Masukkan madu. Kakda tak ikut sukatan 5 sudu sebab madu tesco ni tak berapa nak bau madu sangat. Jadi kakda bubuh je sambil ejas rasa. Seeloknya gunalah madu yang molek sikit.
Step 5: Akhir sekali masukkan setengah sudu teh esen Vanilla.
Step 6: Kacau kuali guna sudip kayu sehingga jadi berbuih macam ni, pastu matikan api.
Step 7: Bila campuran butter tadi dah agak sejuk barulah masukkan cornflakes dan gaul sebati.
Step 8: Masukkan dalam cup kertas. Dan letak ceri sebagai hiasan. Kalau tak letak pun takpe.
TIPS PENTING!
- Jangan masukkan cornflakes serta-merta sebaik campuran butter mendidih. Kalau tak nanti cornflakes jadi lembik. Tunggu dulu sebentar bagi campuran butter tadi suam.
- Kalau tak suka manis, ejas kurangkan gula atau susu pekat.
- Nak bagi bau lebih kuat, lebihkan esen vanilla.
- Nak mudah bubuh dalam cup, ramas cornflakes bagi sedikit pecah. Kemudian alas tangan dengan plastik. Gunakan jari je nak bubuh. Lebih cepat dan tak melekit.
- Panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 10minit sebelum bakar cornflakes.
- Bakar dalam 3 minit, suhu oven 170 degree celcius atau ikut pada oven masing-masing.
- Tak perlu bakar lama. Tujuan bakar adalah nak bagi cornflakes ni melekat elok sesama sendiri dan jadikan ia lebih rangup.
- Selepas keluar dari oven, jangan risau kalau cornflakes nampak tak melekat elok. Kena bagi sejuk dulu baru dia ok.
- PALING PENTING simpan cornflakes yang dah siap jauh dari pandangan anak kalau tak nak habis sebelum raya! haha
Selamat mencuba! Senang je kan. Hihi
9 Comments
asssalammualaikum sis. Saya share resepi sis.
May 18, 2018 at 8:44 amWaalaikumsalam wbt Shahida,
May 28, 2018 at 11:04 amSila-sila. Buat banyak-banyak tau.hehe
Kakk… knpa saya buat jdi mcm dodol? Bila dh sejuk keras mcm gula2… hahaha😅😅😅😅😅
May 19, 2018 at 1:58 pmHahaha.. Jangan bagi betul-betul sejuk. Suam pun dah ok. Kalau jadi sejuk nnt memang akan keras.
May 28, 2018 at 11:40 ammaksud akak time campur conrflakes dgn butter tu ke, jgn tgu sejuk sgt..
June 6, 2018 at 11:14 amkalau xbakar dalam oven, de effect pape tak kak?
Ye Nurul jgn tggu sejuk sgt.
June 6, 2018 at 2:22 pmJgn gaul masa panas sbb xmau bg cornflakes tu lembik. So tggu kurang panas, dh bole gaul.
Kita buh dalam oven sbb nak bagi dia melekat antara 1 sama lain dan nak bg lebih rapuh.
salam kak, esen Vanilla untuk apa ye..
May 6, 2019 at 12:59 pmWslm wana.
May 20, 2019 at 6:59 amJust untuk bagi bau wangi je. Kalau xda pun xpe. Xyh letak
Kak.. saya tersalah buat. Pi buat semua cornflakes waktu panas2 buh dalam kuali. Lastly, jadi x ranggup. Mcm liat.. hehehe
May 17, 2020 at 8:38 pm