Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

DAPUR KAKDA Resepi Kek Coklat Kukus Konfem Jadi

Resepi Kek Coklat Kukus Kurang Manis | Step By Step

Assalamualikum semua.

Hujung minggu ni korang buat apa? Teringin tak nak makan Kek Coklat kurang manis? Jom ler buat.hihi

Resepi Kek Coklat Kukus, mudah, sedap dan kurang manis yang kakda share ni sesuai dimakan begitu saja dan boleh jugak kalau nak dituang coklat ganache/topping.

Bahan-bahannya:

  1. Susu Pekat
  2. Susu Cair
  3. Minyak masak
  4. Serbuk Nescafe/Indocafe
  5. Gula
  6. Tepung gandum
  7. Telur

Langkah 1:

Sediakan 1 periuk. Masukkan bahan-bahan berikut dan masak atas api yang perlahan just nak bagi semua bahan sebati dan gula larut.

Tutup api.

  • 1 cawan Serbuk Koko 
  • 3/4 Cawan Gula 
  • 1 Cawan Minyak Masak 
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 1/2 Cawan Susu Pekat
  • 1 sudu besar Serbuk Indocafe

Langkah 2:

  • 3 Biji Telur

Ambil periuk atau bekas lain.

Pecahkan telur tadi hingga sebati. Tak perlu sampai kembang.

Then tuang masuk dalam periuk di Langkah 1 tadi. Kacau sebati.

 

Langkah 3:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum 
  • 1 Sudu teh Soda Bikarbonat
  • 1 Sudu teh Baking Powder

Ayak kesemua bahan diatas kemudian masukkan dalam periuk di Langkah 1. Kacau sebati.

Langkah 4:

Kukus selama 45minit atau sehingga masak.

Cara nak cek masak atau tidak, cucuk guna lidi di bahagian tengah kek.

Kalau kek dah masak, lidi bersih takde tepung kek melekat.

Langkah 5:

Buat topping atau coklat ganache.

  • 1/2 cwn Susu Pekat
  • 1/2 cwn Serbuk koko
  • 1/2 cwn Air 
  • 1/2 cwn Susu Cair
  • Sedikit butter/marjerin

Masak kesemua bahan diatas menggunakan api kecil.

SIAP!

Tuang coklat atas hirisan kek coklat! Nyummyy!heheh

Selamat mencuba!

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.