Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

DAPUR KAKDA

Resepi Tofu Telur Mudah Disediakan Dan Sedap Dimakan

Rupanya ramai yang suka makan tofu telur tapi tak pasti cara nak masaknya macam mana. Jadi harini kakDa nak kongsikan resepi tofu telur yang mudah disediakan dan sedap dimakan ni kat blog kesayangan kakDa ni. Harapnya kekal lah ia didalam blog ni dan semoga lebih ramai yang dapat merasa Tofu Telur sendiri masak. hehe

Resepi tofu telur mudah dan simple ni kakDa dah pernah kongikan kat FB sekitar bulan Oktober haritu. Ramai yang share. Hampir 3 ribu share. Terkejut kakDa.hehe

Alhamdulillah resepi kakDa yang tak seberapa ini mampu mengembirakan ramai orang diluar sana. Dapat la masak sendiri kat rumah dan makan puas-puas ye dak.

Okay, jom tengok resepinya yang mudah ni.

Langkah 1:

(Bahan-bahan)

Tofu Telur 2 Bungkus

Tepung Jagung secukupnya

Bahan paling penting kena ada Tofu Telur. Kalau tak beli, memang tak dapat buat. hahah.

kakDa guna 2 bungkus tofu telur. Kat supermarket biasanya ada jual. Murah je. Ada yang sebungkus dalam 70sen je. Ada juga yang harganya dalam seringgit lebih.

Tepung jagung pula sediakan secukupnya. Kalau ada satu plastik kat rumah pun dah cukup. Kita tak pakai banyak. Cuma untuk salut tofu telur sebelum digoreng. Salut kering macam tu ja. Takyah bubuh air. Rujuk gambar yang kakDa sediakan kat atas.

Kenapa nak salut dengan tepung jagung? Supaya tofu telur tu nanti dia tak pecah-pecah masa kita goreng. Tofu telur kan lembut lemah gemalai. Sentuh sikit bisa hancur. Jadi salut la dengan tepung jagung dulu sebelum goreng. Lagipun ia akan jadi lebih sedap bila dimakan nanti.

 

Langkah 2:

(Bahan-bahan)

Brokoli
Shiitake mushrooms
Carrot

Sayur ni je yang ada kat petiais. Ikut suka nak guna sayur apa. Tapi janganlah guna sayur daun pulak. Tak sesuai.

Dah kerat rendam kejap dengan air garam. Dengan harapan sayur bersih dan bebas dari kesan racun serangga. kakDa guna Basic-H je untuk basuh sayur.

 

Langkah 3:

(Bahan-bahan)

2 ulas bawang putih

Bawang putih untuk tumis.
Hancur kan macam tu je.
Tak payah hiris. Stail orang pro masak.muahaha

Langkah 4:

Macam ni lah keadaanya di dalam kuali bila sudah disalut dengan tepung jagung. Nampak cantik je kan. Tak pecah pun. Elok je bentuknya.
Nak goreng tofu telur ni kakDa guna api sederhana saja. Alhamdulillah takde kejadian meletup kena minyak masa mengoreng.Goreng hingga kekuningan. Baru angkat letak tepi. Toskan minyak. Kuali kecik tu kakDa dah mula tumis bawang putih. Multi-tasking katanya.hahah.. Sambil goreng sambil buat kuah.

Langkah 5:

Kuahnya kakDa buat agak hitam. Biasanya kalau kat kedai putih je kan. Biasanya memang kakDa buat kuah jernih juga, cuma harini mengada-ngada sikit nak buat kuah hitam.

(Bahan Kuah)
Air kosong 1 cup (terpulang nak buat kuah banyak mana)
Garam / Secukup Rasa Maggi
Sos Tiram (2 sudu atau agak2 je)
Sedikit gula
KakDa buh kicap manis sedikit
1 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah (bancuh dengan air terlebih dahulu)

Bila bawang putih dah kuning, masukkan carrot dan Shiitake mushrooms.
Masukkan pula sos tiram
Masukkan air 1 cup.
Masukkan Secukup Rasa Megi, gula.

Bila kuah dah mendidih, masukkan brokoli. Brokoli tak boleh terlebih masak. Kalau terlebih masak, nanti akan buatkan perut kita jadi bergas. Jadi kalau asyik sendawa atau terkentut, jangan pulak salahkan kakDa. kakDa dah siap bagi warning ni haa.haha

Seimbangakan rasanya. Tambah mana-mana yang kurang. Ikutlah tekak masing-masing. Jangan lupa masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air untuk mendapat kuah yang pekat.

Tips guna tepung jagung. Jangan tuang sekaligus semua air tepung jagung tu yang dibancuh tu. Masukkan sedikit-sedikit. Ejas nak kuah pekat mana nak.

Nak pekat lagi, tambah lagi tepung jagung. Kalau nak boleh juga masukkan sedikit putih telur untuk mendapat kuah yang lebih cantik ala-ala sup ketam.hehe

Langkah 6:

Ini Tofu telur yang suda siap digoreng.

Boleh tuangkan kuah atas dia.
Atau bole juga kalau nak masukkan tofu ni ke dalam kuah yang sedang di masak.

Terpulang.

 

Langkah 7:

SIAP!
inshaaAllah seisi keluarga suka.

Silakan SHARE jika bermanfaat. 😘

{Dapur kakDa}

 

Previous Post Next Post

You may also like

9 Comments

  • Reply MaMa Chantique

    selalu sangat tak jadi kalau masak tofu telur ni..hancur berderai..huhuhu…sompek2 jadinya..ni dah dapat resepi boleh try lagi nanti..Tq Sis
    MaMa Chantique recently posted…Kenapa Shaklee Tak Di Jual Di Farmasi?My Profile

    May 25, 2017 at 5:20 pm
    • Reply KakDa

      ha’ah kan.. memang mudah hancur sebab gebu sangat.hehe

      May 30, 2017 at 11:06 am
  • Reply Amarillys 84

    Tq bagi resepi sis… nie kali ketiga saya buat ikut resepi nie… mmg menjadi n sedap sangat… huhu

    March 2, 2018 at 2:19 pm
    • Reply KakDa

      Alhamdulillah.. hehe

      March 3, 2018 at 12:13 pm
  • Reply Rafidah Yusof

    Terima kasih KakDa. Sudi kongsi resepi simple lagi menarik. asik beli di kedai. Nak masak tak pandai. InsyaAllah saya cuba utk menu berbuka nanti.

    April 30, 2018 at 10:40 am
    • Reply KakDa

      Sama-sama Rafidah.
      Dah nak puasa ni. Baru sempat apporve komen.hehe

      May 13, 2018 at 12:28 pm
  • Reply umiesyahida

    Cari2 rsepi..nmpk yg ni mnarik prhatian sy.. Nk buat jgk la.jiran bg byk paket tauhu tu. Xpnh msk. Boleh try resepi kakda ..tenkiuu

    May 22, 2018 at 5:13 pm
    • Reply KakDa

      Wahh seronoknya puan dapat free tofu.hehe..

      May 28, 2018 at 11:41 am
  • Reply Fairus

    Saya share ilmu puan yea..terima kasih 😉

    September 21, 2018 at 8:04 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.