Restoran Nasi Arab Pulau Melaka Kota Bharu. Rugi Kalau Tak Cuba Lagi.

2

Nasi Arab Bukhara, Ayam Tandoori Dan Kebab Adana Di Pulau Melaka Kota Bharu.

Pernah tak makan kebab adana bersama roti tempayan? Mak aii sedappppp!! 8/10 bintang kakda bagi.heheh

Kalau ada masa cuba try test makan makanan arab kat Pulau Melaka. Kedai nama gapo doh tak ingat. Kakda tak pernah perasan pun signboard kedai dia duk celah mana.hahahha

Tapi senang je nak jumpa. Kedai dia belah kiri dekat tepi pasar kat Pulau Melaka tu sebelum jambatan kalau dari Panji.

Kalau dari Bachok, kedai duk belah kanan.

Nasi Arab Free, Tokey Baik Hati.

Malam closing (31/3/17) kakda makan kat kedai dia. Order satu set Nasi Bukhara makan bersama ayam tandoori dan satu set Kebab Adana. Biasanya kakda suka tapau je bawak balik. Tapi semalam sebab otak tak berapa nak betul sangat sebab duk kalut nak closing shaklee, jadinya decide nak makan je kat kedai.

Padahal kakda is tengah nak menjimatkan masa sebanyak yang mungkin sebab masih banyak benda tak setel untuk penutup jualan Mac.hahaha (seronok buat bisnes shaklee ni, memercik adrenalin ku..macam perasaan naik roller coaster gitu.hahah)

First time juga beli Nasi Arab kat sini. Tapi bukan first time makan.hehe. Dulu pernah dah makan Nasi Arab dia.

Masa tu kakda kononnya nak beli Roti Tempayan je. Sebab kedai tu sohor juga dengan Roti Tempayan dia. Ramai pakcik-pakcik berkopiah suka lepak makan malam-malam kat sana. Mungkin lepas balik dari solat Isyak kat masjid, terus lepak dengan kawan-kawan kot.

Mungkin lahhh…

*google

Nak dijadikan cerita, masa orderan Roti Tempayan kakda siap, kakda langsung bayar dan berlalu pergi. Langsung tak perasan pekerja kedai bagi banyak bekas. Memang tak kira pun masa tu. Sebab kakda order 2 je roti tempayan.

Sampai rumah baru rasa pelik kenapa ada 4 bekas. Buka tengok rupanya ada Nasi Arab Mandy kambing. Ya Allah tokey dia sedekah kat kami. Mungkin sebab masa menunggu roti tu anak² kakda yang berempat tu bermain dengan gembira dalam kedai.

Jadi tokey rasa nak sedekah kat anak² kakda. Sebab tu dia bagi 2 bungkus Nasi Mandy. Terima kasih pakcik..huhu

Tapi yang kakda kecewa, macam mana kakda boleh tak perasan ada banyak bekas. Kalau perasan awal bolehlah kakda ucap terima kasih.huhu..

Tapi takpelah, kakda doakan semoga kedai makan Tokey bertambah maju dan maju dan tak putus² orang datang. Aminnnn..

Jatuh Cinta Dengan Kebab Adana.

Kalau rasa nak makan makanan sihat, inilah menu yang wajib anda cuba.

Kebab Adana ni di hidang dengan roti tempayan. Kot lah ye nama dia roti tempayan sebab rasa dan rupa sama je dengan roti tempayan.hehe

Macam mana boleh jatuh cinta dengan kebab adana ni? Pada suatu hari, macam biasa kami nak order roti tempayan. Bila suami kakda turun nak order, dia jeling-jeling dulu meja orang lain.

Intai punya intai meja orang lain yang tengah makan tu, tertengok la makanan yang sama ada dimana-mana. Meja ni makan, meja nuhh makan. Meja depan makan, meja belakang makan. Makan apa? Tak tau apa nama. Awat ramai nohh makan benda alah tu.

Jadi suami kakda pun royak lah ke pekerja kedai kata nak order benda yang sama. Nampak macam sedapppp je katanya. Alhamdulillah sampai rumah memang sedap sengoti!haha

Gambar Kebab Adana ni kakda dapat dari blog nikkhazami.

Dalam pinggan tu nanti ada 3 sos, 1 mangkuk kecil kuah macam kuah nasi arab tu, hirisan bawang besar (hat ni i paling suka makan..hihi) salad, tomato dan hirisan limau nipis.

Sebelum makan, picit sikit limau buh atas kebab ayam tu.

Pastu silalah makan dengan bahagia sekali.hahahhaa.. op kos jangan lupa baca bismillah.hahah.. sila jangan rakus sangat!okay!hehe

Pengedar Shaklee Kota Bharu

Bila kakda tak dan nak masak tika kekalutan melanda nak capai sales penutup setiap bulan bisnes shaklee kakda, inshaaAllah akan daku hantar suami untuk order makanan kat sini lagi.

Kakda baik duk rumah je tunggu beliau sampai. Hahahah

Till then you alls, nanti kakda cerita lagi tempat makan best area Kota Bharu ya.

Kalau nak cari agen shaklee kota bharu yang best, op kos lah cari kakda.hihi.. atau nak cari pengedar shaklee kota bharu yang comel, kakda juga lah jawabnya. Takde lain dah.ahaks!

Kalau berminat nak cuba makan kat sini, korang cuba baca reviu Nik Hazami pasal kedai ni.

Klik sini kalau nak tanya pasal shaklee dan penghantaran sekitar kota bharu.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

Reply To nikkhazami Cancel Reply

CommentLuv badge