Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Jepun Osaka, Kobe, Kyoto (Autumn 2017)

Review Penginapan AirBnB Murah Di Osaka Untuk Percutian Bajet

Hotel Murah Atau Homestay Airbnb?

Kali ni kakda nak review penginapan yang kakda tinggal semasa bercuti secara backpackers di Osaka. Penginapan ini kakda tempah melalui aplikasi Airbnb.

Bagi yang baru pertama kali mendengar pasal airbnb, ia merupakan satu aplikasi untuk kita membuat tempahan tempat penginapan ala-ala homestay.

Daftar di Airbnb Untuk Mendapat Kredit Travel Bernilai RM120 Apabila Anda Membuat Tempahan Nanti

Kakda memilih untuk tinggal di homestay berbanding hotel untuk mudah nak main masak-masak.hehe

Gran-Build Osaka, Room 3-D, Kitakagaya, Osaka.

Sebelum bertolak ke Osaka tempoh hari, kakda dah pernah membuat entry pasal penginapan ni (baca disini).

Untuk entry kali ni, kakda nak reviu keadaan sebenar dan sertakan gambar terkini bnb tersebut.

Homestay Airbnb di Kitakagaya, Osaka

Ini adalah bangunan apartment tersebut. Apartment ni berada di kawasan perumahan. Bilik yang kakda stay berada di tingkat 3. Tiada lif disediakan. Kami cuma bawak backpack sorang satu. So tak letih pun nak naik tangga.

Kalau bawak beg trolley, mungkin agak sukar sedikit nak heret naik tangga.hehe

Parking lot. Di kawasan perumahan ni (dan di Jepun la agaknya) banyak ruang parking macam ni. Kecik-kecik je. Mungkin sebab rumah dorang rapat-rapat dan takde parking lot. So kalau yang stay apartment, boleh lah parking kat sini.

Kawasan sekitar tempat tinggal kakda semasa di Osaka. Kereta kecik dan kurus. So boleh je parking kat tepi-tepi bangunan macam ni.hehe

Sebenarnya gambar ni diambil pada hari terakhir semasa nak bertolak ke airport. Pada hari pertama ketibaan, dah malam. Sekitar pukul9. Letih wei. Tak mampu nak selfie terus.haha (Abaikan muka sedih sebab nak balik Malaysia..haha)

Pintu masuk rumah. Tak tau lah lebih sesuai di panggil bilik atau rumah. Sebabnya sempit sangat.huhu..Rumah lah kot ye.

Memandangkan duduk kat Jepun, maka park kasut pun kena ikut stail orang Jepun. Iyaa..halakan aja ke depan, langsung bisa dipakai nanti.

Ada smoke detector di dinding. Betul-betul berdepan dengan dapur masak. Satu lagi tak tau apa benda.haha

Rumah ni sempit je. Kalau masuk 3 orang akan rasa sedikit lemas. Tapi kalau saiz gadis-gadis ok je kot. 3 orang boleh consider. Tapi kalau berempat, tak tau lah nak duduk celah mana.haha

Kat sini lah kakda rebus telur setiap pagi. Tumis-tumis memang dok lahh. Kami makan Brahims ja.haha

Pinggan disediakan. Tapi sudu tu sudu nasi Airasia. Kakda tapau incase kakda memerlukannya. Dan rupanya memang kakda perlu.haha

Sebelum mula masak, kakda basuh dulu sinki dan peralatan dapur mengunakan sabun Taharah. Kakda is tak berapa pandai nak travel. So memang lemah bab-bab macam ni. Jadi, kakda ambil keputusan untuk sertu kan aja. Supaya tak was-was.

Sesetengah pendapat kata, kalau kita tak nampak pinggan digunakan untuk makan ‘benda-benda ituu’, maka tak wajib untuk disertu.

Tapi kakda sertu jugak.

Pemandangan dari pintu masuk. Jarak dari pintu ke katil dalam 5 ke 7 langkah sahaja. Rasanya lah.hehe

Kakda snap gambar atas ni betul-betul dari pintu. Ni je view yang dapat masuk dalam camera.haha

Selain ada tempat masak, yakni menggunakan induction cooker terdapat juga peralatan dapur yang lain.

Yakni oven boleh bakar roti kalau jumpa roti yang halal (yang kecik di tingkat bawah rak), microwave (di tingkat atas rak) untuk panaskan lauk Brahims yang boleh dibeli di Tesco, ada kettle untuk masak air panas nak bancuh PapaRich Whitecoffee yang dibawak dari Malaysia, ada peti ais kecik untuk letak susu segar yang boleh dibeli dari pasar raya tempatan.

Ada sedikit ruang di kepala katil. Boleh lah letak beg.

Kat dinding letak beg tadi ada penyangkut. Sangkut lah seluar dan baju anda. Jangan cari almari naa. Memang takdak. haha

Air mineral tu kakda beli di pasaraya. Kami duk refill air kosong yang dimasak siap-siap dari rumah untuk bekalan sepanjang hari berjalan. Rumah ni lantainya biasa. Takda sistem pemanas lantai. Aircond dia tu ada suhu panas, ada suhu sejuk.

Di balik pintu tu, ada koridor kecik. Boleh sidai baju kalau nak. Rumah ni takde mesin basuh. Kalau nak basuh baju, ada dobi di apartment ni. Cuma kakda tak ingat di tingkat berapa. Kakda basuh je pakai tangan.hehe

Tandas dan shower yang bersaiz comel.

Di tepi meja tadi, langsung adalah pintu tandas. Lantai tandas ni tinggi sikit daripada lantai bilik. Jarak tandas ke katil adalah 1 langkah setengah.haha

Tandas dia sempit, sesuai lah dengan saiz rumah ni. Tak kan lah tetiba tandas luas pula kan. haha..

Tapi jangan risau ia sangat bersih. Ko tak akan jumpa daki di dinding, rambut apatah lagi. Tuan rumah turut menyediakan sabun, syampu, berus gigi dan ubat gigi untuk kegunaan kita.

Tapi kakda tak guna pun sebab memang dah bawak sesiap dari Malaysia.

Ni shower. Ada air panas. Jangan risau.

TV pun ada. So tak bosan. Boleh layan berita Jepun pagi-pagi kalau rindu nak baca Berita Harian.

Towel disediakan. Kami guna. Tuan rumah sediakan dalam 6 towel tak silap. Kami gunakan semaksimum yang mungkin.haha..

Universal Adapter jangan lupa bawak okay. Kang tak pasal-pasal fon korang tak boleh nak cas. Nangis lah!

Mujur lah ada jugak ruang nak solat. Kalau tak atas katil lah jawabnya.

Fire Water Sprinkler pun ada. Keselamatan diutamakan.

 

Wifi juga disediakan.

 

Iron pun ada. Boleh lah iron tudung dengan gembira.haha

Syarat tinggal di kawasan kejiranan ni kita tak boleh bising. Berbual dengan tok laki pun senyappp je. Takut punya pasal.haha..

Sebab rumah rapat-rapat. Cakap kuat sikit nanti akan ganggu jiran tetangga. Boleh kena report polis tau!huhu

Bekalan vitamin untuk atasi lenguh dan kebas kaki sebab letih berjalan seharian. Tiap malam kakda telan. Esoknya betis bertenaga semula. Memang membantu i tell u. Ko tak nak percaya sudah!haha. Namanya Ostematrix dan Omega Guard.

Breakfast hari terakhir yang mewah. Sebab dapat telur sebijik sorang. Biasanya 1 biji kami kongsi dua.haha

Keadaan rumah sebelum kami blah. Dah siap kemas.

Kunci ditinggalkan je atas meja. Itu pesan Hikaru-san

Sekian reviu untuk rumah Hikaru-San.

Sepanjang berurusan dengan beliau, kami tak pernah bersua muka. Hanya berbalas mesej di inbox aplikasi AirBnb.

Sedikit pesanan kakda, sebelum balik, sila lah kemas sedikit untuk mendapat feedback yang baik dari tuan rumah. Feedback yang baik akan memudahkan kita untuk booking rumah di Airbnb kemudian hari.

Sebab cara di Airbnb ni unik, bukan penyewa saja boleh memberikan reviu , malah tuan rumah juga boleh bagi reviu tentang penyewa. Jadinya Tuan rumah juga ada hak untuk reject penyewa kalau penyewa tu ada rekod yang buruk.

Jadi, kemas lah ye.

Korang rasa nak stay kat sini jugak untuk trip ke Osaka nanti? Nahh. Klik sini untuk booking. Sila booking cepat sebab rumah Hikaru-San ni sangat cepat penuh. Ramai yang berminat nak stay sini. Daftar dulu disini untuk mendapat kredit penginapan sebanyak RM120 bila membuat tempahan anda nanti.

 

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat