‘Runner’ Mudahkan Servis Penghantaran Dan Pembelian Barang Sekitar Kota Bharu

5

Perkhidmatan Penghantaran Barang Sekitar Kota Bharu Menggunakan Khidmat ‘Runner’

Petang tadi buat pertama kalinya kakda menggunakan khidmat runner untuk membeli KFC. Ini kerana, lokasi rumah kakda tidak berada dalam lingkungan jarak yang boleh meggunakan perkhidmatan ‘kfc delivery‘.

Pada mulanya kakda agak kecewa juga bila tak dapat menggunakan perkhidmatan ‘kfc delivery’ ni.

Iyalah, bila rasa malas nak masak tu dah menebal dan tekak pula memang rasa nak makan kfc sangat-sangat, memang kecewa bila tau rumah kakda diluar radar.heheh

Runner Bantu Buat Pembelian Dan Hantar Ke Rumah

Bila keadaan memaksa, otak mula ligat memikir mencari jalan. Yelah, makan punya pasal ni. Haruslah bersungguh kan.hahaha..

Memandangkan suami kakda outstation jadi takleh lah keluar beli sendiri.

Fikir punya fikir, baru teringat kat runner yang kakda pernah upah untuk pick up barang shaklee dari cawangan shaklee kota bharu dulu.

Jari laju je wasap runner tu, tanya boleh tak kalau nak minta tolong beli KFC dan buat penghantaran​ terus ke rumah kakda.

Jawapnya “boleh kak”.

Yes!!!Melompat kakda tau.hahaha

Perkhidmatan Runner Kota Bharu, Bayar Ikut Keikhlasan

Pernah tak anda menggunakan khidmat Runner untuk mengambil dan menghantar barangan anda samada dari lokasi lain ke rumah anda mahupun dari rumah anda ke lokasi lain.

Di Kota Bharu, servis runner kini semakin sohor.

Sebelum ni, memang kakda dah tau kewujudan runner untuk kawasan sekitar kota bharu.

Tapi kakda tak pernah gunakan servis mereka ni.

Sehinggalah ada satu hari tu, husban kakda sangat sibuk dan tak dapat curi masa untuk ke branch shaklee kota bharu.

Masa itulah bermulanya episode upah runner.hehe

Dan yang lagi best, runner-runner ni tak kenakan caj tetap. Mereka terima bayaran seadanya.

Jadi pandai-pandai lah kita nak agak berapa nak bayar kat depa.

Berkongsi Rezeki Bantu Kita Jadi Kaya

Jika anda adalah online seller, kakda cadangkan untuk gunakan saja perkhidmatan runner-runner ini untuk membuat penghantaran barang dagangan anda.

Antara kelebihan menggunakan runner, kita sendiri tak payah keluar rumah untuk membuat penghantaran.

Jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak.

Lagipun bayaran untuk runner boleh juga dikenakan keatas pelanggan kita yang membuat belian.

Dengan membuat keputusan untuk menggunakan khimat runner, kita sebenarnya sedang berkongsi rezeki dengan orang lain.

Dalam kita mencari rezeki, apa salahnya kita berkongsi rezeki dengan memberikan job kepada runner. inshaaAllah lebih berkat dan semakin majulah bisnes kita.

Senarai Runner Kota Bharu

Jadi disini kakda nak kongsikan nombor kontek runner-runner Kota Bharu.

Semoga entry ini dapat membantu lebih ramai runner mendapatkan pelanggan.

Jika anda juga seorang runner Kota Bharu, tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen dibawah.

  • Runner Shaklee 013-983 8246 (shaklee sebab runner ni tolong ambil barang kakda kat branch Kota Bharu.haha.. tak tanya nama pun. Panggil adik je.hehe)
  • Runner Kubang Kerian 011-3404 2331 (ni pun kakda tak tanya nama gak.hahah)
  • Runner Kota Bharu Husni 014-506 7651

Semoga entry ini dapat memberikan manfaat kepada warga Kota bharu yang memerlukan servis penghantaran.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion5 Comments

  1. Mmg bagus kan idea orang buat servis runner ni. Kalau terdesak boleh minta tolong. Tapi saya pun belum pernah lg la.

    Ngam2 kak aya ada iklan runner si hafiq kan. Hehee dekat pun dekat 😂

    • Hahah.. iya. Daripada menganggur tiada kerja. Bagus lagi buat servis runner.
      Bah, boleh lah tu kalau ada org mau beli. Suruh hapik hantar jak.haha

  2. Asslm kak,

    Yg Runner Kota Bharu Husni 014-5067651
    Akak mmg pernah pakai ke?

    Just nak tanya review sbb thinking of using servisnya regularly.

Leave A Reply

CommentLuv badge