Sakit Dan Luka Berpantang Lambat Sembuh

0

Isteri Mengadu Luka Bersalin Masih Belum Sihat Walaupun Dah Habis Pantang

Harini kakda nak share kisah customer Shaklee Kakda minggu lepas yang baru je habis pantang.

Pada pagi Selasa lepas, masa kakda baru nak sampai kat tempat kerja (kakda sekarang sedang part time tolong masukkan barang kedai runcit – kedai family MIL- dalam sistem) masuk satu panggilan.

Kakda kalut ambik beg, tefon bunyi. Tengok takdok nama. Number saja yang keluar.

Kakda tahu, kalau dapat panggilan macam ni biasanya memang dari bakal customer a.k.a prospek.

Yelah tak jadi customer lagi sebab tak beli lagi kan, so kita sebut prospek.hehe

Dipermudahkan cerita, kakda pun jawab panggilan tu.

Kedengaran suara seorang lelaki!!

Hello kak, saya nak tanya pasal produk Shaklee. Isteri saya, dia habis dah pantang. Tapi dia baru bagitahu saya, luka dia tak sihat lagi. Masih sakit.

Sepanjang kakda jual Shaklee sejak ‏2012, ini adalah panggilan dari prospek yang paling awal kakda terima. Pukul 8.25am!

Concern kan suami cik puan yang sedang berpantang tu. Awal pagi dah kalut cari Shaklee untuk isteri tersayang.

Prospek tadi sambung lagi, katanya sebelum ni dia tak tahu isterinya sedang tanggung sakit, sebab isteri beliau senyap. Tak bagitau apa.

Ni bila dah habis pantang 40hari, baru isteri beliau mengadu, bagitau luka bersalin tak sembuh lagi!

Boleh imagine tak, luka 40hari pun tak sihat lagi?

Biasanya luka bersalin tak ambil masa sampai 40hari untuk sembuh. Paling-paling lepas seminggu dah ada perubahan. Kalau 40hari biasanya dah sembuh.

Pemakanan Semasa Berpantang Tentukan Tahap Kesihatan Wanita

Kakda ingat lagi, dulu sebelum amalkan produk Shaklee, masa misi datang melawat kat rumah, misi pesan suruh makan buah oren banyak-banyak.

Katanya supaya luka cepat sembuh.

Dan memang betul pun. Sebab dalam oren ada vitamin C.

Vitamin C merupakan salah satu nutrisi yang berfungsi untuk bantu luka sembuh. Selain itu protien jugak penting untuk membantu pembentukkan sel-sel kulit yang baru.

So, bila prospek kata isterinya masih tak sihat, kakda pun cepat-cepat cadangkan untuk mengambil Set Berpantang Shaklee.

Tapi memandangkan beliau kata tak cukup bajet, jadi kakda bagi nasihat untuk beli apa yang lebih utama, sesuai lah dengan masalah yang dihadapi.

Ini apa yang kakda cadangkan kepada beliau;

  1. ESP
  2. B Complex
  3. Sustained Release Vitamin C
  4. Lecithin
  5. Alfalfa

Kalau fullset kena tambah Ostematrix dan Omega Guard.

ESP soy protien untuk bantu isteri beliau jadi lebih bertenaga, lebih sihat dan segar, susu badan makin banyak dan paling utama luka bersalin cepat sembuh sebab ESP ni adalah sejenis protien.

B Complex pula untuk bagi emosi isteri jadi lebih stabil, kurangkan stress dan elakkan terjadinya ‘meroyan’. Biasalah bila badan letih dan sakit-sakit, kita mudah stress. Tambahan pula luka bersalin yang masih belum sembuh walaupun dah mencapai 40hari.

Sustained Release Vita-C pula untuk membantu luka bersalin lebih cepat sihat dan sembuh. Dan ia juga dapat bantu kuatkan sistem pertahanan tubuh isteri beliau agar tidak mudah jatuh sakit.

Lecithin pula sebagai alternatif kepada masalah darah tinggi yang dialami oleh isteri beliau semasa hamil. Selain itu Lecithin juga akan membantu susu badan nya menjadi semakin banyak kerana Lecithin berfungsi untuk melancarkan pengaliran susu, dan elakkan masalah susu bengkak.

Alfalfa Complex pula atas request suami beliau. Kakda agak, mesti suaminya sudah melakukan pembacaan dan mengetahui fungsi Alfalfa. Sebab tu beliau order sekali.

Selepas 3 Hari, Respon Positif.

Setelah 3 hari mengamalkan Set Berpantang Shaklee, harini kakda cuba follow up.

Alhamdulillah kakda bersyukur bila dapat feedback yang positif.

Malah si suami jugak turut amalkan sekali semua supplemen yang ada dalam Set Berpantang tu.

Sebenarnya tak kisah pun kalau lelaki nak makan, sebab semua vitamin dalam Set Berpantang ni adalah basic nutrisi yang memang diperlukan oleh tubuh badan manusia agar dapat berfungsi dengan baik.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge