Selamat Hari Jadi Raudah. Mama doakan semoga Raudah membesar menjadi anak yang solehah, mendapat jodoh yang baik dan sentiasa dalam perlindungan dan hidup dalam redha Allah.
Sempena birthday Raudah yang ke satu tahun, mama dan abah buat majlis makan-makan di rumah kita. Tetamunya tak lain tak bukan family kita je nak.haha
Semua geng 806 dijemput, tapi yang hadir cuma Tok Ma, Pok Su Syad, Teh Din dan family Ayoh Har.

Dari last week lagi actually mama dah announce dalam grup family 806 harini kita nak buat makan-makan sempena birthday Raudah 1 tahun. Raudah lahir 24 Oktober 2018, tapi makan-makannya kita buat harini, sebab wiken senang semua orang boleh datang.
Jadinya petang tadi kita sambut birthday Raudah. Kek mama tempah dari Harolds. Rezeki kita, order 1 biji kek FruitFreshCream tapi dapat extra 1 biji kek lagi. Sebabnya deco cake kita rosak sikit. Jadi Harolds bayar gantirugi kecuaian dengan sebiji cake saiz kecik sikit.
Mama masak macam-macam harini. Macaroni Cheese bakar (menu wajib kalau buat makan-makan kat rumah kita ni haha), Roti Pizza yang first time dibuat tapi hasilnya memang mantap gilak, Agar-agar Bandung Laici, Sandwich Telur 3 layer, Ayam Panggang ala Kenny Rogers berserta sos blackpepper homemade. Air bandung yang lemak berkrim tapi kurang manis. hehehe





Memandangkan mama sibuk, maka tiada gambar family kita nak. Mujurlah juga Pok Su Syad ngan Teh Din rajin bergambar dengan Raudah, adalah juga kenangan birthday Raudah 1 tahun. huhu

Baby bongsu mama sudah masuk 1 tahun. Kejapnya masa berlalu kan.. seingat mama, masa pantang last year mama bertekad nak update blog cerita pasal Raudah konon nak rekod pahit manis membesarkan Raudah. Tapi tengoklah mama ni, umur Raudah 1 tahun baru sibuk nak menulis.haha
Nanti mama tulis lagi. Luv you to the moon and back!
Leave a comment