Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

INTAI KEMBAR KAKDA SANTAI

Sambut Birthday Si Kembar Yang Ke 3, Di AEONMall Kota Bharu Kelantan

Sambut Birthday Kembar Yang Ke-3 Di Kidzoona AeonMall Kota Bharu

Tanggal 18hb Mac 2017, genaplah sudah usia si kembar 3 tahun. Sambutan harijadi si kembar pada kali ini biasa-biasa saja. Tak buat jamuan makan kat rumah macam tahun-tahun sebelum tu.

Kami meraikan harijadi si kembar agak awal dari yang sepatutnya. Tujuannya sebab nak mengelakkan bersesak-sesak dengan orang ramai di hujung minggu.

Petang 16hb Mac 2017 , iaitu jatuh pada hari Khamis, kami anak beranak dengan eksaitednya pun menuju ke Kenny Rogers AeonMall. Tak tau lah pasal apa, Kenny Rogers selalu menjadi restoran pilihan kalau ada benda nak celebrate.

Padahal kan, kat Aeon tu ada berlambak lagi kedai makan yang kami tak pernah cuba. Antaranya macam Boat Noodle, Canyon apa tah, Vivo dan banyak lagi lah. Sokmo-sokmo cari Kenny Rogers walaupun bagi kakda, makanannya biasa-biasa je.

Atau mungkin juga sebab Kenny Rogers ni konsepnya makanan sihat.

Makan Di Kenny Rogers Dan Buat Kad Sekali

Lebih kurang pukul 7 petang, kami selamat mengambil tempat di dalam restoran dan mula membuat pesanan.

Kakda masa ni tengah puasa. Mujurlah makanan sampai sedang molek dengan azan Maghrib. Jadi, makan cepat-cepat lepas tu bergegas ke surau.

Angkut adik ipar sekali. Konon nak belanja dia sebab baru dapat result SPM.haha

Masa nak bayar tu, sempat lagi kakda buat kad Kenny ROgers. Best tau kad dia. Kalau kita ada kad Kenny Rogers, setiap Rabu diorang ada buat offer Buy 1 Free 1.

Tapi bukan semua meal termasuk dalam promo Buy 1 Free 1, sebaliknya ada beberapa menu yang pihak Kenny Rogers sendiri dah tentukan.

Lagi satu, yang bestnya buat kad Kenny Rogers ni, once dah register, kita layak untuk claim rewards Percuma 1 meal yang ada 2 side dish. Best kan?haha..maka berbahagia lah kakda buat kad tu.muahahhaa..

Kidzoona AEONMall Kota Bharu Di Tingkat 3

Selesai je solat Maghrib, kami terus menuju ke lokasi seterusnya.

Walaupun AEONMall Kota Bharu ni kira dah agak lama jugak buka, tapi anak-anak tak pernah berkesempatan lagi untuk bermain di Kidzoona.

Sebab biasanya kami hanya pergi ke AEONMall pada hari Jumaat. Dan biasanya kalau hujung minggu, ramai anak-anak yang bermain di Kidzoona kan. Sebab tu malas nak bersesak-sesak.

Bayarannya juga turut berbeza untuk hari biasa, hujung minggu dan cuti awam. Biasalah tu kan.hehe

Yang paling penting, pastikan kalau ada plan nak datang main kat Kidzoona AEONMall Kota Bharu, bawa stokin sesiap dari rumah. Sebab nak masuk dalam Kidzoona, semua orang kena pakai stokin.

Anak-anak yang masuk bermain termasuk penjaga semua kena pakai stokin. Kalau tak bawak, kena beli kat situ. Kos pulak lah kan kita kena bayar nanti. Jadi baik bawak awal dari rumah.

Info Dan Syarat Masuk Kidzoona AeonMall Kota Bharu.

1. Harga Tiket Masuk

  • RM12 (Ahad-Khamis)
  • RM18 (Jumaat, Sabtu, Cuti Umum)

2. Wajib Pakai Stokin

Sebaiknya bawa dari rumah. Kalau tak dok stokin, kena beli yang disediakan. Stokin yang dibayar boleh dibawa pulang.

3. Tiada Had Masa.

Boleh main berapa lamo yang kita nak. Mainlah sampai anak-anak puas hati dan letih. Takdok had masa.

4. Tak Boleh Tinggal Anak

Wajib ditemani penjaga. Tak boleh tinggal anak tanpa penjaga.

5. Boleh Keluar Masuk

Boleh keluar masuk banyak kali. So kalau masuk pukul10, nak keluar lunch dan solat, boleh. No hal. Boleh masuk balik sambung main.haha

Layan gambar si kembar bermain di Kidzoona buat pertama kali.

 

 

main pasir

Close up – Muhamad

Close Up – Ahmad main Tab

Lautan bola kecil

Muhamad sokmo eksaited dengan kereta

Abang Yusuff

Itu saja perkongsian dari kakda.

Anda mungkin meminati:

Kedai Jual Baju Sekolah Murah Di Kota Bharu

Selain Kidzoona AEON Mall Di Kota Bharu, Tempat Permainan Ini Juga Tidak Kurang Hebatnya Malah Lebih Murah.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply