Sambutan Dan Kemeriahan Raya Di Kelantan 2017

2

Pada 31 Jun 2017 bersamaan Raya ke-6, Jumaat lepas, alhamdulillah kakda sekeluarga telah selesai buat jamuan raya ‘Rumah Terbuka’ di rumah kami di Kampung Surau Kota Bharu Kelantan untuk pertama kalinya.

Idea asal nak buat majlis kecil-kecilan sahaja, iya lah, open house kan, bukannya kenduri.hihi..

Tapi memandangkan ramai lagi sanak saudara yang belum pernah datang berkunjung ke rumah baru kakda, jadi kakda dan suami buat keputusan untuk buat majlis Rumah Terbuka yang agak meriah sedikit.

Kalau ikutkan kakda, memang nak sangat tempah kambing golek, tapi suami tak berapa bersetuju. Iyalah kan bagi kakda dah alang-alang nak jamu kambing, baik buat kambing golek. Orang yang datang pun akan rasa seronok.

Tapi suami kakda kata tak payah nak golek-golek sangat! Buat gulai kawah sudoh!huhu.. maka bergulai kambing je lah kita raya kali ni.haha

Hopefully lainkali boleh jamu kambing golek pulak.

Idea Menu Untuk Open House Raya

Untuk menu pula, kakda ada beberapa menu selain gulai kambing. Tujuan nya adalah supaya kalau kambing tak cukup, ada makanan lain yang boleh cover untuk bagi makan tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Lagipun kakda tak berapa pandai nak agak berapa jumlah makanan yang perlu kakda sediakan untuk anggaran kasar lebih kurang 150 tetamu yang hadir terdiri daripada sanak saudara belah sini dan family Besut.

Jadi kakda sediakan menu ni semoga dapat bagi idea untuk kawan-kawan yang nak buat rumah terbuka.

Belah pagi start pukul 10am;

  • Satay ayam 200 cucuk dan kuah kacang. Tanpa nasi impit.
  • Gulai kambing (1 ekor kambing yang agak besar) + Kaki Ayam Chinese Style + Nasi Putih + Acar Timun + Ikan Kering + Sambal
  • Roti Jala 4kg roti
  • Tapai
  • Ketupat inti serunding daging
  • Kek Lapis Sarawak
  • Air kordial Sarsi + AisKrim Soda untuk bagi rasa ‘nyamann’.

Dekat nak solat Jumaat tu keluarkan Bihun Sup + begedil daging yang memang kami dah standby siap-siap dan Nasi Impit yang baru je dimasak sebab risau tak cukup makanan.hahaha

Oh ya, semua barang-barang untuk jamuan ni semuanya angkut dari rumah mak mentua kakda. Kakda is takdek lagi barang-barang ni semua. Tak tau lah bila nak beli sendiri. Agakya meminjam seumur hidup kot.hahaha..

Eratkan silaturrahim..

Sebenarnya kalau bukan sebab mak kakda datang beraya kat Kelantan tahun ni, takde nya kakda nak beriya sangat buat open house. Takdan kot nak buat dengan takdak pembantu, anak pulak masih kecik-kecik.

Lagi pula kami panggil semua ahli keluarga datang. Sepupu sepapat, kawan sekolah suami pun kami jemput. Memang niat nak bagi dorang kenal rumah. Sebab kenduri naik rumah untuk jamu orang sekampung (adat kat sini) kami tak buat lagi.

Haritu cuma buat solat hajat dan buat jamuan ringan makan nasi dagang Terengganu. Tu pun orang yang datang ramai boleh tahan. huhu..

Mujur sangat mak ada.hihi..

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik. Makanan pun cukup. Cuma yang agak mengecewakan, gulai kambing tak berapa nak empuk sangat. Agaknya tukang masak gulai tu masak kejap sangat je kot.

Jadi kakda pun masak balik, kaut sikit-sikit buh dalam periuk Noxxa.

Adalah juga beberapa orang tetamu yang tak sempat makan kambing yang empuk. Mintak maaf banyak-banyak sebab kambing kami liat sedikit.

Yang datang lewat, alhamdulillah dapat makan kambing yang lembut selepas dimasak balik dalam Noxxa.haha

Untuk info, kambing yang kakda beli ni, kambing yang kita pilih dari kandang bukan yang frozen. Tuan nya boleh masakkan sekali samada kita nak masak gulai atau buat golek. Cuma bayar lebih sikit untuk upah masak tu je.

Untuk orang muda macam kita, eloklah tempah sekali siap masak. Nak panggil orang kampung bergulai kat rumah, macam tak berapa sesuai. Alat pun serba serbi takdak!haha

Tahun Depan Beraya Di Sabah

Agaknya open house rumah kakda memang kena buat special sikit sebab hanya dibuat 2 tahun sekali. Rasanya tahun depan tak buat kot sebab giliran beraya kat Sabah.

Tapi tengok lah macam mana. Kot kakda rajin nak buat, tapi buat simple-simple je lah kalau kena buat setahun sekali. Kalau 2 tahun sekali boleh gak consider kambing golek…hihi

Tu je lah untuk entry open house raya 2017 Kelantan. Jemput layan gambar sekitar majlis. Tak banyak, sebab kakda takdan nak snap-snap. Sibuk memanjang kat dapur.huhu..

Semak je. Kabinet buku pun dah hancur. Takdak pintu dah ni. Tinggal satu!haha Cita-cita nak wujudkan sudut bacaan kat bawah tangga. Tunggu lah ada rezeki nanti kita deco lah cantik-cantik.huhu
Dapur kakda yang dah start nak mengamuk. Masa ni tetamu tak start datang lagi. Lepas mari tu,  makin berhambur! Kain lap pun merata!haha
Mak dan Ayah Tiri kakda sedang breakfast. Breakfast sesiap sebelum keje keras jap lagi.hikhik
(Ruang TV) Kat kaki lima luar tu kakda bentang tikar. Rumah kakda tepi sawah jadi angin banyak. Sedap gak makan kat luar tu duk bersila atas lantai.
Close Up Mak dan Ayah Tiri kakda.hikhik.. makanan atas meja yang dalam bekas bertutup tu bihun dan begedil. Standby je.
Tetamu pertama yang datang. Driver backhoe company kami. Jemput makan!
Nuur. Gambar ni Yusuff yang snap. Macam lawa. Jadi Up jelah.hihi
(Ruang Tamu) Jiran kakda yang pakai tudung purple. Kesian dia tak makan kambing. Mujur ada satay ayam.huhu
(Ruang TV) Ni family Mok Su. Anak dan Menantu.. dorang tak sempat makan kambing empuk.huhu..mohon maaf dari pihak kami.
Selit sikit gambar raya pertama kat rumah Mertua kakda. Gambar ni je yang boleh diterima akal. Hat lain macam sedih!hahaha

 

Sekian. Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Dan Batin!

Raya Kedua. Baju kakda dan suami sponsored by Masyarabia.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

  1. Perghhhhh punya cantik rumah.. Malu mo up rumah sendiri yang sekangkang kera jak. Tapi syukur jua ada rumah sendiri. Moga ada rezki tahun niaim kasi bagus dapur yg nda pandai bagua bagua ni. Huhu

Leave A Reply

CommentLuv badge