Sejak Amalkan Supplemen, Eczema Muhamad Terkawal

0

produk-shaklee-untuk-eczema

Assalamualaikum mommies.

Macam mana keadaan anak eczema mommies hari ini? Banyak tak luka akibat menggaru malam tadi? Pagi tadi kakDa perasan kaki Muhamad ada luka sikit. Agaknya sebab dia garu semasa tidur malam tadi. Nasib baik tak banyak sangat lukanya. InshaaAllah cepat lah elok kalau luka tak melarat.

Eczema dikalangan kanak-kanak ni memang sesuatu yang sangat membimbangkan ramai ibubapa. Lebih-lebih lagi kalau eczema yang dialami oleh anak adalah dalam kategori yang agak teruk. Melihat luka dan darah adalah perkara biasa bagi ibubapa yang mempunyai anak eczema.

Anak kakDa (Muhamad, 2nd twin) pun lebih kurang juga. Kalau dah sampai masa nak menggaru, habis dinding rumah digunakan untuk garu belakangnya yang gatal. Dahlah dinding kat rumah semuanya kaler putih, sabar jelah. Dinding putih pun dah tukar jadi coklat. Sebab dah bercampur dengan darah. Bukan setakat tu je, bila dia menggaru, habis terkopek kulit belakang. Dah berdarah-darah pun masih garu lagi. T_T

Muhamad eczema
Baju Purple Ahmad, Baju Hitam Muhamad. Ini Gambar semasa (Okt 2016)

Kaki dan lengan tak payah cakap lah. Memang luka walaupun kuku dah potong pendek. Kadang tak ingat nak potong, masa tu memang luka teruk tempat yang digaru. Bukannya panjang sangat pun, tapi kuku dah naik sikit. Memang anak yang eczema kuku kena jaga. Penting sangat. Sebab luka yang terkena kuku panjang boleh menyebabkan jangkitan. Tau la budak-budak ni tangan bukan nak bersih sangat.

kaedah wet socks untuk hilangkan gatal
KakDa buatkan ‘wet socks’ untuk kurangkan rasa gatal dikaki. Caranya, basahkan stokin. Pakai stokin yang basah tu dan tindan dengan stokin kering di bahagian luar.

Pernah sekali masa umur Muhamad setahun lebih kakda dah tak tau nak buat macam mana, sebab luka banyak sangat. Satu badan luka. Kakda telefon agen insuran kakDa, mujur agen kakDa memang staf KPJ Perdana, so senang nak minta dia ejas bilik kosong. Lepas 2 hari, semua luka yang banyak-banyak tu sembuh 90%. Magic kan? itulah kuasa steroid.

Disebabkan luka banyak sangat, doktor terpaksa drip ubat steroid. Sebab kalau dibiarkan lukanya terlalu lama, takut melarat. Luka yang ada tu pun dah dikira sebagai secondary infection.

supplemen-untuk-anak-eczema
Muhamad sekarang eczema dah terkawal.

Alhamdulillah bila dah berusia 2 tahun setengah ni eczemanya beransur pulih. Tidak 100% sembuh. Masih ada tapi dah dalam kategori terkawal. Kadang-kadang je naik gatal. Itupun kalau dia menggaru takde lah sampai luka. Jadi bila tak luka, tak melarat la.

Cuma kulit badan Muhamad agak kasar. Kulit masih tak berapa elok. Tapi alhamdulillah, asalkan tak gatal , tak luka, kakda dah syukur sangat.

supplemen-untuk- anak-eczema

Ketiga-tiga supplemen inilah yang kakDa bagi Muhamad makan. (Supplemen ini merupakan produk keluaran Shaklee). Sesetengah kanak-kanak (macam customer kakda) cukup makan seminggu je, surut habis semua eczema anaknya termasuk gatal kat kulit kepala. Memang bertuah betul. Rezeki Allah kan. Setelah 3 tahun anaknya ada eczema, makan masa seminggu je nak sembuh.

Muhamad pula masih dalam proses untuk sembuh walaupun makan benda yang sama. Tapi takpelah, at least dah tak melarat. Sekarang ni pun kira dah ok. Syukur sangat dah. ^_^

 

SET ECZEMA KANAK-KANAK
1. Mealshake

Mealshake ni untuk anak-anak yang ada alahan pada susu lembu mungkin tak sesuai sebab dalam mealshake ni ada sedikit dicampur dengan susu lembu. Tak banyak perlu diberikan pada anak. Cukuplah satu sudu kecil. Boleh bancuh dalam susu atau mix dengan yogurt.

Tapi Muhamad, dia ratah je ni. Sebab sedap.hehe

2. Omega Guard

Omega Guard pula merupakan minyak ikan. Majority anak-anak suka makan. Bukan anak kakDa je. Biasanya anak-anak akan kunyah je macam gula getah.hehe

Ia mengandungi DHA dan EPA yang membuatkan ianya lebih terkenal sebagai supplemen untuk otak bijak. Menurut kajian, minyak ikan sangat penting dalam mengurangkan radang (merah dan gatal) yang disebabkan oleh eczema.

Ia juga penting dalam mengawal mood seseorang. Mood yang tak baik tidak elok untuk pesakit eczema. ‘Bad mood’ atau stress akan menyebabkan eczema bertambah teruk.

3. Chewable Vita-C (al-manna / arabic gum)

Mudah je nak makan ni. Ianya bersaiz kecil. Senang dimakan, hisap macam makan gula-gula. Atau kalau macam Ahmad, dia gigit je sampai hancur.

Chewable Vita-C Shaklee mengandungi 100mg vitamin C dalam setiap tablet. Vitamin C penting untuk meningkatkan antibodi anak. Anak yang mempunyai eczema, turut mempunyai antibodi yang rendah. Jadi mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding anak-anak yang lain.

Vitamin C shaklee juga mengandungi Arabic Gum (al-manna). Ianya sangat elok diamalkan oleh penghidap eczema. Di pasaran terdapat produk yang hanya mengandungi al-manna semata-mata. Istimewanya vitamin c shaklee adalah sebab al-manna sudah dimasukkan sekali dalam tablet vitamin C nya. Ia adalah antara makanan yang bole mengurangkan masalah eczema.

4. Herbal Blend sebagai pelembab dan hilangkan rasa gatal.

KakDa dah banyak melabur untuk beli losyen yang sesuai untuk Muhamad. Dan bagi kakDa semua losyen tu sangat la mahal (natural based). Dah lah mahal, kita pula tak tahu losyen tu serasi atau tak untuk anak kita.

Kadang bila sapu kat badan Muhamad, tak sesuai. Jadi bertambah teruk dan sebagainya. Mungkin ia sesuai untuk anak orang lain, tapi tak sesuai untuk anak kita. Sebab tulah kakDa dah putus asa nak beli losyen jenama lain.

Adapun losyen yang sesuai, harganya terlalu mahal. Agak serasi tapi tak dapat nak sediakan bajet yang banyak untuk losyen tersebut setiap bulan. Lagipun menurut kajian, sapuan luaran hanyalah 20% sahaja membantu penyembuhan eczema.

Sebab itu kakDa lebihkan bajet untuk melabur membeli supplemen. Fokus kakDa untuk betulkan dalaman terlebih dahulu. KakDa teruskan sapu Herbal Blend. Alhamdulillah memang ada perubahan. Harganya pula murah dan bole sapu banyak-banyak sebab murah. ^_^

 

5. NUTRIFERON

optional. Kalau bajet banyak, better beli. Sebab ianya sangat elok untuk tingkatkan antibodi anak.

Sekali-sekala kakDa akan beli Nutriferon terutamanya ketika promosi dimana harganya jauh lebih murah.

6. VIVIX

kakDa tak try lagi sebab harganya yang agak mahal (mahal untuk kakDa). Tapi majority yang dah cuba kata ianya sangat berkesan untuk rawat eczema.

Mommies yang ada bajet lebih, boleh pertimbangkan untuk beli vivix. Siapa tahu anak anda boleh sembuh. Sebab konsep vivix mudah je, fungsi dia adalah repair sel-sel DNA kita yang rosak.

(Sel rosak –> sakit)

(Sel sihat –> sihat)

 

Akhir kata dari kakDa, kalau anak anda mempunyai eczema, jangan mudah berputus asa. Kita sama-sama berjuang untuk kesembuhan mereka. Yang penting jangan putus asa untuk mencuba pelbagai rawatan alternatif .

Supplemen yang kakDa cadangkan ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai jenis rawatan yang boleh kita pilih. Mungkin ianya serasi untuk kakDa, tapi tidak untuk anda. Apa-apapun pilihan ditangan kita.

Namun jika mommies teringin untuk mencuba Set Eczema seperti yang Muhamad amalkan, untuk info, produk Shaklee adalah produk 100% berasaskan bahan semulajadi dan sudah melalui beribu-ribu kajian klinikal dan ianya memang teruji berkesan.

Selain daripada itu, produk shaklee juga merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai Landmark Study dimana kajian dijalankan keatas beberapa kumpulan (manusia) untuk menguji sejauh mana kesan mengamalkan produk shaklee.

 

Jika ada sebarang pertanyaan, mommies boleh hubungi kakDa  melalui komen dibawah atau whatsapp.

KakDa | 010.760.4946

Pengedar Shaklee Kota Bharu

(COD Shaklee Kubang Kerian, Shaklee Kedai Lalat,Shaklee Bachok)

 

Anda juga boleh membuat pembelian melalui link Set Eczema berikut: (Pastikan ada mempunyai Debit/Kredit Card untuk membuat pembelian)

Set Eczema Shaklee

Omega Guard| Chewable Vita-C| Mealshakes

http://bit.ly/2fbgJg5

http://bit.ly/2fbgJg5

http://bit.ly/2fbgJg5

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge