Set Pre-Natal Shaklee Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama Hingga Ketiga

0

Suplemen Untuk Ibu Hamil Agar Tidak Mudah Letih.

Sering kakda terima wasap bertanyakan apakah suplemen terbaik untuk diamalkan semasa hamil agar ibu kekal bertenaga dan bayi didalam kandungan sihat.

Biasanya ibu yang kekurangan banyak nutirisi sering mengalami masalah kesihatan semasa hamil.

Antaranya ialah, ibu hamil tersebut mudah berasa letih dan lenguh seluruh tubuh badan. Tubuh terasa sakit semasa tidur dan cepat penat.

Ada juga yang mengalami masalah kekejangan, loya, pening dan pitam.

Sebenarnya setiap masalah yang kita hadapi semasa hamil adalah petanda tubuh kita sedang mengalami masalah kekurangan nutrisi-nutrisi tertentu.

Set Kehamilan Shaklee Untuk Trimester Pertama Hingga Trimester Ketiga.

­

Set Prenatal Shaklee mengandungi kesemua nutrisi penting yang diperlukan dan selamat untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuk bayi didalam kandungan.

Set Prenatal shaklee ataupun lebih dikenali sebagai Set Kehamilan Shaklee mengandungi 6 Suplemen iaitu;

1. ESP – Serbuk Soya (Non-GMO)

2. B Complex

3. Vitalea With Iron Formula

4. Sustained Release Vita-C

5. Ostematrix

6. Omega Guard

Setiap daripada suplemen ini mempunyai kebaikan dan kelebihan masing-masing dalam membantu ibu menjadi sihat dan bertenaga.

Ia juga sangat penting untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan yang baik dan normal bayi didalam kandungan.

Fungsi serta kebaikan setiap produk didalam Set Kehamilan Shaklee.

1. ESP

Protien soya. Ia penting untuk membantu pertumbuhan yang normal untuk bayi didalam kandungan.

Jika anda mempunyai masalah berat bayi kurang daripada yang sepatutnya, sebaiknya amalkan ESP kerana ESP boleh membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dengan baik.

ESP juga membantu membekalkan tenaga dan mengelakkan masalah pedih ulu hati atau gastrik.

Ia juga snek yang sangat mudah disediakan jika ibu lapar dimalam hari.

Selain itu, ibu yang berpuasa juga sangat digalakkan mengambil esp kerana esp dapat membantu ibu lebih kenyang lama dan bertenaga.

2. B Complex

Membekalkan asid folik. Kekurangan asid folik bagi ibu yang hamil boleh menyebabkan risiko kecacatan tulang belakang (spina bifida) pada bayi.

Sebaiknya ia perlu dimakan sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil.

Vitamin B6 yang terdapat dalam B Complex juga dikatakan boleh mengurangkan masalah ‘morning sickness’ bagi ibu hamil.

3. Vitalea With Iron Formula

Ia merupakan Multivitamin yang sangat penting terutama untuk ibu yang mengalami masalah tekanan darah rendah atau ‘HB Low’.

Jika diambil bersama-sama dengan Vitamin C, penyerapan zat besi yang ada didalam vitalea adalah lebih baik dan berkesan untuk membantu masalah tekanan darah rendah.

4. Sustained Release Vita-C

Vitamin C merupakan vitamin ‘mudah larut air’. Mujurlah vitamin C shaklee mempunyai teknologi “Sustained Release” dimana dengan adanya teknologi ini, hanya 100gm vitamin C akan dilepaskan setiap 1jam.

1 biji Vitamin C shaklee mempunyai 500gm vit C. Dengan adanya teknologi SR ni, kebarangkalian kesemua 500gm akan diserap kedalam tubuh dan dapat digunakan sepenuhnya.

Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai penguat imuniti tubuh melawan penyakit, menjaga kapilari darah dan membantu penghasilan kolagen dalam badan.

Sepanjang kehamilan kakda, kakda telan 4biji vitamin C untuk mengelakkan mendapat selesma dan batuk.

Alhamdulillah kakda memang dapat bertahan sehingga habis berpantang pun tak pernah batuk dan selesma.

5. Ostematrix

Tablet kalsium. Ia juga mengandungi vitamin D dan Magnesium.

Ia bukan dari produk tenusu jadi mereka yang mempunyai masalah cyst boleh mengambilnya.

Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari.

Jika kurang, bayi akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Sebab itulah kita biasa dengar ada ibu hamil yang mengalami sakit gigi semasa hamil.

6. Omega Guard

Omega guard shaklee adalah minyak ikan yang diperolehi dari sumber yang terbaik.

Ia kurang berbau berbanding minyak ikan jenama lain.

Omega Guard penting untuk perkembangan otak bayi didalam kandungan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut:

  1. meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi
  2. mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi
  3. mencegah kelahiran pramatang
  4. mengurangkan risiko pre-eklampsia
  5. mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  6. mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression

Bagi ibu yang mengandung kembar, keperluan nutrisi nya berbeza sedikit.

Contoh nya untuk kalsium, ibu kembar harus mengambil 1500mg pada trimester pertama dan 2500mg pada trimester kedua.

Tempahan:

Dapatkan Set PreNatal anda dengan membuat belian secara online menggunakan debit/kredit kad melalui link di bawah ini.

Order Set Pre-Natal Shaklee Disini

Postage : RM10.60 sm, Rm21.20 ss

Pengedar Shaklee Kubang Kerian, Kota Bharu

Dan Pengkalan Chepa.

Kakda | 010 760 4946

Hubungi kakda melalui Wasap di link ini untuk khidmat konsultasi.

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge