Shopping Raya Di Aeon Kota Bharu Pula!

0

Fasa shopping raya kakda tahun ni nampaknya berfasa-fasa. Cuma tak tau lah ada berapa fasa lagi nak habis sebelum raya. Dari sebelum puasa sampai lah ke laa nih tak habis-habis barang nak shopping. hahah.. *banyak duit nampak! :p*

Yang terbaru sekali shopping kat Aoen Mall Kota Bharu tanpa suami. Wahh.. hat ni paling ohsem tau! hahaha..bahagianya bila kau shopping takde orang menunggu pastu tanya “tak siap lagi kaa..” *Ku Bahagia!!*

Sampai je kat Aeon, masuk kat bahagian runcit dia, ternampak la biskut-biskut raya berkeliaran ke serata alam.muahaha.. pastu g la belek-belek biskut yang hado.

Not bad lah! Harga pun murah. Selayaknya kakda beli kat sini je raya tahun-tahun depan. Boleh dapat biskut murah dan cantik-cantik juga!

Biskut yang kakda beli. Harga dalam Rm14 sebekas. Yang hijau tu murah lagi.

Cuma kalau kau rasa nak makan biskut yang sedap sesedapnya, beli lah dari orang yang buat kat rumah dan dah biasa buat biskut. Kalau biskut kat Aoen atau yang jual murah macam ni mungkin tak lah sedap mana. Tapi taklah teruk sangat pun.

Yang paling penting duit kita jimat!

Barang sekarang ni semua pun mahal. Lagi-lagi time raya ni bukan biskut je nak beli, banyak lagi barang yang kita nak shopping. betul tak?? Betul! *^_^*

Beli Seluar Dulu..

Lepas tengok biskut kakda singgah beli seluar untuk anak-anak teruna kakda. Memang dah lama cari seluar macam ni, tapi tak jumpa. Biasanya jumpa seluar jeans. Kalau ada pun yang jenis khakis, kakda tak puas hati.

Jenama ni nampak boleh tahan. Kakda tengok pertama kali terus jatuh cinta dan rasa nak beli. Dalam hati kakda “sebijik macam seluar abah”.

Tanya harga, RM69 sehelai! Fuuhhhh *lap peluh* boleh tahan mahal lah seluar budak-budak ni. Mahal lagi daripada palazo kakda beli haritu.huhu..

Tapi sebab memang kita nak kan, jadi beli je lah..beli 3 helai. Total kerugian RM207!

Kaison Pula!

Lepas tu masuk Kaison pulak.haha..

Kalau kau ada baca entry kakda pasal beli bunga, haa bunga itu lah yang kakda gubah selama dekat sejam lebih kot di Kaison.haha.. Dalam tempoh yang begitu lama, kakda hanya mampu pilih bekas dan pilih bunga yang basic-basic.

Tak layak pun dipanggil ‘bunga gubahan’. huhuh

Sebenarnya selain daripada nak beli bunga, niat kakda nak cari kanvas yang ada wording yang best-best. Tapi macam tak jumpa yang berkenan di hati.

Nak cari saiz yang kecik nak letak atas para ikea pun kakda tak jumpa hat bekenan.

Last-last g shopping bantal sofa. Pilihan bantal sofa kat Kaison ni boleh tahan banyak gak aa. Dah lah banyak, murah pulak tu.

Mentua kakda sebelum tu ada beli bantal kat Living Index. Tak silap harga dalam 30hinggit lebih sebijik bantal. Yang kakda beli ni belas jah!

Total kerugian masuk Kaison RM100 lebih.

Kidzoona Aeon Kota Bharu, Level 2

Lepas habis shopping, Yusuff dan Nuur pula request nak main kat Kidzoona. Memandangkan masih ada masa dan kesian kat dorang berdua letih layan mama shopping, maka kakda pun iyakan aje lah.

Naik tingkat 2, g kat hujung sekali tempat budak-budak naik train tu.

Haa..kat situ lah ada Kidzoona.

Ingatkan harga nak masuk Kidzoona murah sebab weekdays kan, sekali rupanya rate school holiday lah pulak. Dah tu stokin pun tak bawak, maka bayar lah lagi extra RM3/sepasang.

Mujurlah kakda memang pakai stokin. Kalau tak mau RM9 habis kat stokin saja!

Korang yang tak pernah pergi lagi ni, pastikan korang bawak stokin sendiri dari rumah tau.

Harga tiket masuk untuk hari biasa ialah RM12. Untuk hujung minggu dan cuti sekolah atau cuti umum, tiket masuk berharga RM18.

Takde time limit. Main lah sepuasnya. Tapi pastikan ada penjaga. Kita tak boleh tinggal anak-anak tanpa penjaga kat sana.

Sekian cerita shopping kakda. Korang dah habis shopping kaa belum?hihi

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge