Shopping Raya Di Munduk Golok Jauh Lebih Murah

6

Trip Separuh Hari Ke Munduk, Golok Untuk Shopping Baju Raya – Konon-kononnya

Sehari sebelum puasa haritu kakda ke Munduk Golok. Munduk ni dekat sempadan Rantau Panjang tu ja. Tak jauh pun.

Biasanya orang akan ke Munduk untuk shopping baju, toto, tikar, blouse, skirt dan macam-macam lagi. Ala macam biasa lah. Produk Siam. Kan banyak jual kat shopping complex kita.

Cuma bezanya kat Munduk nuhh jauh lagi murah.

Perlu Passport Tak Nak Ke Sana?

Boleh je kalau korang rajin nak turun cop passport. Tapi biasanya tak perlu pun. Masa lalu kat imigresen tu, bagitau kat tentera (kakda tak sure tentera ka pegawai imigresen Siam kaa.. yang penting depa pakai baju uniform.hahahah) yang jaga tepi jalan tu korang nak ke Munduk.

Biasanya dia kasi lepas je.

Tapi sebagai langkah keselamatan, bawak je lah passport. Incase kan.. incase..heheh.

Kami masa tu, memang semua bawak je. Tapi adik ipar kakda kata malas nak turun cop passport. Jadi kami pun gamble je lah lalu imigresen, just bagitau nak shopping Munduk.

 

 

Pegawai tu pun iya iya aja. So..lepas lah kami memasuki sempadan Siam dengan jayanya.muahahah..

Pertama Kali Ke Munduk, Semua Signboard Dalam Tulisan Siam

Kakda sebenarnya pertama kali ke Munduk. Biasanya kakda g Rantau Panjang je. Tapi nak boleh sampai ke Rantau Panjang pun memang jarang melainkan mak kakda datang dari Sabah dan request nak ke sana.

Barulah kakda akan jejak kaki di Rantau Panjang.

Bila orang cakap Munduk ni dekat sempadan je tak jauh, mati-mati kakda ingat memang betul-betul masuk je imigresen terus sampai.

Yelah sebab orang kata dekat Rantau Panjang, jadi dalam otak kakda mesti dekat sangat. Means macam pagar sebelah menyeblah gittuuu..

Hakikatnya tidak.hahah..

Kena drive masuk jauh lagi. Sempat lah juga merasa suasana yang berbeza dari negara kita. Jalannya, pemandangan nya dimana semua signboard dalam tulisan Siam.

Pastu tengah drive leklok jumpa roadblock, ada askar jaga. Husban just kata ‘Munduk..munduk..’ askar tu pun bagi lepas.huhu

Kalau bukan sebab adik ipar kakda tahu jalan, konfem sesat suami kakda nak cari pekan Munduk tu.hahaha

Bila dah jumpa pekan Munduk, barulah nampak sungai Golok. Eh..eh.. banyaknya kereta parking kat seberang.

Rupanya memang betul-betul dekat sempadan. Cuma jangan masuk ikut imigresen lah, masuk naik perahu!haha

Sebelah tu Pasir Mas. Tapi kami pun tak tau belah mana. Untung lah orang kampung sebelah, boleh shopping sokmo Munduk!hehe

Banyak Sangat Pilihan Sampai Tak Beli Pun

Kat sini kan baju dia macam blouse singkat, blouse muslimah, skirt, palazo, jubah, semua murah. Banyak pilihan pun iya.

Tapi sebab terlalu murah, kakda serba salah nak beli. Bukan sebab jaga standard, tapi sebab kakda nak murah lagi!hahaha..

Kejam juga bila fikir balik. Korang imagine, blouse Neelofa tu RM25 je tau. Kakda minta Rm20. Penjual tu tak nak bagi. Kakda pun tak jadi beli.hahahah..

Padahal kain dia ok je pun. Takde lah sedih sangat. Lebih kurang macam baju online kat sini gak.

Tapi sebab kakda pun bukan nak shopping sangat pun. Lebih kepada nak tengok-tengok dulu. Lagipun baru je lepas beli blouse kat AEON ada gerai Online Seller haritu.

Walaubagaimanapun, sempat juga kakda grab palazo kaler grey sehelai. RM20 saja. Kalau dari luaran nampak ok je. Tapi dalamnya mak aii berselirat benang.hahah.. yelah kan. Ko nak harapkan apa dari palazo berharga RM20?huhu..

Lauk Basah Murah, Kalah Pasar Kedai Lalat

Memandangkan esoknya dah nak puasa, maka kena lah beli lauk basah.

Kat pekan Munduk yang kecil ni, ada dalam 3 orang je jual lauk basah tau.

Munduk ni, pekan dia kecik daripada Rantau Panjang. Kakda lupa nak tangkap gambar, kalau tak boleh share.

sdr

Banyak gerai, tapi still ada rumah kedai yang saiz bangunannya standard banguanan lama.

Toto Narita kat sini masih murah. Boleh dapat harga RM45. Kalau beli kat Pengkalan Kubor, harga dah dekat Rm80 tau.

Lauk basah pun murah. Ketam hanya RM18/kg, ikan tenggiri Rm20/kg. Murah lah dari pasar Kedai Lalat.hehe

Kalau ada rezeki lagi boleh lah ke Munduk shopping baju pula. Lain kali nak terus ke Golok, Hatyai dan Krabi. Wahhh.. doakan lah kakda ada rezeki. Till then.. nanti kita cerita-cerita lagi.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge