Sikembar Baru Lahir Cepatnya Dah Nak Masuk Usia Sebulan

0

Tanggal 17 Mac 2014, kakDa telah selamat melahirkan anak kembar tak seiras di Usains Kubang Kerian menggunakan khidmat pakar Prof Nik. Kelahiran ketiga ini adalah kelahiran secara pembedahan terancang. Yang dirancang untuk bersalin pada usia kandungan kakDa 39 minggu.

Gambar ni kakDa tepek 2 gambar berlainan. Jangan tertipu dengan kembar berselimut hijau yang kelihatan jauh lebih besar. Sebenarnya dia kecik je. 2.70kg. Memang halus sungguh sampaikan rungsing hati kecik mama dia ni hah. T_T

Kedua-duanya adalah boboy boy. Kembar dikategorikan sebagai DCDA Twins. Kembar pertama dengan berat 3.30kg diberi nama Ahmad Bin Azlan, kembar kedua dengan berat 2.70kg diberi nama Muhamad Bin Azlan.

Op kos la kami suka nama pendek supaya senang nak panggil. Dah tak perlu nama timangan lagi. Tau lah budaya orang Kelantan, suka panggil nama singkat. Kat kampung husban kakDa ni saja entah dah berapa puluh orang nama timangannya ‘kak Da’. Tapi kakDa still guna juga nama ni untuk nama glamer didunia siber ni.haha

                   Ahmad bersama kakak Nuur yang teruja dapat 2 baby serentak.
Ini pula abang Yusuff yang super gembira bergambar bersama Muhamad yang sungguh kecil disebelahnya itu.

Gerun rasanya bila ingat balik pengalaman masa nak bersalin sikembar ni. Masa pagi sebelum dibedah tu, kakDa stay sorang-sorang je sampai lah ditolak masuk dalam dewan bedah. Tiada suami mahupun ibu yang menemai. Sedih giler.haha..Husban balik sebab kena jaga anak yang dua orang tu. Mereka kan juga masih kecill dong..

Memula tu, takde rasa apa pun. Rasa ok je takde teman. Maka ini pun bukanlah kelahiran pertama bagi kakDa. Jadi konon ok je urus diri sendiri. Konon-konon nya esok tentu sempat bertemu suami sebelum ke dewan bedah.

Rutin husban setiap hari adalah, pukul 7.30am sarapan mak mertua masak sebab kami masih duduk dengan kelurga mertua masa ni, rumah takde lagi. Pukul 8 pula husban akan gerak hantar Yusuff ke Tadika Aulad Pintar dan drop Nuur kat rumah ummi (pengasuh).

Sedangkan kakDa sudah awal-awal lagi diberi kata dua oleh misi, “Kita bedah pukul 8 ya mbak”.. eh..eh..salah dah ni. Ni bukan sinetron la kakDa! ape dahh..huhu.. Ok. Misi kata bedahnya pukul8.

Masa ni kembar dah nak masuk sebulan. Kakda cam sebab tengok cadar ni, ni cadar katil mak kakDa kat Sabah. muhahaha..

kakDa pulak terus macam terkesima..eh?pukul 8? mana sempat laki aku nak sampai.uwaaa.. T_T. So bertabah la wahai ibu. Besar pahalamu.. jika ditakdirkan dikau tumpas semasa sedang berjuang melahirkan bakal-bakal pejuang agamamu yang suci, inshaaAllah Syurga la tempatmu.

Makanya memang mengeletar la kakDa masa kat dewan bedah. Pakar Bius pun pelik, apahal la mek Da ni, gelepar semacam.hahah.. kakDa rasa sejuk yang teramat. Tambah lagi dengan lapar, sebab nak bedah ni kita kena puasa dalam 6jam. Paling last makan dan minum pada pukul11 malam sebelum tu. Dah lah kakDa masa mengandung kembar ni asyik laparr memanjang.

Jadi bila disuruh berpuasa tu, amatlah kejam bagi kakDa.ececehh..haha. Takde lah. Doktor suruh puasa, jadi kena lah ikut.

                                                                 Semua gambar masa tidur. haha..

Sebenarnya kan, bila kita dibius, memang kita akan rasa sejuk yang teramat tau. Masa bersalin anak sulung dulu, kakDa dah lalok. Sebab duk sedut gas tepi katil. Sebab masa tu Misi kata kalau sakit, sedut gas. kakDa pun sedut..sedut dan sedut lagi. Rupanya gas tu akan buat kita lalok. Khayal. Tak fokus jadinya.

Jadi bila ditolak masuk dewan bedah, dibius, dan dibedah, kakDa hampir tertidur. Cumanya memang rasa juga sejuk yang teramat. Tapi kakDa ingatkan, dewan bedah memang kena sejuk macam tu untuk elakkan bakteria hidup dan merebak. Rupa-rupanya kita yang dibius ni je yang rasa macam tu.haha.. apa daa…

Stroller ni harga dia Rm800. kakDa beli kat Manjaku Kota Bharu. Kalau ikutkan husban kakDa, tidak diizinkan untuk beli. Tapi sebab kakDa kan businesswomen katanya, jadi apa lagi, sila lah guna bonus shaklee.muahaha.. Sekarang stroller ni dah terdampar sana. Nak rosak dah.huhu

kakDa berpantang kat Sabah lepas 2 minggu duduk rumah mentua. Balik Sabah, sebenarnya sedih juga sebab kena berpisah dengan husben dan Yusuff. Tapi apakan daya, kena tempuhi juga.

Jadi membesar lah si kembar di bumi Sabah sampai umur dua bulan lebih. Tak sabar tunggu abah datang ambik. Yeay!!

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge