Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

INTAI KEMBAR KAKDA

Sikembar Umur 1 Ke 2 Bulan

Yang mana satu Ahmad, yang mana satu Muhamad? Sape dapat teka? hehehe.. Jawapannya yang belah kanan Ahmad, yang belah kiri Muhamad. Tepuk tangan untuk diri sendiri bagi yang teka betul.hahah

Masa ni sikembar baru berusia satu bulan lebih. kakDa berpantang kat Sabah. Sebab masa ni rumah kami tak siap lagi. Masih duduk dengan mentua. KakDa tak berapa selesa nak berpantang sebab adik ipar semua lelaki.

Masa berpantang anak sulung dulu je kakDa duk sana. Sedih jaa rasa. Asyik terperuk dalam bilik. Nak duduk depan tv, tak sesuai. Adik beradik ramai. Nanti nak susu kan baby pun payah. Tak kan nak main selak je kan? Lelaki kott ramai kat rumah tu.haha..

kakDa suka tangkap gambar sikembar masa tidur. Tapi ada yang cakap tak baik tangkap gambar orang yang sedang tidur. Taktau lah betul ka tak.hehe

Lagipun bukan apa, masa sikembar tidur baru lah kakDa dapat pegang fon. Kalau tak kiri kanan menyusu. kakDa baring. Lengan kanan Ahmad, lengan kiri ada Muhamad. Cuba cakap tangan mana lagi nak guna untuk pegang fon? haha..

Ingat lagi masa ambik gambar kat atas ni mak kakDa yang suruh. Mak kata ambik lah gambar sikembar sekarang. Bila dorang dah besar esok-esok at least ada kenangan. cewaah.hehe

Jadi kakDa pun snap la gambar. Masa kecik mak sokmo kata Ahmad hensem. Bila dah besar, sekarang mak kata Muhamad pula yang hensem.haha.. mak..mak.

Masa berpantang sikembar, memang sangat mencabar. Bayangkan lah kakDa kan bersalin ceaser. Malam-malam pula baju terselak je memanjang. Sebab kan susukan sikembar serentak. Tertido sekali masa susukan anak. Tak ingat-ingat nak tarik selimut.

Lagipun kakDa memang niat nak fully breastfeeding sikembar. Banyak betul kakDa telan ESP. Sebulan 2 tong.hahah.. tiap kali buh air dalam botol, mesti mak masukkan ESP sesudu dua. kakDa pula minum air sehari berbotol-botol. Tapi bukan botol besar mana pun, botol shaker shaklee tu je.hehe..

No wonder lah sampaikan jiran mak datang melawat pun tegur, katanya muka kakDa halus. Wow!! Tak pernah-pernah orang puji muka kakDa halus tau.haha.. rasanya sebab penangan ESP. Memang time tu rajin sungguh minum ESP.

Sekarang ni je culas. Malas nk minum. Sebab tu anak kakDa (Nuur) kata kakDa aiskrim coklat, dia aiskrim vanilla. hahah.. Pandai ko ye nak!

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

WhatsApp chat