Steamboat And Grill Kota Bharu Di Seoul Garden KBMall

0

Sambut Birthday Nuur Dan Pok SuSyad Di Seoul Garden Steamboat And Grill Kota Bharu KBMall

Setelah agak lama juga pendam rasa nak makan steamboat and grill kat Seoul Garden KBMall akhirnya dapat juga makan masa birthday Nuur.hahaha..

Walaupun sebenarnya kakda bukan jenis makan banyak, tapi kekadang ada masa tu macam ‘sampai seru’ juga nak makan kat sini.

Harga makan kat SeoulGarden bagi kakda agak mahal. Kalau nak belanja family makan ramai-ramai mau dekat seribu juga habis.muahaha..

Konsep Makan Di Seoul Garden

Yang buatkan kakda rindu nak makan sini tau tak sebab apa?

Pertama sebab tempat kakda dan family selalu lepak layan steamboat tengah renovation kedai. Jadi tak dapat makan steamboat kat sana.

Biasanya kami lagi suka lepak kat Betel Valley Steamboat and Grill kat area Tesco nuhh. Harga dia jauh lebih murah. Pilihan makanan pun boleh tahan. Tapi tak sebanyak kat sini.

Happy birthday Nuur ❤

Yang penting sebab restoran dia open air..jadi macam santai jeee rasa. Pilihan makanan walaupun tak sebanyak SeoulGarden, tapi sudah cukup untuk penuhi selera kami.

Kakda tak ingat nak snap gambar makanan kat SeoulGarden KBmall Kota Bharu. Yelah kan.. bila makanan dah depan mata langsung ku lupa pasal blog.hahaha

Konsep dia macam biasa. Grill dan Steamboat. Sup pilih lah ada 6jenis sup. Pedas ada, tak pedas pun ada. Kakda pilih sup kimchi yang tak pedas.

Antara makanan yang ada kat SeoulGarden ni; sushi, goreng-gorengan macam sosej, nugget, fries, mee goreng. Perapan kambing, ayam, daging, fillet ikan dori. Fresh ketam, udang, kerang², bebola dan sejenis dengannya.

Mee pun banyak jenis juga. Mee maggi ada, yee mee ada. Pepandai lah pilih nak makan apa.

Sayur pun banyak. Cuma kakda tak ingat lah pulak nak makan daging balut salad macam yang biasa kita tengok dalam k-drama tu. Biasa kan bila grill daging, nanti dorang suka balut dengan salad pastu makan. Alahaiiii… Menyesal nya tak buat mcm tu. (Terpaksa lah kena pergi lagi sekali nampaknya.hahaha)

Banyak sangat pilihan. Padan lah dengan harga. Jadi sebenarnya harga ditawarkan tu memang dah berbaloi sangat.

Harga Makan Di SeoulGarden KbMall

Harga dia agak mahal berbanding steamboat yang ada di sekitar Kota Bharu. Tapi kalau nak dikira dengan persekitaran dan makanan yang disediakan bagi kakda lagi berbaloi makan kat sini.

Harga steamboat Seoul Garden KB mall

Walaupun banyak je restoran steamboat yang ada di Kota Bharu ni, tapi kakda sangat lah tak puas hati bila makanan yang dihidang tu tak segar.

Baru ni kakda try makan kat satu restoran steamboat area Pengkalan Chepa. Tau kedai tu pun sebab keluar FBads kan. Jadi try je lah. Lagipun harga murah je.

Kakda pergi dalam pukul9. G lepas Isyak. Sampai je orang memang tak ramai. Jadi kami ni adalah antara yang terawal lah sampai.

Ingatkan syok lah sampai awal, rupanya kami ni jung perabih makanan hok lamo. Makanan hok male tadii laa rasanya..Tau tak rupa daging ayam yang dah lama? Kakda tak pandai nak explain.

Bila makan rasa masam. Anak² pakat kehek blako.. takleh nak telan.huhuhu..

Tuan kedai pun sampai hati lah jual makanan macam tu. Mujur anak² tak cirit-birit lepas balik dari makan kat sana.huhu..

Kalau rasa takdan nak bisnes, jangan lah letak harga terlalu murah. Setakat murah tapi makanan tak fresh, orang tak kan datang balik dah sampai bila². Bazir duit je datang. Baik labur duit kat SeoulGarden. Mahal tapi makanan fresh. Takde lah risau pasal bakteria² jahat semua tu.huhu

Anniversary Ke-8 Makan Lagi

inshaaAllah masa anniversary kakda nanti nak datang makan lagi. Masa ni hajatnya nak makan berdua je dengan encik suami.

Tapi kan sebenarnya bila kita dah beranak pinak ni, bila makan berdua dah tak rasa best. Makan dengan anak², makan kalut² , hok tu lagi rasa bahagia.

Makan berdua memang lebih tenang dan damai. Tapi nikmat tu kureng sikit.hehehe..

Akhir kata, jemput lah ke SeoulGarden KBMall. Makanan fresh, sedap dan berbaloi. Till then.. jumpa lagi.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Leave A Reply

CommentLuv badge