Suplemen Untuk Kurangkan Azab Demam Campak Dan Sembuhkan Parut Cepat

2

Cara Cepat Nak Hilangkan Parut Demam Campak Atau Chicken Pox

Pagi tadi sedang kakda sapu bilik tidur, telefon bunyi, masuk satu wasap. Kakda ni bila bunyi wasap masuk, memang laju je g bukak. Tinggal lah kejap penyapu tu.heheh

Oohh.. rupanya wasap dari teman satu U dulu. “Hang buat shaklee lagi dak?” “Buat lagi. Nape?” “Aku kena demam campak ni. Baru 3 hari. Nak tanya, produk apa nak bagi hilang parut. Sebab aku google, tengok produk shaklee ni bagus.”

Di kala umur dah 32 tahun baru kena demam campak. Memang azab la.huhu.. nasib baik lah kakda dah kena masa kecik-kecik dulu. Kalau tak mau nangis juga nak bagi hilang parut. Kan?huhu..

Parut Pudar Dalam Tempoh 2 Minggu

Teringat kat satu testimonial yang dikongsi dalam grup iReach facebook kakda, pasal sorang brader ni, baru je juga kena demam campak. Untung brader ni sebab wife dia jual shaklee.

(Terima kasih lah kerana berkongsi kisah dengan kami. Sekurang-kurangnya dapat lah kita tolong orang lain yang sedang mengalami keadaan yang sama. Semoga Allah balas kebaikan brader ni dengan wife dia)

Jadi, daripada sharing brader ni, dia kata wife dia bagi makan beberapa suplemen. Antaranya Nutriferon, Garlic Complex, ESP Soy Protien, Vitamin C dan Vitamin E.

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem immunisasi tubuh. Garlic pula bersifat Anti-Virus semulajadi. Kedua-dua suplemen ini sangat elok untuk mengurangkan rasa sakit dan menyembuhkan demam campak lebih cepat.

ESP, Vitamin E dan Vitamin C pula bertindak sebagai suplemen untuk memperbaiki tisu-tisu kulit akibat parut yang terbentuk daripada biji-biji campak. Jadi inshaaAllah parut akan cepat hilang. Brader ni kata 2 minggu je dah ok.

Testimonial Parut Demam Campak Pudar Dengan Suplemen Shaklee

Disini kakda kongsikan sharing dari brader ni. Jom kita baca apa kata beliau hasil daripada memakan suplemen shaklee semasa demam campak. Testimonial yang ditulis sendiri oleh beliau dan dikongsikan bersama kami.

APRIL 2016

PERKONGSIAN ZAMRI ROSLI
.
[ PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE ]

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox.

Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja.

Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo..

Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan.

Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.

Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh.

Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. “uihhh cepat kering cacar you boss” apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex..

saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni.

Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya..

so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya..

Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih

Kesakitan Yang Membawa Pahala

Betullah kata Allah, setiap ujian pasti ada hikmahnya. Kenapa kakda kata macam tu? Sebab, pasal brader ni sakit dan amalkan produk shaklee semasa demam campak lah dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang turut hadapi masalah yang sama.

Masa anak kedua kakda kena demam campak dulu, pada usia setahun lebih, kakda hanya bagi Nutriferon dan Mealshake. Ajaibnya, anak kakda tak merengek pun. Elok je dia main macam biasa. Demam pun tak tinggi. Dalam 37 ke 38 darjah celcius dan hanya demam kejap je pada waktu malam. Pagi esok elok je.

So, itu je. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana.

Tempahan:

Cara 1: Jika anda ingin mencuba Set Demam Campak Dan Hilang Parut, anda boleh membelinya secara online menggunakan debit/kredit kad melalui link di bawah ini.

Order Set Demam Campak Dan Hilang Parut

Postage : RM10.60 sm, Rm21.20 ss

Daftar Ahli Untuk Lebih Penjimatan disini

Cara 2: Jika anda tidak pasti, hubungi kakda melalui Wasap di link ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi tentang set apa yang paling tepat dengan bajet dan situasi anda, tips serta cara pengambilan yang betul.

Kakda | 010 760 4946

Pengedar Shaklee Kelantan

COD Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Binjai, Kedai Lalat

 

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion2 Comments

  1. Memang ramai yang ambil vitamin shaklee untuk hilangkan parut kannn.. Kesannya pun memang best laaaa…

Leave A Reply

CommentLuv badge