Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH Skincare

Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Kembar

Intai Si Kembar

Pengalaman Travel & Tips Menarik

Kakda Go Travel

Hatyai Disember 2017 Thailand

Tiket Naik Gajah Di Hatyai 2017

Chang Puak Camp Hatyai Tempat Naik Gajah.

Hari kedua di Hatyai, kami plan untuk naik gajah. Aktiviti menarik di Hatyai untuk naik gajah ini memang sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Sejak dari rumah lagi, anak-anak kakda dah rasa teruja. Semua tak sabar nak naik gajah di Hatyai. Tiap hari tanya. Selagi tak naik, selagi tu dok tanya. Pening mamanya nak jawab! Huhu

Harga Tiket Naik Gajah Di Hatyai

Dewasa 500bath/pax

Kanak-kanak 250bath/pax

Mulanya kakda ingatkan harga 500bath tu adalah per Ride. So kakda sediakan duit cukup-cukup 1500bath saja sebab duk agak dah akan naik 3 ekor gajah.

Bila sampai di Chang Puak Camp, masa nak beli tiket tu barulah ku tahu rupanya salah pemahaman ku!haha (adehhh..)

Duit dah lah memang cukup-cukup 2500bath++ lagi tinggal.

Kalau ikut plan asal, 1500bath untuk gajah, konon lagi 1000bath++ khas untuk makan-makan.

Total harga tiket yang kakda kena bayar untuk 3 dewasa dan 4 kanak-kanak adalah 2500bath.

Seekor gajah takleh lebih dari 3 orang. Orang ketiga tu termasuk baby. Korang jangan ingat, kalau anak-anak masih kecil, korang boleh naik semua 4 orang. Nehi heh! Max 3 person ya! Ingat tu.

So kalau ada 2 orang anak, walaupun ianya adalah kembar yang baru berusia 8 bulan, mak kena pegang sorang. Ayah kena pegang sorang lagi. So kena naik 2 ekor gajah.

Berapa Lama Masa Naik Gajah?

Kakda tak pasti sangat sebab tak set masa. (Lupa bah!) Tapi suami kakda kata tadi dalam 15 ke 20 minit untuk habis 1 ride.

Tapi actually kan, benda ni subjektif tau. Sebab apa kakda kata macam tu?

Sebab incase kita ternaik gajah yang lambat jalan, banyak curi tulang dan tak mau gerak walau dah disuruh gerak, maka lambat lah kita habis.

Kalau dapat gajah yang aktif dan laju je jalan, maka cepatlah habis 1 pusingan.

Macam kakda tadi, gajah suami dan gajah kakda siap boleh potong gajah didepan kitaorang.

Tak tau lah kenapa gajah tu tak mau jalan. Dah ditendang (oleh juru pandu) suruh jalan pun duk main kat situ lagi.

Kalau lah kakda yang dapat gajah macam tu, mau nangis oo!huhu (bila nak habis ride!!huhu)

‘Pemandu gajah’ pun kakda perati, macam tak berapa nak paksa sangat gajah yang tak mau gerak tu. Kakda agak lah kan, kalau gajah tu dipaksa-paksa, gajah boleh mengamuk kot.

Nanti yang bahayanya kita jugak yang duk jadi penumpang ni hah.huhu

Macam Mana Rasa Naik Gajah?

Masa mula-mula gajah gerak, kakda is neves!! Malu kat Yusuff sebab maknya takut!haha

Tapi kakda is just cover-cover dengan aksi tergelak-gelak. Padahal dalam hati takut. (Tak mau lah anak-anak nampak kita takut. Nanti dia pun tak yakin. So kena tunjuk contoh yang baik.haha)

Mak kakda kata, rasa naik gajah sama je rasa macam naik kerbau.haha

Bagi kakda pula, ianya rasa macam naik Roller Coaster versi slow.haha

Masa gajah jalan atas jalan yang landai, rasa geli perut. Masa gajah jalan turun tebing, mak aiii!! Rasa nak terjatuh!

Rasa macam ko naik roller coaster dan berada di puncak sebelum roller coaster tu jatuh menjunam laju! Gitu..

Tapi ni versi slow motion.Perghh!!!haha.

Pengalaman Menarik Naik Gajah, Kali Pertama Dan Terakhir.

Pengalaman menaiki gajah ni, bukan semua orang dapat rasa. Sesetengah masyarakat tak berapa senang dengan aktiviti menaiki gajah kerana mereka menganggap ianya suatu aktiviti menganiaya haiwan.

Pada mulanya kakda tak berapa setuju dengan statement tu, sebab bagi kakda gajah is besar. Mesti dia tak rasa apa. Tak rasa berat punn.

Tapi bila kakda sendiri dah nampak dan rasa pengalaman naik gajah, baru lah kakda faham.

Kakda faham kenapa orang anti dengan aktiviti tunggang gajah.

Personally bagi kakda, kakda rasa kesian kat gajah-gajah yang ditugaskan untuk aktiviti Riding ni.

Kakda duk fikir, mesti letih gajah-gajah tu sebab kena buat aktiviti yang sama berulang kali. Lalu tempat yang sama. Bawa beban di belakang di kedudukan yang sama.

Kakda rasa mesti belakang dia sakit. Sebab kerusi besi yang duk kat belakang tu tak berubah kedudukannya. Duk di kedudukan yang sama untuk tanggung beban manusia yang berbeza-beza untuk setiap trip.

Cuba ko imagine, ko cuba dukung baby di lengan yang sama untuk satu tempoh yang lama. Mesti lenguh kan? Agaknya macam tu lah apa yang gajah-gajah tu rasa.huhu

Walau bagaimanapun, aktiviti menunggang gajah adalah satu pengalaman menarik dan sukar untuk dilupakan.

P/s: Dekat-dekat nak habis ride, pemandu gajah akan berhenti di satu tempat dan tawarkan cenderamata.

Kakda tak tau berapa harga sebab awal-awal lagi kakda dah bagi tip kat pakcik tu. So maybe dia pun tak tergamok nak tawar dan jual mahal-mahal.

Melalui pembacaan kakda dari blog lain, pemandu gajah akan suruh beli barang-barang souvenir Hatyai ni dan jual mahal-mahal.

Nasihat kakda, cuba bagi tip kat pakcik driver gajah di pertengahan perjalanan, manatau dia tak tawar suh beli barang-barang tu semua.

Anggap je sedekah. Betapa kita rasa kesian kat gajah duk ulang-ulang buat benda yang sama, macam tu jugak lah pemandu gajah.

Sebab keje dorang duk ulang-alik ambik penumpang dan lalu trek dan buat benda yang sama berulang kali. Bagi tip at least dia hepi sikit.

But ini just pendapat peribadi kakda sendiri. Tiada niat untuk blame sesiapa. So tak perlu pertahankan pendapat anda disini. Just baca info yang kakda kongsi, komen yang baik-baik dan semoga bermanfaat.❤️

Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Nida

    Wah.. Boleh masuk salah satu VB road trip kami ni. Asal ada haiwan haiwan memang WAJIB datang.

    December 25, 2017 at 6:54 pm
    • Reply KakDa

      haha. iya. boleh try. Road trip sampai Krabi.
      Tapi kalau kamu dari KK macam better direct flight jak kan.
      Kami yang stay di sempadan boleh lah berRoad trip.haha

      December 25, 2017 at 9:19 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    WhatsApp chat