Apa Lagi Yang Shaklee Tawarkan Kepada Pengedarnya?
Kalau masih ingat lagi, kakda ada kongsikan ganjaran 3C yang Shaklee berikan.
3C itu mewakili Cash, CAR dan Convention. Ingat lagi tak?
Di entry kali ni, kakda nak tekankan C yang ketiga iaitu CONVENTION.
Baca lebih lanjut Ganjaran CASH tanpa had dari Shaklee disini.
Baca lebih lanjut Ganjaran CAR tanpa had dari Shaklee disini.
Tiket Percutian Percuma.
Shaklee menawarkan 2 jenis trip percutian percuma kepada pengedarnya yang layak.
Yelah, benda free macam ni, memang bukan calang-calang orang boleh dapat.
Hanya mereka yang mempunyai performance yang baik setiap tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan saja layak untuk sertai trip 5/6 bintang shaklee.
Meskipun susah, tidak bermakna ianya mustahil untuk dicapai bukan? Jom kita baca lebih lanjut.

Terdapat 2 Trip Percuma Shaklee:
1. Regional Trip
2. International Trip.
Regional Trip
Sebelum ni ianya dikenali sebagai National Trip yakni percutian dalam Malaysia sahaja.
Semasa kakda mula-mula join Shaklee, seingat kakda National Trip pernah dibuat di Kota Kinabalu Sabah dan ada sekali di buat di Sunway Convention & Resort.
Iya.
Dalam Malaysia saja. Tapi hotelnya 5 bintang termasuk layanan dan makanan yang disediakan memang ohsem!hehe

Bermula 2016, National Trip dah dimansuhkan dan ditukar kepada Regional Trip. Regional Trip yang pertama adalah Libra Cruise Port Klang-Langkawi-Phuket-Penang.
Regional Trip adalah trip percutian 3 ke 4 hari ke negara-negara sekitar Malaysia.

Tentunya lebih seronok berbanding percutian dalam negara kan? Bagi yang belum pernah ke luar negara, pasti Regional Trip menjadi percutian yang paling indah yang tak pernah dibayangkan!
Tiket penerbangan Free, penginapan 5 bintang, makanan sedap-sedap dan banyak pilihan, hadiah surprise menanti dibilik hotel, malah duit poket turut diberikan.Fuhhhh!!haha
Sambil tu dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi pengedar shaklee yang lain, bertukar buah fikiran dan berkongsi strategi bisnes masing-masing.
Memang seronok! Setelah setahun bertungkus-lumus membina legasi dan empayar bisnes masing-masing, kini kita diraikan. Hilang segala penat lelah setahun tau!haha
International Trip/Umrah
Berbeza dengan Regional Trip, untuk International Trip ni Shaklee bawa kita berjalan-jalan mengunjungi negara yang lebih jauh dalam tempoh yang lebih lama. Biasanya ianya mengambil masa selama lebih kurang 8-12 hari.
Lama kan? Sampai rindu dah kat family di Malaysia.haha!
International trip shaklee selang 2 tahun akan dibuat di US sekali dengan international conference. International Conference akan mengumpulkan semua pengedar bebas Shaklee dari seluruh dunia.


Sama seperti National Conference, di International Conference juga akan ada speaker-speaker terpilih dikalangan pengedarnya yang mempunyai kisah inspirasi kejayaan yang boleh membakar semangat pengedar yang lain agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa yakin dengan Shaklee.

Banyak kisah kejayaan dan cabaran bisnes daripada pengedar antarabangsa yang tak sama dengan situasi seperti kita di Malaysia. Yang penting ianya boleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita menjadi lebih berjaya.


Jadi tidak hairanlah, ramai pengedar shaklee yang masih setia bertahan dan berjuang bersama shaklee syarikat produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi dan selamat yang sudah bertahan lebih daripada 60tahun di pasaran.


Kukuhnya syarikat Shaklee di pasaran menjadi bukti yang produknya sangat mendapat sambutan di seluruh dunia.
Shaklee terkenal dengan slogan ‘Always Safe, Proven And Effective‘.
Berikut merupakan senarai negara yang pernah dikunjungi untuk International Trip ni:
- 2014 – US (Los Angeles & San Francisco) atau Umrah Ziarah
- 2015 – Italy atau Umrah Ziarah
- 2016 – US (Orlando Florida) atau Umrah Ziarah
- 2017 – Japan / Umrah Ziarah
- 2018 – Mediteranean Cruise ke 3 negara (Spain, France dan Italy) atau Umrah
- 2019 – US (Las Vegas & San Francisco) atau Umrah
Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa banyak tiket percuma yang shaklee berikan untuk pengedarnya?
Bagus soalan ni.
Jawapannya tiada limit! Iya betul. Syarat untuk layak menyertai trip ni bergantung kepada jumlah ‘Conference Point’ yang berjaya kita kumpul selama setahun.
Setiap pengedar boleh bawa ahli keluarganya untuk sama-sama menyertai trip percuma ini dengan syarat tertentu.
Untuk menyertai trip, ada jumlah Conference Point yang diperlukan per head. Semakin banyak CPoint yang berjaya dikumpul, makin banyak seat yang boleh diisi.
So boleh lah nak bawak suami, mak ayah, anak-anak malah boleh bawak adik beradik sendiri (jika belum berkahwin).
Cara nak kira Conference Point tu macam mana ye?
Kakda akan ajar! Sebab tu anda perlu menyertai team Fabulous-U (team kakda) untuk sama-sama belajar cara dan tips untuk merebut tiket-tiket percutian percuma yang shaklee tawarkan ni.
Klik butang WhatsApp di skrin anda untuk menghubungi Kakda atau klik disini.
Luvs,
Kakda Mamikembar
Coordinator Shaklee Business Mentor, Since 2012
Percutian 5 bintang yang shaklee offer ini percuma. buat bisnes shaklee sungguh2 mesti boleh dapat. 🙂
AyuRosman recently posted…Cara Buat Bisnes Online Jana Pendapatan 6 Angka, DAHSYAT!