Tiket Train Yang Terbaik Untuk Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Osaka, Kansai Region.

1

Pass Apa Yang Paling Terbaik Untuk Bercuti Di Osaka, Kyoto, Nara Dan Kobe.

Syukur lah dengan perangai kakda yang memang hobi kakda suka baca blog dan study semua benda sebelum travel. Tabiat yang bagus. Patut dicontohi kalau nak travel bajet !hahah

Ok jom kita start!hihi

Setelah hampir tinggal 2 minggu saja lagi sebelum berlepas ke Osaka, kakda dah decide untuk menggunakan pass tourist apa semasa di Kansai Region nanti.

Korang yang nak bercuti ke Osaka mesti dah tahu kan, Kansai Region ni adalah meliputi kawasan-kawasan sekitar Osaka yang cover Osaka, Kyoto, Nara, Kobe dan adalah lagi kawasan lain yang tak berapa nak femes sangat di kalangan kita yet ada je yang sampai.

Cipta Itinerary Anda!

Ni tips untuk korang.

Sebelum kalut cari pass yang paling best, korang kena tahu korang nak pergi mana, korang ada bajet berapa, korang ada masa banyak mana, korang nak buat apa sebenarnya.hihi..

Its no simply like nak main ikut-ikut je pilihan orang lain. Dan tak semestinya apa yang terbaik untuk kakda, adalah yang terbaik untuk kamu. Gituuuu..

Memang pada mulanya agak konfius jugak nak decide, sebab kakda tak boleh la plan sorang-sorang nak p mana. Kena tanya suami dulu dia minat apa, dia nak p mana. Macam kakda, kakda aim tempat-tempat tradisional Jepun. Tapi suami kakda is tak berapa nak p.

Kakda ajak masuk kat Studio Ninja kat Kyoto pun dia tak mau.huhu

Jadi setelah ajak suami duduk bincang sekali (suami kakda dapat info pantas yang telah kakda summarize kan hasil dari pembacaan dan study pasal train dan map Kansai since bulan 8 aritu.huhu)

Antara pass yang jadi pilihan akhir kakda untuk Percutian singkat kali ini ialah:

1. Kansai Thru Pass 3-Day (+- 5200yen)

2. Osaka Eco Card (800yen)

3. Osaka Amazing Pass 1-Day (2200 yen)

4. Hankyu Tourist Pass 1-Day (800yen)

5. Train dari Airport dan balik Airport KIX. (+- 2400yen)

Setelah melihat itinerary kakda yang agak pack tu, kakda dan suami decide untuk menggunakan Hankyu Tourist Pass 1-Day, Osaka Amazing Pass 1-Day dan tiket train untuk perjalanan singkat yang tak dicover oleh Hankyu Line dan train pulang balik ke Airport. Fuhh!!

Kalau guna Hankyu Tourist Pass, hanya ini laluan yang boleh digunakan. So contoh kalau nak ke Fushimi-Inari, kita kena beli tiket train lain. Tapi tak mahal mana. Affordable lah.

Ramai yang konfius untuk pilih train pass apa yang paling efficient dan best.

Apa yang kakda nak kongsikan ialah, plan itinerary anda terlebih dahulu. Then cek bajet anda banyak mana. Kalau bajet ciput, so memang kena study dan fahamkan betul-betul pasal train line kat tempat yang anda nak cover.

Jangan terbeli pass yang cover kawasan yang anda tak plan nak pergi pun.

Contoh macam kakda, mulanya nak beli Kansai Thru Pass. Kalau diikutkan, Kansai Thru Pass ni memang best sebab dia boleh cover kawasan Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe dan juga beberapa kawasan yang agak jauh dan mahal tiket train kalau nak beli asing.

Selain itu, dengan menggunakan Kansai Thru Pass kita boleh gunakan semua line train yang ada kecuali line JR.

Tapi disebabkan Percutian kakda sangat singkat, so tak berbaloi nak beli pass ni. Sebab kebarangkalian untuk tak sempat nak cover kebanyakan kawasan yang dicover oleh Kansai Thru Pass tu adalah tinggi.hehe

Tapi kalau anda stay dalam 5hari, sebenarnya agak berbaloi gak ah untuk beli pass ni.

Beli pass 3 days pastu beli Osaka Amazing Pass pula untuk cover baki 2 hari lagi tu.

Walaupun kakda tak sampai lagi Jepun, tapi entry kakda ni agak poyo sebab macam dah tahu serba serbi lagaknya. Kan?hahaha..

Mohon study dan banyak spend masa baca blog Percutian ke Jepun. inshaaAllah anda akan lebih mudah faham dan senang nak plan perjalanan sendiri nanti. Oh ya, jangan lupa join group RTJ , Road To Japan di FB, banyak sangat info yang boleh kita dapat.

Stay At Home Mom | Shaklee Lover | 4 Kiddos | 32 Yrs Young

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge