Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

Masalah Kulit

Health is Wealth

Info Sihat

Dont's wait for opportunity. Create it.

Kakda Go Travel

Osaka, Kobe, Kyoto (Autumn 2017)

Tips Pilih Pass Perjalanan Terbaik Untuk Percutian Di Osaka Jepun

Bila sebut bercuti ke Osaka, kita kena tahu yang sebenarnya kita sedang merancang untuk bercuti di Kansai Region, Japan.

Macam kakda, bila tengok tiket promo Airasia bercuti Jepun untuk ke Osaka, kakda ingatkan memang tumpuan utamanya adalah Osaka. Rupanya tak. haha!

Secara ringkas, Kansai ni agak luas. Tapi yang biasa orang pilih untuk pergi bercuti adalah Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara. Ada juga yang berjalan sampai ke Wakayama. Korang boleh decide sendiri nanti.

Hari ni kakda just nak bagi sedikit idea macam mana nak pilih pass yang sesuai untuk memudahkan perjalanan dan percutian semasa berada di Jepun nanti.

5 Tips Pilih Pass Di Kansai Jepun.

1. Rancang Itinerary Harian

Sebelum decide nak beli pass apa, rancang dan susun itinerary perjalanan anda.

Kenal pasti tempat-tempat menarik yang anda berminat untuk kunjungi nanti.

2. Berapa Lama Nak Stay

Rancang jumlah hari anda akan berada di Kansai. Pass-pass keretapi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat keretapi Jepun biasanya berbeza mengikut jumlah hari anda berada di sana.

3. Bajet

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar, memang tak susah nak pilih pass. Paling malas pun, beli tiket ala carte.

Masa nak p mana-mana baru beli. Kalau sesat sampai 10x pun takpa. Boleh beli lagi tiket lain. Hahah!

Namun bagi mereka yang punya bajet cukup-cukup makan atau jenis sayang duit, elok lah cek berapa bajet yang anda sanggup laburkan untuk pengangkutan.

4. Fahamkan Peta

Sambil baca pengalaman blog bercuti ke Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe cuba cek peta kat mana setiap lokasi tu berada.

Bila faham lokasi setiap tempat yang nak ditujui, lebih mudah kita buat keputusan nak beli pass apa.

5. Beli Pass Melalui HIS.

Rajin-rajin kan diri untuk masuk ke group Road To Japan di Facebook. RTJ ada kerjasama dengan H.I.S Malaysia.

Biasanya H.I.S Travel ada buat tawaran pass murah jika kita beli siap-siap dari Malaysia lagi.

Sekian tips mudah dari kakda. Selamat memilih pass terbaik dan selamat melancong ke Jepun!

Baca lagi:

Pengalaman Kakda Bercuti DIY Ke Osaka, Kyoto Dan Kobe September 2017 Dengan Bajet Bawah Dari 2Ribu!

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply