Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

KECANTIKAN

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

KECANTIKAN

Umrah Pertamaku Yang Tak Kesampaian

Sedih giler ah tajuk!haha.. Bismillah.. arini dah 3hb Mac 2020. Sepatutnya masa ni dah kalut packing barang nak p umrah. Tapi apakan daya, Kerajaan Saudi buat sekatan secara tiba-tiba ke atas semua jemaah start dari 28 Feb hingga 13 Mac 2020 berikutan isu Covid19 yang makin menganas.

Kakda, suami, Raudah dan tok ma sepatutnya berangkat ke Jeddah pada 5hb Mac 2020 naik Airasia pukul 5am. Esok lusa dah tu kan. Naik flight dari Kota Bharu malam esok pukul 10:35pm. Terus masuk Jeddah dan buat umrah wajib. Setel umrah baru kami ke Madinah dan berangkat balik ke Malaysia pada 15hb Mac 2020. Kami ambik pakej Tiram Travel bilik bertiga.

Tapi Allah uji kami. Tak dapat nak p.. takpa lah.. ujian hebat untuk orang-orang yang hebat. Kakda yakin Allah Maha Hebat dan perancangan Allah sebaik-baik plan. Jadi terus kuat dan tabah. Allah pasti janjikan sesuatu yang berlipat kali ganda lebih manis daripada kali ni.

Kakda saja nak coret sikit dalam blog ni. Kenangan kan.. esok2 mesti dah tak ingat semua ni lagi2 lah kalau lepas ni boleh p umrah dah.

Conteng sikit dalam ni, untuk mengenang kembali antara ujian yang Allah bagi sebelum kakda boleh buat umrah pertama. Semoga dengan ujian yang hebat ni, Allah jemput kami sekeluarga dapat buat umrah tiap-tiap tahun dan semoga semakin mudah capai impian nak buat haji sebelum umur 40tahun. Tahun ni kakda masuk umur 35, so paling lewat tahun 2025 kena p haji dah. Aminnnn..

Mode: Masih tertunggu-tunggu info terbaru dari Travel Agency bila nak pospon tarikh umrah kami.

Nenek yang sepatutnya datang sini sebab kena jaga cucu last-last duk saja la layan kakda kat rumah. Boleh lah ajak nenek teman kakda mengemas rumah yang tak pernah nak kemas.haha!

Sesungguhnya, walaupun anak dah berderet, kita tetap sentiasa jadi anak mak. Tak sabar nak membawang dengan nenek! Haha

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.